Selasa, 2 Disember 2014

Analisis - Perbezaan Xiaomi Redmi Note tulen dan palsu

Saya terpanggil untuk membuat ulasan dari sebuah dokumentasi video youtube oleh Muhammad Ooi Video . Artikel pendek ini hanyalah huraian pengarang dari video tersebut.

 Perbezaan Xiaomi Redmi Note tulen dan palsu

hampir susah dibezakan !



Video penuh dari youtube oleh Muhammad Ooi


Komen dari empunya video


Saya hanya mengatakan bahawa phone Redmi Note yang dijual / diberikan sebagai gantian kepada saya adalah tiruan. Saya tidak mengatakan bahawa perniagaan mereka menjual semua barangan tiruan. Saya hanya fokus kepada phone ini sahaja, dan tidak kepada lain-lain phone yang dijual oleh mereka.- IMEI yang ada di resit berbeza dengan IMEI phone gantian, kerana IMEI di resit tidak diupdate setelah gantian phone dibuat.

Penjelasan : ( terpaksa jawab details ….bacalah kalau rajin )

Saya telah berusaha beberapa jam menulis kembali rentetan peristiwa berserta gambar rujukan. ( kerana saya nak pastikan rentetan cerita adalah betul dan berserta bukti. Juga tidak mahu menokok tambah cerita )

Saya juga telah berusaha beberapa jam untuk buat rakaman video perbandingan 'Redmi Note Tiruan' ( yang diberikan oleh Yuki Yeoh kepada saya sebagai phone gantian yang didakwa olehnya sebagai phone baru dan original. ) dan ‘Redmi Note Original yang saya beli dari kedai berdekatan dengan kedainya.

Tujuan buat video perbandingan adalah untuk sebagai bukti dan mengesahkan maklumat-maklumat dalam aduan saya. Saya tidak mahu dikatakan buat aduan palsu kepada KPDNKK.

Pada 14/7/2014, pihak KPDNKK telah membalas aduan saya dan mencadangkan saya buat aduan Tribunal Pengguna. ( penat menulis, buat persediaan. Tetapi disuruh buat aduan ke saluran lain pula )

Saya agak terkilan kerana terlalu banyak proses perlu saya lalui hanya untuk dapatkan refund kerana ditipu dengan jualan phone tiruan. Saya mangsa penipuan dan saya perlu bersusah payah ke sana sini dan buang masa.

Saya sudah menunggu lebih seminggu sejak tarikh belian pada 1 July 2014, agar penjual berikan gantian phone yang berfungsi baik. Malangnya saya diberi gantian phone yang dikatakan baru, tetapi sebenarnya adalah masih bermasalah. Saya pergi kedai buat tuntutan refund seperti yang dijanjikan. Penjual enggan. Berlaku sedikit pertikaian lisan. Tetapi keadaan adalah terkawal, tetapi sudah tentu saya tidak berpuas hati kerana dilayan demikian.

Penjual mendakwa saya mengancam perniagaannya dan menelefon polis. Saya tunggu polis tiba, kerana tiada apa yang hendak saya takutkan kerana tidak buat sebarang kesalahan. Setelah polis dengar cerita kedua-dua pihak, maka dinasihatkan saya beredar, buat laporan polis dan buat aduan di KPDNKK. Saya akur.

Saya amat yakin phone itu bermasalah dan ingin buktikan perkara ini. Kemudiannya saya pergi ke kedai lain berdekatan untuk beli set Redmi Note Original baru pada harga RM699. ( dengan hasrat nak tunjukkan perbezaan phone yang berfungsi baik dan phone yang bermasalah. Juga, pada fikiran saya, ketika menunggu aduan diselesaikan oleh KPDNKK, saya tidak mahu gunakan phone bermasalah itu). Saya sanggup beli phone ini, walaupun harga lebih mahal daripada biasa kerana pelancaran official phone ini masih lambat lagi ketika itu.

Saya diberitahu oleh penjual lain bahawa phone yang dibeli daripada Yuki Yeoh adalah tiruan. ( setelah beliau memegang phone dan buat penelitian ). Saya tidak menerima bulat-bulat kata-kata penjual lain itu. Saya balik rumah buat penelitian dan perbandingan, dan akhirnya saya yakin sememangnya phone yang diberikan oleh Yuki Yeoh adalah tiruan. ( seperti yang saya kemukakan dalam video dan gambar )

Saya sudah lalui pelbagai proses, saya terpaksa buang masa, rasa ditipu. Saya harap video saya buat ini boleh dijadikan panduan dan mendidik pengguna agar tidak tertipu dengan mana-mana penjual yang tidak jujur.

Untuk apa saya nak bersusah payah buang masa beberapa jam untuk menulis, snap photo dan video? Sebenarnya saya lebih suka, perkara ini diselesaikan dengan diberikan refund oleh penjual. Itu sahaja kehendak saya, kerana ianya lebih jimat masa dan tenaga saya. Tetapi penjual amatlah tidak bekerjasama dan enggan bertanggungjawab sehinggalah pada hari ini.

Saya bersedia untuk menerima refund 100% daripada penjual ( sebagai penyelesaian ) , bukannya ‘dipaksa’ ke sana sini untuk proses aduan dan pendengaran hanya kerana phone yang dibeli pada RM679 ( phone RM639 + Tempered Glass + casing RM40).

Saya bersedia menerima penyelesaian yang adil untuk saya. Saya tidak berhasrat nak panjangkan perkara ini.

Terima kasih.


Rumusan
Rekaan belakang yg lebih hampir sama agak sukar dibezakan. Pengarang sendiri sukar membandingkan Redmi Note tiruan dengan pandangan luar. Ini hanya boleh dipastikan dengan analisis aplikasi Benchmark seperti Antutu Benchmark

bahagian belakang Redmi Note, 
*unit dikiri dimasukkan sekali kad sim dan kad memori , 
manakala di kanan slot dikosongkan


CPU digunakan pada model tulen 3x lebih laju dari unit palsu,


Pada baris Pengecaman 3D yg ditunjukkan oleh pen biru menunjukkan resolusi yg diproses ialah 1280x720 pada model tulen, model palsu memaparkan resolusi 954x960

Maklumat CPU memaparkan model tulen diperkasakan dengan CPU Octacore /lapan teras, model palsu hanya CPU Quadcore /4 teras sahaja 

Jumlah sensor pada model palsu sedikit berbanding dari unit yang tulen


Ujian multitouch test menunjukkan titik sentuhan maksimum pada unit palsu hanya 5 point berbanding model tulen yg menyokong 10 point sentuhan

lebih banyak lebih baik dan tepat

Lihat pada DISPLAY Dimension, 
resolusi palsu ialah 540x960 dimana unit tulen ialah resolusi 1280x720 (HD)

Nama unit produksi Redmi Note ialah Alps HM Note 1W
unit palsu menggunakan nama Xiaomi HM Note 1W
perhatikan juga rumusan perbezaan yg lain
*kod unit ni umpama 'BLM' sebelum nama "Saga" digunakan dalam pasaran

Sensor dan gyroscope bagi tujuan interaktif dan permainan, 
akhirnya unit palsu telah korbankan fungsi ini kerana "nak jimat punya pasal" 


Memang terdapat perbezaan dalaman yg ketara 

Jika diperhatikan tiada mode pantas (ikon berlari), 
kualiti rakaman foto juga tidak sama


semasa video yg dimainkan dari rakaman 
prestasi video agak lembab lag & choppy  atau terhegeh2, 

Sekiranya anda ragu2, muat turun Antutu Benchmark dan Sensor free untuk semakan lanjut,


Kesimpulan
Alangkah tidak disangka model murah pun menjadi mangsa cetak rompak dari kilang2 haram di China, akan tetapi pengarang telah menjangka hal ini berlaku kerana jenama Xiaomi meningkat sehingga mengatasi jualan jenama popular seperti Oppo dan Samsung.

Taktik kotor peniaga di Malaysia gemar menggunakan unit AP sebagai topeng sandiwara dengan mencampurkan sekali unit klon & palsu yang secara jelas menipu pengguna. Bagi yg masih kabur dengan definasi Unit Original , AP& Klon sila luangkan baca artikel terdahulu
Adalah dinasihatkan supaya membuat tinjauan dengan MEMBACA reviu dan MELIHAT video ulasan dari laman gajet. Kalau malas sangat pun luangkan masa menonton reviu di Youtube. Ingatlah membeli telefon pintar juga sebahagian dari pelaburan penting.


p/s Ada tak pemilik Redmi Note yg terbeli tiruan nie ?

10 ulasan:

  1. Oh begitu yek cara nak beza antara yg palsu dan yg asli..terima kasih, artikel ini sangat2 membantu. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2, terima kasih jua kepada empumanya video

      Padam
  2. Salam bro mie. Mtk pcerahan skit bro.. sy ad bli note 4 rm2300.blm lg smpi sbulan.. mslh sy skg sy ad chek no imei di http://www.imei.info/ spt yg dbritahu diatas.. no imei hp & kotak adlh sama tp bila chek kt citu ia tnjuk no imei tu daftar ats hp jnma sony..huhh..panass! Mula2 igt ia tsalah tp bila dh chek dgn 2buah hp lain.. ia mnunjukkn 2buah hp tu btl ddftarkn.. tlg sy cpt skit bro.lau sah kna tipu nk gegar kdi cpt2 ni.. tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya rasa imei info tu mempunyai database yg outdated, secara alternatif saya syorkan hubungi Samsung Malaysia untuk sahkan imei tu,

      Padam
  3. nk crik kt mna seting semua tu?sy g kt setting xjupe pon display dmnsion,cpu yg en ckp kt atas ni.sy xtaw nk cek kt mna.huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. perlu muat turun antutu cpu master utk tengok setting diatas

      Padam
  4. redmi note 3 punya warranty berapa tahun? sebab sayang berniat nk angkat redmi note 3 . mohon penjelasan.... saya kene tipu jerr

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak kira set original import atau tempatan, 1 tahun jaminan, nak beli RN3 pilih CPU Snapdragon (set antarabangsa & Malaysia), ada tertulis dikotaknya. Kalau murah mungkin variasi CPU MediaTeK yg datang dengan China firmware. Klon Xiaomi juga banyak tengok unbox video untuk pengecaman

      Padam
    2. jadi admin sarankan beli redmi ni import set or my set.Tp myset susah cari la.Kalau beli import set berbaloi ke?Thanks

      Padam
    3. jadi admin sarankan beli redmi ni import set or my set.Tp myset susah cari la.Kalau beli import set berbaloi ke?Thanks

      Padam