Selasa, 5 Januari 2016

Reviu Aplikasi - Restore Images (Super Easy)

Restore Images (Super Easy)
Selamat tahun baru, lama betul dah tak mengarang, Kita ada aplikasi yang menarik dari Playstore yang dikenali sebagai Restore Easy (Super Easy). Apakah fungsinya ? Ia boleh mebuat imbasan bagi mendapatkan gambar foto yang hilang atau terpadam. Jom semak semak mana kemampuan aplikasi ini.


1.Selepas melancarkan aplikasi, kelihatan popup "How To Use" , sebuah manual ringkas untuk pengguna, didalamnya ada arahan dan langkah mudah

Aturan penggunaannya ialah (berdasarkan tafsiran)
  1. Pilih folder
  2. Pilih gambar 
  3. Tekan Start untuk memulakan (kemaskini baru menunjukkan Start mungkin diganti dengan butang Restore)


Kalau tak faham juga, balik masuk darjah satu :-)





 
baca dan fahamkan, 

2. Tutup pop up dengan menekan butang "close", kemudian pop up kedua ialah tetapan untuk menghadkan paparan carian sekiranya berlaku aplikasi terhenti secara tiba (force close). Abaikan tetapan ni dulu dan teruskan

tekan Close

3. Tekan butang close untuk menu seterusnya, kemudian aplikasi akan cuba membaca kandungan memori dalaman  (internal memori) dan luaran (external/sd-card). Masa imbasan bergantung dengan saiz dan prestasi memori yg digunakan. Gambar yang berpotensi digali semula akan dipaparkan disini, jika tiada gambar yang dinginkan bererti aplikasi ini gagal memenuhi imbasan anda. Tunggu sehingga ikon bulat "Searching.." membuat carian penuh.

Tunggu sampai makluman "Searching..." habis


4. Untuk reviu ini , sebagai percubaan pengarang memilih pilihan pada folder "SD -card Post 02-11-2011" iaitu folder lama blog saya pada 2011

sebagai percubaan folder bawah kanan dipilih

5. Folder yang dipilih akan memaparkan kandungan apa yang ada pada. Nampaknya ada 6 gambar dalam folder ini berpotensi diselamatkan. Pengarang membuat keputusan memilih semua gambar yg ada untuk diselamatkan.
Pilih gambar dan tekan butang Restore


6. Tekan Butang Restore untuk meneruskan imbasan, aplikasi akan melakukan kerja penggalian data semula dan menyimpan gambar pada forlder RestoreImage di memori telefon /dalaman. Program Galeri mungkin akan dilancarkan secara automatik untuk melihat gambar yang berjaya ditemukan. Gambar juga boleh diakses menggunakan pemantau galeri lain seperti QuickPic & Google Photos


  • Jika tiada respon tutup aplikasi dan hadkan semula tetapan carian gambar (perenggan 2) dan ikuti arahan semula (perenggan 3)


Folder RestoreImage mengandungi gambar 
yang berjaya diselamatkan



7. Tengok, didalamnya gambar tak yg berjaya diselamatkan.

tadaaa.... ha nampak ? nampak tak ? 








Kesimpulan
Restore Images antara aplikasi yang mendapat pilihan pengguna kerana kelebihan ia tidak memerlukan peranti yg diubahsuai pada tahap SuperUser. Tahap ini biasanya aplikasi sebegini memerlukan akses"root". Akibatnya aplikasi tidak dapat membuat imbasan secara menyeluruh dari akar umbi, maka tidak semua gambar yang hilang berjaya dikesan sepenuhnya. Ia sangat mudah digunakan, walaupun arahan manual mungkin tidak sama seperti antaramuka yg dikemaskini.



syukur 


-Alang

aplikasi ini ditafsir dari laman
Opshelpme - Apps Review - Super Easy oleh Alan One

5 ulasan: