Jumaat, 12 Julai 2013

Tutorial - Fungsi Google Autobackup dan cara mematikan fungsinya

Google Autobackup 
Pernahkan berlaku dimana galeri gambar yg tidak boleh dipadam pada Galeri gambar ? Apabila dicari dengan pengurus fail seperti My Files atau ES Explorer , gambar ini tidak juga tidak ditemui pada direktori kad memori. Hal ini berlaku kerana fungsi Autobackup sedang beroperasi dan mengeskport gambar2 terakhir yg diambil oleh kamera ke ruangan simpanan awangan atau Cloud Storage.

contoh galeri album yg menunjukkan sekali
kandungan galeri di awangan Cloud




Perhatikan ikon picasa seperti shutter , 
data galeri ini berada secara awangan cloud !


Apa yg berlaku ?
Setelah mengambil gambar dengan kamera Android, gambar yg tersimpan di kad memori dimuat naik secara sync  ke ruang cloud semasa wujud sambungan Internet. Ia bertujuan sebagai folder simpanan kedua. Pandangan folder kedua ini muncul pada Galeri Android tetapi tidak boleh dipadam (buat masa ini). Untuk memadamkan gambar ini perlu
Nota : Integrasi Ruangan simpanan awangan berada server /pelayan  Google menerusi akaun Google+ yg didaftarkan. Akaun ini dan galeri ini boleh diakses menerusi browser dalam talian.
Pengguna tentu bimbang dan ragu2 kerana gambar ini dimuat turun secara sendiri tanpa pengetahuan dan kebenaran. Tetapi apa yg berlaku,  gambar2 ini diletakkan dalam bakul draf, atau folder draf dan menunggu arahan untuk di edar secara blog post menerusi Google+. Selagi ia tidak ditandakan sebagai post maka ia selamat tersimpan dibakul.

Nota: Autobackup menggunakan integrasi  Google+ Instant Upload, Google Photos dan Picasa.

Berikut ialah cara mematikan fungsi sync Autobackup,
proses ini melibatkan sync Picasa, Google Photos & Instant Upload.

Langkah 1
Hentikan tetapan sync pada akaun 
Langkah pertama ialah menghentikan tetapan Sync pada akaun pengguna
Nota: Mematikan fungsi sync ini tidak memadamkan kandungan di ruang cloud, langkah ini bertujuan menghentikan fungsi sync terlebih dahulu
1-Masuk Tetapan sistem (Setting)
2-Perhatikan bahagian akaun Google,
3-Lihat dan pilih pada akaun emel
4-Kosongkan kotak pilihan (checkbox disable) pada ;-
  • Sync Google Photos
  • Sync Instant Uploads
  • Sync Picasa Album

kosongkan kotak penanda bagi 
Sync Google Photos
Sync Instat Upload
Sync Picasa Web Album
5-Tutup dan kembali (homescreen)


Langkah 2
Padamkan data dan cache Galeri/ Album
Jika dibuka Galeri / Album masih terdapat lagi gambar yg tidak diingini tersimpan pada memori. Oleh itu galeri album ini perlu di bersihkan dengan memadam data dan cache pada aplikasinya.
Nota: Langkah ini tidak akan memadam keseluruhan gambar kamera atau apa2 media peribadi yg tersimpan pada kad memori dan memori dalaman. Ia cuma memadam konfigurasi dan cache yg dibuat oleh Galeri
Hal ini pernah dijelaskan pada artikel berikut
i-Masuk ke Tetapan Android (Setting)
ii-Lihat kolum Aplikasi (Apps/ Application)
iii-Ada 3 atau 4 Bahagian,
Downloaded | On SD Card | Running | All
iv-Pilih ruangan All
v-kenal pasti dan masuk ke maklumat aplikasi, 
dalam topik ini aplikasi yg dicari ialah Gallery

Perhatikan butang berikut 
Force Stop | Disable / Uninstall
Clear Data | Move to SD card
Clear Cache

vi-Seterusnya padamkan data;
  • Clear Data  , dan 
  • Clear cache
Selepas ini, data sementara dan cache Galeri album dibersihkan secara reset . Ia tidak lagi akan menunjukkan folder sampingan (Picasa atau Google+ instant upload). Sambungan sync juga tidak lagi berlaku kerana langkah 1 tadi telah mematikan sambungan sync ke server Google.

Langkah 3
Laksanakan aplikasi Galeri
Buka /Semak dan pantau semula semula Galeri album. Jika gambar masih ada, ikuti langkah 1 semula

oleh - Mie


Artikel ini diolah dari ;

11 ulasan:

  1. maaf tuan,boleh saya tanya knpe galeri saya hilang? dan macam nak dapatkan balik.?

    BalasPadam
    Balasan
    1. apakah aplikasi galeri atau kandungan gambarnya yg hilang ? cuba muatturun dengan aplikasi QuickPic yg pernah saya terangkan dulu,

      Padam
  2. tq tuan sngat menbantu masalah selesai..

    BalasPadam
  3. Adakah keseluruhan gambar dalam gallery akan terpadam?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak, gambar selebihnya perlu dipadam secara manual dengan sign akaun google+ photos

      Padam
  4. Terime kasih! Sgt2 membantu. . ��

    BalasPadam
  5. macam mana nak disable kan balik force stop?

    BalasPadam