Rabu, 2 April 2014

Sepintas lalu - Samsung Galaxy S5, HTC One M8 (2014), Xperia Z2

Salam sejahtera & salam nusantara,

Mohon maaf atas kekurang masa untuk mengemaskini laman ini. Saya ingin kongsikan sedikit maklumat antara telefon popular pada suku 2014.

Samsung Galaxy S5
Samsung telah melancancarkan generasi Galaxy S5 dengan beberapa fungsi biometrik seperti pengesanan cap jari sebagai kekunci masuk tanpa perlu menggunakan kekunci dan pattern lock.


sumber gambar - Samsung Mobile




Fungsi ini dibina pada butang Home dengan hanya gosokan tapak jari secara swipe. Fungsi ini akan dibangunkan bagi tujuan keselamatan seperti pembayaran online seperti PayPal yg kini mula menyokong teknik pembayaran ini. 

Aplikasi kesihatan terbaru diperkenalkan;  S-Health sebagai pemantau kesihatan yg menggunakan flash kamera sebagai pembaca denyutan jantung. Dengan ukuran terbina dalaman pedometer dan analisis pembakaran kalori, kesemua maklumat ini dihimpun bersama S-Health yg boleh diserasikan dengan Galaxy Gear. 

Kamera 16Megapiksel dikatakan mempunyai tangkapan 0.3 saat dengan Phase autofocus & Selective focus  untuk bokeh yg menarik dan rakaman video 4K tetapi terhad kepada 5minit kerana ruang memori yg terhad. Fungsi kelajuan internet Download booster diperkenalkan, apa yg menarik ialah kebolehan menggunakan dua signal internet mobile data 4G dan rangkaian wifi serentak!

Antaramuka TouchWiz kini diperbaharui dengan antaramuka My Magazine yg mesra pengguna yg dipengaruhi antaramuka Flipboard. Dari segi kualiti binaan, Galaxy S5 mempunyai tahap IP67 kalis habuk dan air. Kualiti binaan pada bahagian hadapan lebih kurang sama dengan Galaxy S4, tetapi pada di bahagian belakang ia mempunyai tekstur yg lembut yg juga kalis air. Walaubagaimanapun ia tidak dipastikan samada waterproof atau splashproof.

Spesifikasi Penting Galaxy S5 
IP67 -Dust & Water resistant
  • Android - Kit Kat 4.4
  • CPU - Qualcomm Snapdragon 801, 2.5Ghz 4teras
  • RAM - 2Gb
  • Memori - 16Gb/32Gb (dengan sokongan kad MikroSD)
  • Skrin - 5.1' HD penuh (1080) , Super AMOLED HD, Gorilla Glass 3
  • Kamera - 16Megapiksel , Phase AutoFocus, Selective Focus, 4K video
  • Bateri - 2800mAh

Sumber bacaan
  • http://www.gsmarena.com/samsung_galaxy_s5-6033.php
  • http://www.pocket-lint.com/news/127463-hands-on-samsung-galaxy-s5-review




Sony Xperia Z2
Xperia Z1 kini bakal digantikan dengan model terbaru Xperia Z2.


Sebagai perbandingan dengan Xperia Z1, Sony telah melakukan perubahan kosmetik yg lebih ergonomik seperti kedudukan speaker yg telah diubah kepada dwi speaker di permukaan hadapan. Sony juga mengesahkan fungsi noise cancellation yg digunakan pada teknologi audio Walkman.

Berdasarkan tinjauan Xperia Z2 tidak lagi mempunyai masalah sudut pandangan yg mengurangkan kejelasan visual dari tepi yg berlaku pada model Xperia Z1 & tablet Xperia Z.  Tahap kualiti kamera pula dikhabarkan sama dan tiada perubahan seperti Xperia Z1. Tetapi fungsi baru membolehkan rakaman video 4K serta rakaman 120fps mod perlahan slowmotion.

Spesifikasi Penting Xperia Z2
IP58 -Dust & Water resistant
  • Android - Kit Kat 4.4
  • CPU - Qualcomm Snapdragon 801, 2.3Ghz 4teras
  • RAM - 3Gb
  • Memori - 16Gb (dengan sokongan kad MikroSD)
  • Skrin - 5.2' HD penuh (1080) , Triluminous & X-Reality, Kalis calar 
  • Kamera - 20.7Megapiksel , Exmor R
  • Bateri - 3200mAh


sumber bacaan
  • http://www.androidpolice.com/2014/02/24/mwc-2014-hands-on-with-the-xperia-z2-incremental-changes-add-up/
  • http://www.pocket-lint.com/news/127396-sony-xperia-z2-vs-sony-xperia-z1-what-s-the-difference



HTC One M8(2014)
Antara sebab HTC masih kukuh ialah mutu binaan yg sangat berkualiti berbanding pengeluar Android yg lain. HTC One diteruskan dengan nama yg sama HTC One-M8.



Model ini diperbaharui dengan CPU yg laju dengan dua-kamera 4ultrapiksel dibahagian belakang dan 5megapiksel pada kamera hadapan. Julung kali telefon yg mempunyai kamera khas untuk golongan selfie, jika anda obses bergambar sendiri, ini sangat sesuai. Dari segi mutu binaan tidak boleh dipertikaikan. Dengan hiasan brush metal, ia dilihat ekslusif dan kelihatan mewah. 

Penampilan menarik pada HTC One M8 ialah cara menghidupkan tanpa perlu menekan butang kuasa (power button) , hanya dengan dua kali Tap pada skrin yg ditutup, ia akan diaktifkan secara automatik. Gaya ini lebih praktikal lebih kerana sentuhan ialah perkara yg pertama sekali dibuat pada skrin. HTC Sense juga dikemaskini kepada Sense 6 dengan latar warna yg berubah daripada tema hitam putih sebelum ini. 

Dengan skrin yg lebih besar dari model terdahulu, kualiti skrin Super LCD3 yg digunakan memparkan kontra dan gamut warna yg tepat dari skrin AMOLED. Kelebihan dari model terdahulu, HTC One M8 kini mempunyai sokongan kad memori berbanding pada model HTC One M7 


Spesifikasi Penting HTC One M8 
  • Android - Kit Kat 4.4
  • CPU - Qualcomm Snapdragon 801, 2.3Ghz 4teras
  • RAM - 2Gb
  • Memori - 16/32Gb (dengan sokongan kad MikroSD)
  • Skrin - 5' HD penuh (1080) , Super LCD 3,Gorilla Glass 3
  • Kamera - Dwi kamera 4 Ultrapiksel, kamera hadapan 5Megapiksel untuk 'selfie'
  • Bateri - 2600mAh



2 ulasan:

  1. Salam.

    Ada berita pasal S6?

    Kalau nak promote blog ni boleh la share link kat sini ye:
    http://free-unlimited-backlinks.com

    BalasPadam