Mengapa perlu memilih original ?
Jika pembeli tiada pengalaman memilih dan mempunyai wang yg lebih, pilihan original lebih selamat & meyakinkan. Aksessori yg diberikan semuanya adalah yg tulen dan berkualiti dari gred tiruan dalama pasaran. Aksesori terpenting ialah unit pengecas (charger unit) yg original dan mestilah dalam keadaan terbaik supaya aktiviti mengecas dilakukan dengan selamat. Pengecas tulen juga mempunyai tahap keselamatan seperti berhenti charging secara automatik apabila penuh & kurang bahang panas semasa mengecas.
Nota; Terdapat pengecas tiruan mempunyai kebocoran statik yg menggangu fungsi skrin sentuh, contohnya; semasa mengecas skrin sentuh tidak memberi respon tetapi apabila ditutup skrin sentuh boleh digunakan semula. Sila berhati kerana ia kerap berlaku pada pengecas yg rosak atau tiruan
Ada pengeluar dan ejen memberi bonus tambahan seperti Samsung Elite Partner (SEP). Pembelian menerusi agen terpilih SEP boleh menambah jaminan asas 1 tahun dengan tambahan 1 tahun. Ini ialah sebagai tanda penghargaan dan memberi jaminan selesa kepada pembeli*. Walaubagaimanapun jaminan 2 tahun telah berakhir pada Januari 2012 , menjadikan tempoh jaminan kembali kepada 1 tahun.
Adapun program seumpama juga dari jenama HTC dengan khidmat mengesahkan pendaftaran online yg juga memberi tempoh jaminan tambahan. Ejen seperti SIS Distributor yg mengedarkan jenama HTC menambah 1 tahun jaminan kepada pembeli membuat pendaftaran secara online dalam masa 7 hari dari tarikh pembelian*.
contoh tawaran dari ejen yg sah
Tetapi yg paling penting, pembelian original dapat membuat tuntutan jaminan boleh dibuat dimana2 pusat servis bertauliah diseluruh negeri di Malaysia. Terdapat juga jenama seperti Asus yg menawarkan tuntutan jaminan di cawangan seluruh dunia*. Pusat servis yg bertauliah dilengkapkan dengan aksessori dan perkakasan (spare part) tulen dengan alatan (tools) yg mencukupi, serta menggunakan khidmat juruteknik yg terlatih & dilantik pengeluar. Tapi ia bergantung dengan bekalan stok komponen kerana alat ganti tulen yg digunakan mungkin perlu dimport melalui ejen yg datang secara berkala
*bergantung & tertakluk dengan perubahan perjanjian & jenama pengeluar
Berikut antara pengedar rasmi set original di Malaysia (kemaskini 26-4-2014)
- HTC - SIS Distribution, Brightstar, Bright Point, Zitron Cubic Platform
- Samsung - Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd
- Sony - Midland, Thorus, TChoice, Dynamics
- Nokia - Zitron, Avaxx, Bright Point
- LG - LG Malaysia, Thorus, SIS Distribution, Bright Point
Persediaan sebelum membeli set AP berjenama
Tidak semua pembeli mampu membayar pada harga set original. Apa yg pembeli mahukan ialah murah dan berkualiti. Pembeli yg mempunyai pengetahuan gajet terkini, sudah tentu berani dan tahu memilih yg mana berjenama & yg palsu. Sebab itulah perlunya membuat selidik dan kajian lanjut mengenai produk. Tambah pengetahuan dengan bacaan reviu dan berita produk melalui reviu professional di youtube.
Pembeli perlu membaca ciri spesifikasi dan maklumat produk yg ingin dibeli untuk mengelakkan ditelan hidup2. Pastikan penjual tahu maklumat nama syarikat AP atau ejen yg boleh dirujuk untuk tuntutan jaminan. Dapatkan maklumat nama/syarikat ejen dan cara dan lokasi tuntutan jaminan sebelum membuat keputusan akhir untuk membeli.
kenal pasti tempat tuntutan jaminan
Buat perbandingan harga
Beli kepada penjual yg mempunyai premis ruang sewaan kedai yg telah lama dibuka dari membeli gerai kecil yg boleh ditutup pada bila2 masa. Dapatkan harga serta aksesori yg diberi serta pantau di beberapa kedai lain untuk perbandingan harga (dari model yg sama). Amat mudah untuk membeli set AP memandangkan hampir semua kedai menjual model AP berjenama dengan harga yg murah.
biar bayar lebih sedikit dengan aksesori yg cukup
Walaubagaimanapun, nisbah telefon tiruan, palsu, replica & look alike semakin meningkat sejak lambakan telefon murah dari China. Produk ini telah berselindung disebalik nama AP menyebabkan ramai pembeli yg tertipu membeli AP palsu. Untuk mengenali produk palsu, semak artikel pengarang terdahulu atau menerusi link dibawah.
Rupa AP tiruan yg hampir sama... hehe
Sumber
- Info - Antara yg palsu, replika & "look alike"
- Jayce Ooi- Samsung Elite Partner
- Facebook Samsung Malaysia
- truetech-mobile.com
- Google images
Bahagian 3 - Perbezaan set Original, AP, Klon dan Recond
kalau sony xperia dari pengedar DYNAMICS distribution sdn bhd ni set Original ke set AP?
BalasPadamDynamics distribution sdb ialah pengedar set ori/tulen
Padamsaya nak kepastian yang lebih jelas la.. harap dapat bantu..
BalasPadamSONY punya keluaran Dyanmic, Thorus, Midland dan Ori Sony Malaysia.. semuaa ni ori ke? atau ada AP antara salah satu ni..?
sbb terdapat perbezaan harga pada kesemua jenis set ini.. harap dapat bantu saya yang kurang ilmu ini.. terima kasih..
ya, semuanya pembekal tulen/ ori, lain harga mungkin sebab tempahan banyak, dapat murah sikit, tanya juga penjual tu samada tuntutan warranti dibuat dikedai atau pada mana Sony service center,
Padammcm mane nak beza note2 yg original atau yg tiruan yer??
BalasPadamlihat bahagian 1
PadamSye mnggunakn smsung galaxy ace plus,smase sye cas fon sye bru 5 mnit dh pnas..adakah ia ori...
BalasPadamSejak baru beli ke macam ni? Panas sangat ke suam2 kuku?
PadamBru beli dh macam tu..bila nk cas sampai penuh mmg panas..
Padamelok dibawa ke service center, tak normal kalau panas sangat
Padamsaya newbie..saya nk tny sdikit psal samsung s3 dari taiwan..tokey kedai tu kata copyright dari yang original..
BalasPadamboleh terangkan apa perbezaannya
semak artikel lama saya ada ulas berkenaan S3 ori & palsu
Padamsaya curious about pengedar yg sah...sy pengguna sony n kt bateri...ada sticker sony ericson n at body of phone...de sticker "nanyang" which stated varranty void if seal broken..as well as no siri imei sama...so makna nya...hp nie original kn??
BalasPadamNanyang ialah pengedar AP berjenama,
Padamso kalau rosak kn hantar ke tempat beli ke??
BalasPadamjawapan ada dalam bahagian 3
Padamok...thank you n sorry byk sgt soalan
Padamsy bru bli sony xperia acro s,,mcm mne nk thu ori kew ap atua tiruan?
BalasPadamlihat artikel berkenaan semakan imei, =)
PadamSy bru bli s advanve tp bile nk letak smiley dkt msj ade gmbr android smiley adkh ia ori .....
BalasPadamsmiley hijau tu adalah normal semasa mengguna messaging seperti Gtalk
Padamsy ade membeli galaxy s plus ap. Tapi bila tgk balik imei di kotak tk sama dgn di phone. Di body phone ade pelekat WC. Adkh ni ap tiruan atau ap yang dh di-recons?
BalasPadambuat semakan spesifikasi sistem, cuba buat sambungan Kies, kalau Kies boleh detect model tu , bermakna AP berjenama/ original,
Padamsaya ade membeli satu phones samsung s plus yg ap. Setelah diteliti no imei pd hp tksama spti di kotak. Pada body juga terdapat sticker WC. Adakah ia buatan china? Ataupun hp yg direcons. Bila cek about phones tu imei sv adalah 01. Apakah maksudnya?
BalasPadamseperti diatas
Padamsalam..saya pon baru beli smartphone samsung..tp tak tau ap ke ori...sbb no imei *#06# lain dgn kt sticker belakang bateri..tp saya dah check dua2 no imei yg dial di http://www.imei.info/ dan no imei sticker kt belakang bateri di http://imei-number.com/imei-number-lookup/...kedua-dua no imei tersebut menunjukkan model phone sy yg betul samsung galaxy s plus...imei validation utk dua2 no imei pon valid...http://imei-number.com/imei-number-lookup/
BalasPadamimei number yg ke-7 n 8 adalah 04...
tp smartphone saya sama dgn Tanpa Nama..ada sticker WC pada body ...
ape maknanye??
adakah samsung galaxy s plus saya AP original?sy kurang pasti..
jika sah no imei, ia adalah unit AP, buat semakan spesifikasi dengan antutu benchmark,
Padamterima kasih sbb bls..
BalasPadamtp knp dua2 no imei tu x sama dr yg ke-9 hingga ke-15...tp no yg 1 hingga ke-8 sama
tp dua2 no imei tu sah tunjukkn model hp sy...
dan dpt detect model hp sy kt samsung kies..
maknanya hp sy AP original la kn...
antutu benchmark leh download kt google play kn..
tp antutu benchmark utk check pe ea???
sy tak faham sngt bila baca overview antutu enchmark ni
jika boleh disambunga dengan Kies, tiada apa yg perlu dirungsingkan, utk faham kepentingan benchmark tool macam Antutu ni lihat artikel saya Quadrant Standard
Padamowh..thanks!!
PadamSalam semua, 3 minggu lepas saya ada membeli sony xperia go di the mines, masalahnya adakah xperia saya ori atau ap jika temui steker windmobile dibelakang phone saya, yg ori steker mcm mana? Dan adakah semua Xperia mempunyai warranty card? Sbb Xperia saya tiada kad, hanya resit sahaja... Perlukan bantuan segera
BalasPadamtanya penjual tu kalao rosak boleh klaim di Sony centre, kalo boleh ia set ori
PadamNak tanya kalau underwater set boleh disemak imei nye?
BalasPadamkalau tahu no imeinya boleh saja cuba semak, (lihat artikal saya berkenaan imei
Padamnak tanya..kalau samsung note 8.0 klon, ok x??..klon tu sama dgn AP x??
BalasPadambaca artikel saya berkenaan tablet china, tepuk dada tanya selera
PadamKALU YANG KLON KOREA OK TAK
BalasPadamsoalannya ni tandanya tak baca apa yg disampaikan, baca dulu
PadamHp ori akan minta kita update firmwarenya selepas beli, hp AP dan klon tidak. Nak selamat, beli daripada pengedar yang sah, jangan beli dari kedai yg menjual pelbagai hp, pengedar sah seperti Nokia Authorised Distributor : AVAXX , ZITRON, BRIGHT POINT. Sony Authorised Distributor : DYNAMICS, MIDLAND, THORUS. amsung Authorised Distributor : SAMSUNG MALAYSIA ELECTRONIC. LG Authorised Distributor : LG MALAYSIA , THORUS, SIS, BRIGHT POINT. HTC Authorised Distributor : SIS DISTRIBUTION, BRIGHTSTAR, BRIGHTPOINT, ZITRON.
BalasPadamTerima kasih dgn maklumat yg berguna ni, nanti saya updatekan kandungan sekali , :-)
Padamlenovo pula cm ne ye?
Padamsya nak beli hp asus zenfone 6 tapi ada yang mengatakan hp asus zenfone 6 yang ada sticker intel inside di belakang cover hp bukan hp ori tp hp AP...tlg jelaskan...tq...
BalasPadamZenfone ori import sama saja dengan ori tempatan, dua2 dengan CPU intel atom, berkenaan sticker saya tak ikut sangat model Asus ni sebab reputasi yg sangat buruk
Padamtapi lihat artikel mengenal pasti artikel set ori vs ap yg saya post terdahulu
maaf lambat respon, tak perasan mesej ni
kenapa reputasi asus sgt buruk? baru bkira2 nak bli asus z5
BalasPadampusat servis Lowyat tak sepadan/ tally rekod dengan pusat servis, telefon sana kata lain, sini kata lain,
Padampengalaman saya dengan Asus Nexus 7
pakai 2 minggu rosak speaker, bila servis ditahan 3 bulan ? ini tidak patut
Chipset intel, qualcomm dan amd yg mana lebih bagus & b'kualiti? mohon pencerahan... terima kasih :)
BalasPadamQualcomm,
Padamsebab kadar kompatibiti aplikasi & games , prestasi seimbang & tahap penggunaan kuasa bateri stabil,
As salam...
BalasPadamBercerita mengenai asus ni.. Sya ada pengalaman terbaru dgn salah 1produknya iaitu asus zenfone 6..
Bermula dgn sya beli tel tu pada 13.10.20.14 dan menggunakan nya tepat sebulan dari tarikh sya beli tel tu.. Lalu tel tu x dpat detect sim card.. Haha bengang jugak lah tetiba jadi mcm tu.. Pergi kdai tempat sya beli tu untuk claim warranty.. Penjual tu ckap tel rosak dan perlu hantar ke asus dealer..
Penjual tu ckap dlm 2_3minggu siap dibaiki lah..
Tel siap di baiki pada 6.12.2014..Perasaan happy je waktu gi ambik tel asus tu.. Kemudian mimpi ngeri bermula apabila sya memasukan sim card... Dan hasilnya masalah yg samaaa... Sim x detect.. Dah mula sumpah seranah.. Rasa mcm nk hempuk je tel asus tu.. Fikir balik rugi la plak beli guna duit.. Bukan guna daun. Hihihi
Dek sakit hati + marah sya gi balik kdai tel tu..
Penjual tu ckap kena hantar balik 1 minggu.. Sya apa lagi bising lerr mcm murai dah...
Sya minta gantikan yg baru..sya dah x mao yg lama tu... Ada ka si Penjual minta sya tambah duit kalo nk tukar tel baru.. wtf..
Bincang punya bincang last skali dia sanggup gantikan yg baru.. Dan tel tu akan sampai hari selasa Nanti.. walaupun puas hati dpat tukar baru... Tapi dah tawar hati product asus ni
... Hahahaha tu la pengalaman hujung tahun ni.. Teima kasih.
wsalam,
PadamAsus ni kawalan kualiti ni agak lemah bagi model yg murah, Nexus 7 sendiri ade kecacatan pengeluaran (manuf defects), dan mereka terus menjual umpana jual proton dengan masalah power window. ie komponen yg cacat terus digunakan sejak dalam kilang lagi, kerana alasan mereka boleh servis semula lepas beli,
mungkin ada yug berpuas hati, tapi statistik pulangan unit Asus agak tinggi
Nak tanya.. mcm mn na nak tau sony xperia Z3 ori atau x. Mohon pencerahan
BalasPadammelalui kad jaminan, pengedar lihat kemaskini 26-4-2014
PadamCek imei,klo tu nombor keluar,maknanya orilah,klo tak klua,mknany palsulah,tu jerr yg saye tau
Padamtapi kalau imei dicuri di guna pada klon juga susah nak dicam
Padamgrand prime sy tkde 4G ... ap ke ?
BalasPadamgelombang 4G Malaysia berlainan mengikut telco, pastikan sim kad tu sokong gelombang ikut telco Malaysia
PadamSaya nak beli asus zf 6 tp setakat arini yg sy jumoa kebanyakan AP set dgn harga sekitar 699-750...sy xtgok lg compny spt dinyatakan...tp klu AP set ni ok x???
BalasPadamJangan beli unit AP dikedai yg tidak popular, nanti bertambah susah nak tuntut waranti,
Padamtrime kasih krn artikel sgt mmbantu..sye bru je 2bulan mggunakan zenfone 6..so far tiada masalah yg sya hadapi..cume..cepat benor abih bateri..
BalasPadamData internet dan faktor kejelasan brightness adalah faktor utama bateri, lihat artikel saya berkenaan penjimatan bateri
Padamsya baru beli lenovo s920,harga rm 460...check emei angka ke 7 dan 8 adalah 02...emei serupa diblakang dkat bateri...check *#0*# dan *#1234# kedua-duanya menunjukkan tiada kesinambungan dan MMI tidak sah...warranty hndpon 1 tahun,accesories 3 bulan,kotak hndpon dan buku manual semua dlm tulisan cina,dalam hndpn tu pun ada beberapa tulisan cina...tapi penjual kata lau rosak boleh bawa pigi service center...jadi ini ori ke ap berjenama ke atau ap klon?? mohon balas segera kerana nak tukar pigi asus zenfone 5 yang ori....
BalasPadamselagi penjual bagitau boleh dihantar ke pusat servis Asus maknanya ia set original yg mungkin utk pasaran China
Padampolisi Asus ialah "international warranty" boleh dituntut jaminan walaupun dibeli dari China
apa itu snacdragon?
BalasPadamSnapdragon ialah sejenis keluarga CPU peranti yg dikeluarkan oleh Qualcomm
Padammcm mana nk tau lenovo k3 note ori atau x?
BalasPadamsemak nama pengedar jualan
Padamhttp://shopap.lenovo.com/my/en/ap/partner/bplocator/
Apakah nama pengedar yang sah dari Asus?Dan kalau ada logo SIRIM di kotak bermakna original ke tak?Minta Penjelasan...Terima kasih...
BalasPadamECS, Servex, Dynamics, jika ada logo SIRIM biasanya asli, baca semula artikel diatas
PadamOk...Terima Kasih di atas penjelasan...saya tengok di kotak hp saya ada logo SIRIM dan logo Ecs Astar sdn. bhd. bermakna ori lah?
BalasPadambetul, ECS adalah pengedar sah
Padamsalam..saya pnguna asus zf5,tp disbabkan masalah budjet sy telah mmbeli ap set,skarang sy tngah mencari cara bagaimana nak upgrade dr kitkat ke lolilpop..boleh bntu x?
BalasPadamwsalam, upgrade ni bergantung dengan sokongan syarikat atau kekuatan jenama tersebut, biasanya yg mahal2 je panjang sokongan kemaskininya
Padamhi guys, i nak tanya sikit..
BalasPadamsparepart iphone klon dengan original sama tak agaknya?
sebab i just ambil skru & shield plate tu saja pada iphone klon
sebab i punya skru & shield pada iphone i hilang, tak dapat nak hantar mac city sebab set tak complete..
pls help me
Salam. Saya nak tanye kalo no. Imei 07 tu ori ke tak? Saya baru beli henpon asus zenfone c dan sy nk tahu adakah ia ori atau tak sbb fon ni asyik panas je bila aaya guna. Bila sy main sambil cas makin panas henpon ni.. tapi kalo x cas henpon ni x berapa panas, suam je. Adakah fon ni ori atau tak? Saya musykil. Tapi sy jugak beli fon ni kat kedai yg jual mcm2 jenis fon ade. Tapi sy jugak ade dpt warranty card. Adakah ia ori atau tak?
BalasPadammemang telefon panas semasa digunakan, faktor utamanya ialah kekurangan aliran haba atau chipset panas pada model, laa kenapa tak tanya AP ke Ori sebelum beli ?
PadamSalam. Adakah ap set dan ori ni hardware dia sama? Contoh skrin lcd zenfone 6. Terima kasih.
BalasPadam