Isnin, 8 Julai 2013

Tips - Penjelasan "Force Close" dan langkah penyelesaianya

Force Close merupakan masalah yg paling kerap melanda pada peranti Android. Tidak kira apa jenama atau model Android, masalah ini tetap boleh berlaku ini kerap berlaku selepas kemaskini aplikasi atau sistem operasi (firmware) yg menggunakan kod baru yg mungkin tidak serasi (incompatible)   dengan aplikasi yg digunakan. 

Amaran Force Close

Amaran Force Close dalam bahasa melayu


Bagaimana ia berlaku ?
Kepelbagaian chipset dan peranti Android menjadikan para pembangun aplikasi Android perlu membangunkan aplikasi yg serasi dengan peranti di pasaran. Chipset CPU seperti ARM mempunyai kestabilan yg tinggi dalam melaksanakan kerja aplikasi yg diarahkan. CPU ini juga bekerja dengan cara sedikit berbeza. 

Contoh ketara ialah ialah kehadiran chipset jenis MIPS yg dahulunya tidak boleh menjalankan aplikasi tertentu  dan mengaikbatkan Force Close apabila aplikasi dilaksanakan. Ini kerana arkitektur dan cara kerja yg berlainan dari standard cpu ARM. Selepas pengemaskini dan penambahbaikan dibuat menerusi Google Play baharulah ia boleh dilaksanakan dan menyelesaikan masalah Force Close.

Force Close ialah makluman aplikasi yg terencat dan kegagalan meneruskan tugas yg boleh dipengaruhi oleh faktor berikut 
  • kod aturcara aplikasi yg masih dalam beta/ percubaan
  • data games yg belum lengkap dan perlukan kemaskini (permainan dari Gameloft) 
  • kurang sokongan chipset terkini 
  • konflik antara aplikasi dan sistem utama Android selepas kemaskini atau update OS
  • konflik data Dalvik , data sementara (temp files) yg disimpan oleh aplikasi
Tentu ada pengguna yg mempunyai kerap Force Close selepas kemaskini sistem Android, konflik ini berlaku apabila sistem yg terbaru menggunakan data2 sementara dari sistem lama. Contohnya Aplikasi Play kerap berlaku "Force close" selepas kemaskini (update) ia berkemungkinan akibat konflik dengan data2 sistem lama.  Maka memadam data sementara (cache & user data) umpama membersihkan sistem seperti  reset memori

Bahagian A - Analisis yg perlu dibuat apabila berlaku force close
Apabila berlaku Force Close akan keluar paparan kotak amaran yg menunjukkan
The application [nama aplikasi] (process ID aplikasi)
has stopped unexpectedly. Please Try Again
1. Kenal pasti aplikasi apakah nama program yg dipaparkan. 
Lihat pada contoh berikut

Aplikasi ini merujuk kepada permainan Tap Tap 4
ID aplikasi ini bermula pada huruf com.xxxx


Aplikasi terlibat ialah Facebook. 
ID Aplikasi ini bermula pada com.facebook.katana)


Bahagian B - Antara langkah yg boleh dibuat untuk menyelesaikan masalah  Force Close
1. Lakukan reboot
Mati dan hidupkan semula Android untuk menguji kelancaran aplikasi yg diketahui Force Close. Cuba laksanakan aplikasi yg sama sekali lagi

2. Buang dan muat turun semula
Ada aplikasi yg konflik dengan data lama selepas kemaskini versi terbaru. Selepas dikenal pasti aplikasi yg bermasalah, buang dan muat turun semula, cuba lagi. Aplikasi boleh dibuang dengan melihat yg senarai muat turun pada Play Store. Cara ini sememangnya mudah


3.Buang data aplikasi atau program cache
Setiap aplikasi akan membuat simpanan data utk maklumat pengguna. Cara ini boleh diumpamakan sebagai melakukan reset pada aplikasi tersebut. Cara ini juga berguna pada aplikasi yg tidak boleh dibuang atau menjadi sebahagian sistem.
Perhatian : proses clear data & cache akan memadam maklumat login pengguna, progress permainan dan tetapan aplikasi, walaubagaimanapun melakukan ini lebih baik dari aplikasi berterusan Force Close yg tidak boleh digunakan langsung. Ia tidak menjejaskan fungsi lain dan fail & media peribadi yg tersimpan seperti lagu & gambar.    

i-Masuk ke Tetapan Android (Setting)
ii-Lihat kolum Aplikasi (Apps/ Application)
iii-Ada 3 atau 4 Bahagian,
Downloaded | On SD Card | Running | All
iv-Pilih ruangan All
v-kenal pasti dan masuk ke maklumat aplikasi,

Perhatikan butang berikut 
Force Stop | Disable / Uninstall
Clear Data | Move to SD card
Clear Cache

vi-Seterusnya padamkan data yg dibuat aplikasi ialah;
  • Clear Data  , dan 
  • Clear cache
vii-Reboot dan cuba lagi

Penjelasan 
Setiap aplikasi akan menggunakan sedikit ruang memori untuk maklumat data pengguna, tetapan sistem, dengan memadam maklumat ini, (Clear Data & Clear Cache)  aplikasi akan berada pada status asal (factory reset). Sesetengah aplikasi seperti Google Play yg mengalami Force Close pula perlu membuang kemaskini terkini dengan pilihan uninstall updates kerana pepijat atau software bugs yg tidak dapat dielakkan



Adakalanya aplikasi yg perlu di reset melebihi satu. Memadam aplikasi seperti Google Play melibatkan keseluruhan aplikasi Google yg lain. Ini adalah perlu kerana aplikasi ini saling bergantung dengan yg lain.

*Google Play Service (Play Store)
*Google Service Framework (service)
*Google Mail (Gmail)
Nota Tambahan : Langkah ini juga boleh menyelesaikan masalah login akaun , atau aplikasi yg ditutup secara sendiri dan mengejut   

4. Memadamkan Data Dalvik 
Bahagian ini adalah dikhususkan bagi pengguna Android yg mempunyai dan tahu menggunakan mod recovery yg telah diubahsuai. Antaranya ialah Clockwork Mod Recovery. Seperti mod asal Recovery berfungsi sebagai perantara dan servis firmware. Cara ini paling mudah bagi pengguna yg membuat pengemaskinian software updates atau firmware updates. Data sementara ini memang dihasilkan sistem Android, data sementara ini boleh dipadamkan sepenuhnya tanpa perlu melakukan format penuh (factory reset) atau membuang data atau cache.

submenu ini hanya wujud pada recovery  yg 
diubahsuai , sebab itu namanya ClockworkMod Recovery



ini jenis standard recovery yg pada peranti Android, 
tetapi ia tidak mempunyai fungsi membuang data dalvik.

5. Format penuh
Langkah terakhir ialah melakukan proses format jika terlalu banyak aplikasi berlaku Force Close dan langkah diatas tidak berkesan. Jika hanya sedikit aplikasi yg mempunyai masalah maka tidak perlulah melakukan format penuh, ikuti langkah no 3.

Jika masalah masih berlaku, ini mungkin adalah pepijat Android yg tidak boleh dielakkan, caranya, jangan guna sahaja aplikasi tersebut dan tunggu hingga versi terbaru untuk digunakan semula.

~pengarang  - Mie

*artikel ini akan dikemaskini dari masa ke semasa


4 ulasan:

  1. assallammualaikum , hye , berkaitan artikel ni , saya nk tnye ,saya gune samsung galaxy grand duos gt-i9082, saya tak bole nak nk login sy pnya google play store (no connection) ,google search (theres problem with conection), ta bole na sync google acc to gmail and everything , saya tk psti jika sy ada terdelete something bout google on my phone software , sy da buat sume , phone reset , hard reset , clear cache , but sume ta bole .....so , mcm nk buat yee ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. buat semakan kemaskini firmware terkini dari Samsung Kies

      Padam
  2. Game saya berlaku force close dan game tersebut tidak boleh dipadam! Tolong saya gan

    BalasPadam
    Balasan
    1. apakah games itu datang bersama telefon semasa dibeli ? biasanya games boleh dibuang secara uninstall

      Padam