Jumaat, 22 Januari 2016

Reviu Aplikasi – GT Recovery (root) Bahagian 1 – Mencari imej gambar yang hilang

Reviu Aplikasi – GT Recovery (root).  Bahagian 1 – Mencari imej/ gambar yang hilang


*Matlamat reviu ini ialah untuk menunjukkan fungsi dan cara mendapat fail yang hilang atau terpadam akibat kecuaian.  Peluang untuk menyelamatkan data hilang hanya boleh berlaku jika sektor data lokasi fail belum diusik oleh data baru. Ini telah diterangkan dalam artikel yang perlu anda baca terlebih dahulu.

Tentu sekali anda terpadam rakaman gambar atau video yang mempunyai kenangan. Usah bimbang, dengan aplikasi GT Recovery anda boleh mencuba mendapatkan fail yang baru dipadam semula dari kad memori  bahkan juga boleh mengesan memori dalaman. Tetapi aplikasi ini hanya berfungsi untuk  peranti yang telah di tampal dengan pengubahsuaian ‘Root’. 

Bahagian 1 – Mencari imej/ gambar yang hilang
1.  Buat carian aplikasi GT Recovery di Gedung Android (Android Playstore). Ia mempunyai logo cicak hidup berwarna hijau dengan latar belakang biru teal. 





2.  Muat turun dan laksanakan aplikasi. Perhatikan antaramuka menu utama, ia mempunyai pelbagai pilihan pemulihan.  Untuk ulasan ini pengarang memilih untuk mencari semula gambar yang hilang atau terpadam aje. Fungsi lain akan dibincangkan pada bahagian lain.

topik ini sentuh satu bahagian dahulu, 
yang lain pada bahagian 2


3. Pada menu utama, Tekan dan tarik skrin ke kanan (tap & slide right)  untuk tetapan lanjutan. Jika masih tidak boleh cuba gunakan siku.  Pada ruang kiri ia memaparkan maklumat peranti dan pilihan yang ada. Pengarang menggunakan Xiaomi Redmi 1s dengan kod HM 1SW  


4. Tekan FAQ untuk membaca maklumat yang kerap ditanya pengguna.

Tak faham bahasa inggeris?, tutup saja 




5. Kembali dengan menekan butang kembali (back) dari laman FAQ, tekan Setting untuk melihat tetapan lanjut. Akan muncul kotak amaran dari SuperUser kerana GT Recovery sedang mendapatkan kebenaran root. Pilih benarkan (Grant) pilihan bagi membolehkan akses data diteruskan. Jika tidak ia gagal berfungsi  sepenuhnya.

Terima seadanya


6.  Tetapan ini member pilihan kepada pengguna samada mahu membuat imbasan memori pilihan secara manual. Kebolehan lain aplikasi ini juga boleh membuat bacaan pada blok memori EXT2/3/4 yang biasa digunakan pada sistem Linux.  Jika anda mempunyai kad memori bermakna ada lebih pilihan memori yang boleh diimbas.

pilihan memori dalaman & memori luar / sd card


7. Selesai membuat pilihan , tutup laman tetapan Setting dengan menekan butang kembali (Back) ke menu utama aplikasi. Perhatikan ikon biru semacam TV lama berlabel Recover Photo, tekan untuk memulakan proses carian. Jangan tekan yang lain pulak.



8. Tekan pada butang Star New Scan untuk mulakan proses carian




9. Biarkan aplikasi ini melakukan tugas sebentar, ia mungkin memakan masa sehari dua.....

masa menunggu dalam 5-10 minit je la,

=)


10. Carian gambar akan dipaparkan dalam bentuk kotak previu kecil (thumbnail) . Anda boleh lungsuri dan melihat hasil carian kebawah. Ia tidak akan menganggu proses carian selagi ia tidak dihenti (pause scan) secara manual.  Antaramuka aplikasi ini mirip dengan aplikasi GT Photo Recovery yang pernah diulas dahulu.

nasib baik tak ada gambar yang bukan2


Hasil kotak carian dibahagi kepada dua jenis susunan. Pada Tab Timeline, gambar disusun mengikut maklumat foto atau gambar menerusi tarikh ia dicipta. Ini sangat membantu bagi mengenal pasti gambar melalui tarikh yang diambil. Pada Tab Others, gambar disusun mengikut saiz

11. Apabila anda sudah menemui gambar yang dicari, proses carian boleh dihentikan secara manual (jika tak mahu menunggu lama). Tetapi adalah lebih baik jika imbasan dibuat sepenuhnya, masa imbasan pada yang dicuba lebih kurang 2/5 minit.

Tekan pada previu gambar bagi memilih gambar yang diingini. Pilihlah sebanyak mana gambar yang anda mahu. Jika ada previu gambar yang tidak lengkap atau rosak, ia masih dipilih akan tetapi hasil gambar mungkin tidak berjaya kerana persilangan data baru.

ini dia dah jumpa!

Tekan butang  Recover yang berwarna biru. Fungsi butang Erase bertujuan untuk memadamkan terus gambar dari dikesan lagi.

* Pilihan Erase ini tujuannya untuk mengosongkan carian semula gambar jika telefon anda mahu dipadam sepenuhnya, sebelum di pindah milik kepada orang lain atau dijual semula.. manalah tahu kalau2 ada gambar kantoi barangkali ?


12. Serta merta akan keluar kotak putih Recover yang menunjukkan pilihan destinasi gambar. Pilih pada kad memori anda (External Storage), Elakkan memilih bahagian memori jenis EXT 

kenal pasti memori luaran dengan memaadankan saiz kad memori anda


13. Selepas memilih lokasi memori, muncul kotak kedua yg menunjukkan lokasi folder dimana fail ini dikumpulkan. Ingat struktur folder ini atau catatkan di kertas jika anda seorang lembab & pelupa.
  • External storage // GTRecoveryFiles / Photos / (lokasi gambar disini)
baiklah..



14. Teruskan menekan Ok. Selesai proses penggalian data dibuat, muncul kotak Recovery Succeed. Tekan View the Result untuk melihat kandungan gambar yang diselamatkan.



15. Perhatikan senarai gambar yang diselamatkan dihimpunkan pada folder ini. Gambar disenaraikan mengikut nama asal pada kamera atau yang dimuat turun.

contoh fail yang diselamat,


16. Gambar ini juga boleh dilihat semula dengan aplikasi pelayar gambar seperti QuickPic atau Galeri gambar tanpa perlu mengimbas semula. Maka anda tak perlu nak imbas setiap kali melihat gambar yang telah diselamatkan (cuba ingat semula lokasi folder gambar tadi).

Tekan pada nama fail untuk melihat gambar yang berjaya diselamatkan.

contoh previu menerusi ES Explorer/ Image Viewer


syukur alhamdulillah!

Untuk jangka panjang selepas ini simpan gambar pada komputer menggunakan kabel USB atau dipindahkan pada memori USB (flashdrive) , Bagi pengguna yang mempunyai sambungan internet disyorkan simpan pada akaun Google Drive yang sedia digunakan percuma. Atau pun simpan ke peranti lain menerusi Bluetooth atau Wifi.

Maka jika peranti terpadam lagi, rosak, meletup atau dicuri, maka tidak perlu bimbang masih ada simpanan pendua atau backup yang boleh dilihat kemudian. Tabiat mengemaskini memori perlu diamalkan disamping membuang gambar selfie yang berlebihan secara tak memperlahankan prestasi peranti anda.

Kesimpulan


Kebolehan memilih bahagian memori pada satu2 masa dapat menjimatkan masa tanpa perlu membuat imbasan secara keseluruhan peranti. GT Recovery tidak semestinya menjanjikan pencarian data dengan cemerlang dan terbilang. Dengan antaramuka dan menu yang lebih maju berbanding aplikasi seumpamanya lain, masih ada sedikit kelemahan yang boleh dipertingkat. 

Antara kelemahan yang boleh dipertingkatkan dengan menambah sokongan imbasan dan eksport fail ke luar peranti terus (USB drive/ memory) dan pilihan eskport ke memori dalaman. Ini sangat penting bagi mengelakkan pertindanan data baru yang boleh merencat struktur data lama semasa proses penggalian data dibuat.

-Mie





10 ulasan:

  1. Maaf sy nk tnye.. kenapa bile tgh scan whataps tetiba terkeluar balik dr scan tu.. dlm 20% je dpt scan lps tu terkeluar kt menu utama die. Try scan lg tp sama jgk.. xdpt tgk details whtaps yg scan tu. Harap en. Dpt mmbantu.. sy menggunakan tab 4. Dan lenovo 850.

    BalasPadam
    Balasan
    1. barangkali aplikasi tak serasi / incompatible ,

      Padam
  2. Ad x utk xari msm yg hilang..urgent

    BalasPadam
  3. Salam En Mie boleh repair memory card saya.nak hantar KT mane ye.saya take pandai nak buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. hubungi saya secara gmail (alangmedia) utk maklumat lanjut

      Padam
  4. saya nk tanya kenapa henfon saya tak boleh rakam video guna Facebook Messenger tapi boleh snap gambar... saya pakai Xiaomi redmi note 3 pro

    BalasPadam
  5. Katanya hf penuh disarankan pindah ke
    memory kad ,tapi kenapa trpadam

    BalasPadam
  6. Nak cakap, dalam komputer Windows, boleh tak gunakan app ni untuk mencari video & photos yang dipadam lepas reset? Ada tak yang lain selain dari GT recovery dalam Windows? Kalau ada, tanya ye.

    BalasPadam