Jumaat, 12 Julai 2013

Tutorial - Fungsi Google Autobackup dan cara mematikan fungsinya

Google Autobackup 
Pernahkan berlaku dimana galeri gambar yg tidak boleh dipadam pada Galeri gambar ? Apabila dicari dengan pengurus fail seperti My Files atau ES Explorer , gambar ini tidak juga tidak ditemui pada direktori kad memori. Hal ini berlaku kerana fungsi Autobackup sedang beroperasi dan mengeskport gambar2 terakhir yg diambil oleh kamera ke ruangan simpanan awangan atau Cloud Storage.

contoh galeri album yg menunjukkan sekali
kandungan galeri di awangan Cloud




Perhatikan ikon picasa seperti shutter , 
data galeri ini berada secara awangan cloud !


Apa yg berlaku ?
Setelah mengambil gambar dengan kamera Android, gambar yg tersimpan di kad memori dimuat naik secara sync  ke ruang cloud semasa wujud sambungan Internet. Ia bertujuan sebagai folder simpanan kedua. Pandangan folder kedua ini muncul pada Galeri Android tetapi tidak boleh dipadam (buat masa ini). Untuk memadamkan gambar ini perlu
Nota : Integrasi Ruangan simpanan awangan berada server /pelayan  Google menerusi akaun Google+ yg didaftarkan. Akaun ini dan galeri ini boleh diakses menerusi browser dalam talian.
Pengguna tentu bimbang dan ragu2 kerana gambar ini dimuat turun secara sendiri tanpa pengetahuan dan kebenaran. Tetapi apa yg berlaku,  gambar2 ini diletakkan dalam bakul draf, atau folder draf dan menunggu arahan untuk di edar secara blog post menerusi Google+. Selagi ia tidak ditandakan sebagai post maka ia selamat tersimpan dibakul.

Nota: Autobackup menggunakan integrasi  Google+ Instant Upload, Google Photos dan Picasa.

Berikut ialah cara mematikan fungsi sync Autobackup,
proses ini melibatkan sync Picasa, Google Photos & Instant Upload.

Langkah 1
Hentikan tetapan sync pada akaun 
Langkah pertama ialah menghentikan tetapan Sync pada akaun pengguna
Nota: Mematikan fungsi sync ini tidak memadamkan kandungan di ruang cloud, langkah ini bertujuan menghentikan fungsi sync terlebih dahulu
1-Masuk Tetapan sistem (Setting)
2-Perhatikan bahagian akaun Google,
3-Lihat dan pilih pada akaun emel
4-Kosongkan kotak pilihan (checkbox disable) pada ;-
  • Sync Google Photos
  • Sync Instant Uploads
  • Sync Picasa Album

kosongkan kotak penanda bagi 
Sync Google Photos
Sync Instat Upload
Sync Picasa Web Album
5-Tutup dan kembali (homescreen)


Langkah 2
Padamkan data dan cache Galeri/ Album
Jika dibuka Galeri / Album masih terdapat lagi gambar yg tidak diingini tersimpan pada memori. Oleh itu galeri album ini perlu di bersihkan dengan memadam data dan cache pada aplikasinya.
Nota: Langkah ini tidak akan memadam keseluruhan gambar kamera atau apa2 media peribadi yg tersimpan pada kad memori dan memori dalaman. Ia cuma memadam konfigurasi dan cache yg dibuat oleh Galeri
Hal ini pernah dijelaskan pada artikel berikut
i-Masuk ke Tetapan Android (Setting)
ii-Lihat kolum Aplikasi (Apps/ Application)
iii-Ada 3 atau 4 Bahagian,
Downloaded | On SD Card | Running | All
iv-Pilih ruangan All
v-kenal pasti dan masuk ke maklumat aplikasi, 
dalam topik ini aplikasi yg dicari ialah Gallery

Perhatikan butang berikut 
Force Stop | Disable / Uninstall
Clear Data | Move to SD card
Clear Cache

vi-Seterusnya padamkan data;
  • Clear Data  , dan 
  • Clear cache
Selepas ini, data sementara dan cache Galeri album dibersihkan secara reset . Ia tidak lagi akan menunjukkan folder sampingan (Picasa atau Google+ instant upload). Sambungan sync juga tidak lagi berlaku kerana langkah 1 tadi telah mematikan sambungan sync ke server Google.

Langkah 3
Laksanakan aplikasi Galeri
Buka /Semak dan pantau semula semula Galeri album. Jika gambar masih ada, ikuti langkah 1 semula

oleh - Mie


Artikel ini diolah dari ;

40 ulasan:

  1. maaf tuan,boleh saya tanya knpe galeri saya hilang? dan macam nak dapatkan balik.?

    BalasPadam
    Balasan
    1. apakah aplikasi galeri atau kandungan gambarnya yg hilang ? cuba muatturun dengan aplikasi QuickPic yg pernah saya terangkan dulu,

      Padam
  2. tq tuan sngat menbantu masalah selesai..

    BalasPadam
  3. Adakah keseluruhan gambar dalam gallery akan terpadam?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak, gambar selebihnya perlu dipadam secara manual dengan sign akaun google+ photos

      Padam
  4. Terime kasih! Sgt2 membantu. . 😉

    BalasPadam
  5. Macamana picasa album saya blh hilang sdgkn saya tak sync.dan macamana saya nk dptkn smla gmbr dr picasa album tu

    BalasPadam
  6. Kalau kita post gambar kat google+ arau sent pic melalui gmail akan wujud lagi tak album autobackup selepas sync?

    BalasPadam
    Balasan
    1. gambar masih wujud, cuba lihat Google photos pada Android atau sign in dengan desktop melihat kandungan foto

      Padam
  7. bley x sy dpt kn alek pic sy yg terdelete tu???ade cara x???

    BalasPadam
    Balasan
    1. kene faham dulu artikel konsep penyimpanan data, tidak semua data boleh dapat balik

      Padam
  8. sy dh clear data dgn clear cache.. sy check kat galeri kenapa folder camera sy hilang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam-mana boleh clear data & cache ? topik ni untuk matikan autobackup bukan format ??

      Padam
  9. Nak tanya. Gambar yg dibackup tu, orang lain tak boleh nampak/cari kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak, ia hanya upload dalam server selagi tak dishare maka orang lain tak nampak, utk padamkan gambar2 login dengan komputer ke akaun gmail seperti di telefon

      Padam
  10. Salam..sy x guna memori kad sebliknya guna memori phone..sy daa delete smua video and gambar dalam hp sy. But my hp still full n bila sy buka storage rupanya pic n video mnyumbang 1.70GB..application sy yg lain x laa mnyumbang begitu bnyak. sy amay trkejut padahal sy daa kosngkan smua tu..kenapa erk? kenapa? kenapa? memori phone 4GB. my hp samsung grand duos..reply me asap.tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak silap saya Grand Duos ada dua memori dalaman, satu phone memory satu lagi macam memori kad tapi tetap dari memori dalaman

      sebagai contoh
      phone memory - apps
      internal memory - gambar kamera

      cuba teroka data menggunakan ES File Explorer, aplikasi ini ada utiliti /tool yg boleh mengesan direktori data terbesar

      Padam
    2. daa dpt detect..trma kasih bnyak2 :)

      Padam
    3. apa yg dapat detect, apapun tahniah

      Padam
    4. Maaf saya ingin tanya, saya tidak mengerti apa tujuan nya ada tulisan d panel notifikasi
      "Keep Photos And Videos Storage Google"
      Itu lambang nya seperti logo awan dan tanda panah dan lalu saya klik tulisan pada panel notifikasi saya lalu terbuka sangat lama dan blank hitam, saya hanya khawatir foto dan video pribadi saya akan terlihat orang lain d luar sana, mohon bantu saya, HandPhone saya Samsung Galaxy Note 3, maaf ya terimakasih

      Padam
    5. maksudnya gambar dan video terakam akan diupload ke server Google secara automatik, jangan bimbang gambar itu disimpan ke ruang private & tidak siapa pun boleh melihat kandungan selagi ia tidak di kongsi secara share melalui Google+

      Padam
  11. wah tersangat lah membantu...terima kasih ya....

    BalasPadam
  12. unfortnately,the_processandroid.process.acore_has_stopped..
    knapa_ni_selalu_kluar_tiap_saat
    apa_masalahnye_ye

    BalasPadam
  13. Mcm mne nk delete gambar yg disync kat google(yg disimpan dlm akaun google?

    BalasPadam
    Balasan
    1. login akaun gmail di Google+ untuk padamkan secara manual

      Padam
    2. Tuan know she punye google+ x leg nk set up ehh........

      Padam
    3. saya betul2 tak faham bahasa ni,

      Padam
  14. terima kasih akhirnya masalah saya sudah selesai...penat saya fikir setiap mlm tak selesa dengan album apungan picasa tu syukur alhamdulilah terima kasih ye

    BalasPadam
  15. Tq sgt mmbntu n ble la fhm sikit2..sy nk mnta bantuan��gmbr bln lepas sy da dlte smlm tb2 ad balik dlm folder cmera..sy rsa puncanya dri cloud..31days if not use trnfer to hd sbab tu masuk dlm folder kot..wlpn sy da dlte...yg sy xfhm gmbr trbru yg sy ambil n save to sd card,dsbabkn phone storage asyik full je..da hlg....��tp gmbr yg sy dlte mncul balik.mcm mna nkndptkn gmbr yg sy seting(cmera storge to sd card??)))sygla pic sy bru amik smlm hilang..��tlg

    BalasPadam
  16. Macam mana nak buat bila gambar yang kita save dan tangkap atau screen shot tak diuploud dalam galeri dan bila kita nak share kat IG atau whatsapp dia kata tak boleh sebab gambar tak uploaded

    BalasPadam