Selasa, 18 September 2012

Aplikasi Percuma - Go Launcher EX

Terdahulu, saya telah bincangkan peranan Launcher yang di guna pada Android. Didalam Playstore terdapat pelbagai jenis "Launcher" sebagai pelancar aplikasi program dan pengurus homescreen mengikut citarasa pengguna.

 


Satu kelebihan utama Android ialah kemampuan mengubah tema asal yang agak plain (biasa) dan membosankan. Go Launcher Ex membolehkan mengubah tema & gambar latar yang gempak dan menarik.   go Launcher mempunyai theme library yg banyak, ada percuma & berbayar

 

Go Launcher juga mempunyai pelbagai animasi icon yang menarik semasa melungsuri aplikasi Android anda



Go Launcher EX dibangunkan Go Dev Team dari China. Aplikasi ini telahpun mencapai 50juta download mempunyai pelbagai theme (tema) yg percuma dan menarik. Aplikasi ini selamat digunakan tetapi mempunyai rangkaian iklan yang mungkin menggangu & menyakitkan mata.


0 ulasan:

Catat Ulasan