Khamis, 30 Januari 2014

Tutorial - Kemaskini melalui Sony Mobile Companion

Pada minggu lepas saya sempat membuat kemaskini bagi peranti android berjenama Sony Xperia. Jika pengguna Samsung melakukan kemaskini melalui Samsung Kies, bagi pengguna Sony Ericsson & Sony Xperia boleh menggunakan Sony Mobile Companion sebagai perantara pengurus fail dan  membuat kemaskini firmware terkini untuk peranti Sony.

Inilah dia Sony Mobile Companion




Bahagian A : Muat turun Sony Mobile Companion


Keperluan spesifikasi
  • Sambungan internet 
  • Intel/ AMD x86
  • Windows XP Sp, Windows Vista , Windows 7, Windows 8
  • 1 GB ruang memori HDD
  • 1 GB RAM 
  • 1 slot USB 
  • 1 kabel USB 
2- Lakukan proses Restart windows


Bahagian B : Persediaan & semakan sambungan PC
Sebelum memulakan proses kemaskini adalah penting memastikan hayat bateri melebihi 80%. Tujuannya, jika berlaku masalah, Sony Mobile Companion akan memastikan sambungan kuasa dikekalkan untuk melakukan proses ulangan yg terencat secara automatik.

Pengguna dinasihatkan supaya membuat simpanan kedua (backup) bagi mengelakkan risiko diformat atau terformat sendiri semasa proses kemaskini. Jangan menyesal kalau fail hilang!

1- Buat sambungan kabel USB dari peranti Sony ke komputer
Windows akan mengenalpasti peranti yg pertama dimasukkan, ia akan memasukkan drivers secara automatik Drivers berperanan sebagai jejambat antara sistem operasi, perisian & peranti, ia boleh didapati pada CD yg datang bersama unit yg dijual atau dimuat turun melalui Sony Mobile Companion
Apabila peranti membuat sambungan USB pertama kali, Windows cuba mengenalpasti dengan mencarikan Drivers yg sepadan. 

Contoh Windows 7 yg berjaya membuat sambungan Xperia S

Jika peranti tidak dapat dikesan sepenuhnya ia mungkin ketiadaan Driver yg berjaya menghubungkan antara sistem operasi dengan peranti. Restart komputer sehingga ia berjaya dikesan (hardware detected)

Portable Device merujuk sambungan peranti befungsi dengan baik
Ia juga boleh melihat kandungan fail dan menguruskan fail


Bahagian C : Kemaskini sistem operasi / firmware
Peranti yg berjaya dikesan bersedia menggunakan Sony Mobile Companion. Jika tidak ia tidak boleh mengesan peranti dan menjalankan proses kemaskini, jadi pastikan peranti betul berjaya seperti yg diterangkan dibahagian B.

1- Laksanakan Sony Mobile Companion

Sambungan Sony Xperia S mempunyai dengan makluman kemaskini 


Peringatan makluman kemaskini ini dipaparkan secara automatik selepas sambungan USB.

2- Pilih Update untuk memulakan kemaskini

Pilih Update untuk mulakan proses kemaskini


Peringatan tambahan muncul bagi memastikan tahap bateri mencukupi. Untuk melakukan kemaskini kuasa bateri mestilah melebihi 80%


3- Tandakan checkbox dan pilih next

tandakan dan pilih next 


4- Semakan lagi , tandakan checkbox, pilih continue

tandakan dan teruskan


Makluman apa yg bakal berlaku, pilih Accept tanda setuju kemaskini

Menurut makluman ini maklumat peribadi dikekalkan, maka tidak berlalu proses format. Masa yg diambil dijangka minimum 30minit, ini bergantung dengan kelajuan jalur lebar pada komputer. Rekodkan firmware versi terkini dan versi yg bakal dikemaskini bagi tujuan keselamatan.

5- Pilih Accept sebagai setuju & memulakan proses kemaskini 

6 - Tunggu dan perhatikan

Mengumpul maklumat pada server utama Sony

.....-_- .....

Firmware sedang dimuat turun, jangan tutup internet 

Muat turun baru selesai, menghubungkan untuk kemaskini

Proses Flashing bermula, 
duduk diam2, jangan usik peranti dan kabelnya 

Proses Flashing selesai !
jika peranti tidak melakukan restart sendiri, 
cabut kabel USB dan hidupkan seperti biasa


Selesai!

6 - Sony Mobile Companion memaklumkan pengguna proses telahpun selesai dikemaskini. Pada peranti Sony akan berlaku pengemaskini berdasarkan jumlah aplikasi yg dimuat turun. Kemaskini ini bagi menggantikan data /cache lama yg digunakan pada versi Android yg lalu.

Jika berlaku force close cuba restart semula sehingga tiada lagi force close, jika masih ia mungkin perlu dibuang (uninstall) dan dimasukkan semula atau memadamkan data yg mungkin konflik dengan versi Android yg baru.
Walaubagaimana jika terlalu banyak aplikasi mengalami force closed, dan prestasi Android yg merosot dan lembab melakukan format penuh adalah lebih baik

Sekian & beri komen jika ada soalan.
~Artikel dikarang bersama encore & mie







0 ulasan:

Catat Ulasan