Selasa, 2 Disember 2014

Analisis - Perbezaan Xiaomi Redmi Note tulen dan palsu

Saya terpanggil untuk membuat ulasan dari sebuah dokumentasi video youtube oleh Muhammad Ooi Video . Artikel pendek ini hanyalah huraian pengarang dari video tersebut.

 Perbezaan Xiaomi Redmi Note tulen dan palsu

hampir susah dibezakan !

Khamis, 25 September 2014

Ulasan - Xiaomi Redmi 1S

Terdahulu saya telah mengulas sebuah jenama yang kurang dikenali dan berprofil rendah. Memandangkan tabung duit masih belum cukup saya berpeluang mencuba Xiaomi Redmi yang dipinjamkan oleh rakan sepejabat. Terima kasih kepada En Norman yg sudi meminjamkan sebentar..


Inilah harga rasmi untuk dijual di Malaysia

Untuk makluman hanya warna hitam sahaja yang dijual untuk pasaran Malaysia. Selain dari warna ini adalah kemungkinan dari set yg diimport samada klon atau original

Ahad, 14 September 2014

Penting - Apakah risiko membeli unit AP yang diimport ?

Semakin banyak jenama dari China yang agak berkualiti dijual secara belian import. Ini menjadikan tiada sokongan warranti dalam negeri/ tempatan dan perlu melalui penjual dan pemborong sekiranya pembeli mahu membuat tuntutan jaminan kerosakan.

Masalah sokongan selepas jualan
Antara risiko yang perlu diambil ialah tempoh tuntutan jaminan yang mungkin panjang dan hanya boleh dibuat menerusi penjual kedai sahaja. Proses bertambah panjang sekiranya penjual ini menunggu pemborong yang biasanya mempunyai jadual pergi dan balik bagi tujuan urusan perniagaan di China. 

Pembeli juga boleh dikenakan bayaran caj penghantaran yg mungkin mahal sekiranya pemborong tidak menuntut item yg dihantar. Contohnya ejen yang mahu pulang ke Malaysia tentu sekali tidak menunggu lama dan menyebabkan item perlu dihantar secara pos antarabangsa. 

Bagi set tulen, tiada sebarang caj yang perlu dibayar kerana anda telahpun membayar pada harganya yang mungkin agak mahal kerana ia merangkumi kos pusat servis jualan di Malaysia. Antara caj lain yang boleh dikenakan ialah caj operasi atau labour fee yang mungkin diambil kesempatan oleh pemborong. 
Dahla rosak, kena tanggung caj penghantaran. 

Rabu, 10 September 2014

Sembang - Mengapa anda perlu ambil tahu jenama Xiaomi

Pengenalan
Xiaomi bukanlah satu jenama klon murahan dan telah lama bertapak sejak 2010 dengan penubuhan bersama Temasek Holding dan IDG Capital yang berpangkalan di China. Produksi pertama Xiaomi ialah dengan mengeluarkan telefon pintar pertama Xiaomi Mi1S dengan keupayaan Qualcomm Snapdragon S3 serta pemecut GPU Adreno 220


Xiaomi Mi1/ Mi1S

Rabu, 2 April 2014

Sepintas lalu - Samsung Galaxy S5, HTC One M8 (2014), Xperia Z2

Salam sejahtera & salam nusantara,

Mohon maaf atas kekurang masa untuk mengemaskini laman ini. Saya ingin kongsikan sedikit maklumat antara telefon popular pada suku 2014.

Samsung Galaxy S5
Samsung telah melancancarkan generasi Galaxy S5 dengan beberapa fungsi biometrik seperti pengesanan cap jari sebagai kekunci masuk tanpa perlu menggunakan kekunci dan pattern lock.


sumber gambar - Samsung Mobile


Selasa, 25 Februari 2014

Aplikasi penting Google - Pengurus Peranti Android

Pengurus Peranti Android (Android Device Manager)
Android Device Manager atau pengurus peranti android merupakan satu sistem servis laporan lokasi bagi semua peranti Android yg dilengkapi dengan GPS. Fungsi utama ialah mengesan peranti secara remote tracking dengan hanya membuat semakan akaun google yg dipadankan dengan peranti. 

Bagaimana ia berfungsi ?

klik gambar untuk dibesarkan

Khamis, 30 Januari 2014

Tutorial - Kemaskini melalui Sony Mobile Companion

Pada minggu lepas saya sempat membuat kemaskini bagi peranti android berjenama Sony Xperia. Jika pengguna Samsung melakukan kemaskini melalui Samsung Kies, bagi pengguna Sony Ericsson & Sony Xperia boleh menggunakan Sony Mobile Companion sebagai perantara pengurus fail dan  membuat kemaskini firmware terkini untuk peranti Sony.

Inilah dia Sony Mobile Companion