Perhatian : Utiliti ini lebih dikhususkan kepada pembangun perisian dan pembaca yg mempunyai latar belakang teknologi sains maklumat. Walaubagaimanapun anda juga digalakkan membaca sebagai cara alternatif menyelesaikan masalah remeh temeh pada Android. Tipa jika anda mencari jalan nak reset semula pattern lockscreen, sila baca keseluruhan artikel
ADB atau Android Debug Bridge ialah satu bentuk komunikasi antara sistem pelayan (komputer windows/linux) dengan peranti Android. Melalui proses ADB membolehkan peranti menerima arahan secara Command Line (arahan bertulis) menerusi sambungan USB. Bagi pengguna Windows arahan boleh dihantar dengan mengguna utiliti Command Prompt yg sedia ada
Bilakah perlu guna ADB ?
Diberi contoh situasi ;
Johan mempunyai aplikasi Android dalam bentuk APK yg juga dikenali sebagai Android Installer. APK ini diperolehi semasa melakukan proses backup aplikasi APK Backup & Restore. Johan mahu memasukkan APK ini tanpa perlu membuat sign in akaun Gmail yg menjadi syarat utama muat turun dari Google Playstore. Oleh kerana telefon ini sebagai hadiah & Johan tidak mahu akaun Gmail miliknya digunakan oleh si penerima. Telefon itu pula tiada apikasi tambahan seperti pengurus fail utk membuat installasi Android APK secara manual.
Objektif Johan ialah memasukkan APK yg beliau pernah disimpan. APK ini boleh jadi dari folder APK Backup & Restore, Blackmart atau selain daripada Google Play. Halangan yg mungkin; tiada File Manager atau pengurus fail utk melaksanakan arahan. Oleh itu Johan perlu menggunakan arahan ADB yg disambungkan dengan komputer bagi membuat installasi secara "arahan bertulis" atau Command Line/ Prompt.
ADB juga berguna sekiranya peranti Android dikunci akibat kesalahan Pattern Locksreen . Lebih2 lagi jika telefon terlepas ke tangan kanak2 yg terlupa atau galak kali mencuba kekunci pattern. Kecuaian ini mengakibatkan ramai pengguna terpaksa melakukan Format (kerana gagal memasuki Android) yg mengakibatkan kehilangan data, maklumat teman (contacts) dan gambar foto peribadi yg mungkin disimpan pada memori dalaman. Ini akan dibincangkan kelak.
Berikut diterangkan langkah membuat sambungan pelayan (Windows) kepada sistem peranti Android dan menggunakan arahan command line dengan aplikasi ADB
Bahagian A - Memasang SDK
[Pada Komputer]
1- Muat turun Android USB driver
Android USB Driver berperanan sebagai pemacu perkakasan sambungan (Hardware connectivity).
Perisian Android USB driver bertujuan untuk menghubungkan perkakas/peranti android kepada sistem pelayan
Pengguna yang telah memasukkan program seperti HTC Connect & Samsung Kies, Android USB driver akan dimuatkan secara automatik. Jika masih tidak ada, reinstall dan tutup sementara Antivirus buat sementara kerana Antivirus mungkin menyekat kemasukan program Drivers. Untuk mengesahkan kewujudan ini lakukan langkah 2
Android USB driver boleh dimuat turun dari sini ;
http://developer.android.com/sdk/win-usb.html#WinUsbDriver
http://developer.android.com/tools/extras/oem-usb.html
http://developer.android.com/sdk/win-usb.html#WinUsbDriver
http://developer.android.com/tools/extras/oem-usb.html
[Pada peranti Android]
Untuk menggunakan akses ADB, peranti Android mestilah terlebih dahulu mendapat kebenaran sistem dengan membenarkan pilihan USB debugging pada tetapan Developer Options.
i)Masuk ke Tetapan; Mengenai Tablet/ Telefon (Settings > About)
ii)Pada menu Developer Option, benarkan USB Debugging,
iii) Keluar/ tutup, kembali ke skrin utama,
Peranti kini boleh menerima arahan ADB melalui program Android SDK,
Tetapi tidak semua peranti Android mempunyai menu ini kerana ia disembunyikan bagi tujuan keselamatan. Untuk mengeluarkan menu ini ikut arahan dibawah
i)Masuk ke Tetapan; Mengenai Tablet/ Telefon (Settings > About).
ii)Tap 7 kali berturut keatas menu Build number .
|-Akan keluar mesej "... more taps to go to become a developer", teruskan menekan sehingga mesej itu hilang.
iii)Kembali ke menu Tetapan, kenal pasti kewujudan menu Developer Options,
|-jika masih tiada, ulangi langkah i) & ii)
iv)Pada menu Developer Option, benarkan USB Debugging,
v) Keluar/ tutup, kembali ke skrin utama,
|- Peranti kini boleh menerima arahan ADB melalui program Android SDK,
[Pada peranti Android]
3-Buat sambungan USB ke pelayan (Windows)
Sambungan USB diperlukan bagi menghubungkan antara pelayan/Windows dengan kabel USB biasa yg didapati percuma semasa pembelian peranti.i) Buat Sambungan menggunakan kabel USB,
|-Windows akan memberi mesej kehadiran perkakasan baru atau New Hardware Detected,
ii) Pelayan/ Windows sedang mencarikan Drivers yg sesuai. Tunggu sehingga selesai,
|-Jika mesej tidak berjaya muncul atau gagal memasukkan Android USB driver , ia perlu dimuat turun secara manual (Langkah 1)
Lihat status kehadiran pada Device Manager
Ini menunjukkan integrasi USB driver telah berjaya
selepas fungsi USB Debugging dihidupkan
[Pada Komputer]
4-Muat Turun Android SDK
Pilihan 1 [SDK versi ZIP]
Muat turun dalam bentuk zip folder (disyorkan)
Klik untuk muat turun / download
Selepas muat turun ikuti gambar yg ditunjukkan, unzip folder tadi pada lokasi C:\
lokasi utiliti ADB
\\SDK\platform-tools\ adb.exe
Selepas muat turun zip fail tadi, unzip folder SDK. Masuk kedalam folder SDK, namakan semula folder (rename) platform-tools kepada folder ADB, dan pindahkan ke C:\
C:\adb\ adb.exe
Pilihan 2 [SDK versi installer /rasmi ]
Muat turun versi installer dari laman pembangunan Android.
Klik untuk muat turun / download
4-Muat Turun Android SDK
Android SDK pula adalah sebagai perisian yg berkomunikasi menghantar dan menerima arahan antara peranti dengan pelayan. Program ADB ialah utiliti Android SDKyg menggunakan arahan Command Line sebagai mesej komunikasi antara peranti dengan pelayan.
Ada dua pilihan samada versi rasmi dalam bentuk installer atau versi zip yg boleh diletakkan pada mana2 lokasi yg mudah. Pengarang mencadangkan muat turun versi yg zip kerana ianya lebih mudah dikendalikan. Ada 2 pilihan dan hanya pilih salah satu
Pilihan 1 [SDK versi ZIP]
Muat turun dalam bentuk zip folder (disyorkan)
Klik untuk muat turun / download
Selepas muat turun ikuti gambar yg ditunjukkan, unzip folder tadi pada lokasi C:\
lokasi utiliti ADB
\\SDK\platform-tools\ adb.exe
kedudukan folder utiliti adb
Selepas muat turun zip fail tadi, unzip folder SDK. Masuk kedalam folder SDK, namakan semula folder (rename) platform-tools kepada folder ADB, dan pindahkan ke C:\
C:\adb\ adb.exe
Pilihan 2 [SDK versi installer /rasmi ]
Muat turun versi installer dari laman pembangunan Android.
Klik untuk muat turun / download
Selepas muat turun, laksanakan proses install dan pilih Android SDK Platform tools sahaja
tekan accept untuk mulakan installasi
lokasi utiliti ADB
\\Program Files\Android\android-sdk\platform-tools\ adb.exe
Jika anda telahpun muat turun installer versi rasmi, gunakan My Computer / Windows Explorer untuk menyalin folder platform-tools ke bahagian C:\.
\\Program Files\Android\android-sdk\[[platform-tools]]\ adb.exe
salin keluar folder platform-tool dan namakan kepada ADB (ditempat pada C:\)
berikut ialah senarai fail pada folder ADB
Semak folder ADB supaya kandungannya mempunyai utiliti adb sebelum meneruskan langkah dibawah.
Setakat ini, anda sepatutnya telah memasang
i) Android USB Driver
ii) Android SDK
iii) Akses USB Debugging pada peranti
iV) peranti dengan sambungan USB pada pelayan (Windows)
Bahagian B - Mengaktifkan fungsi ADB
Untuk memanggil arahan ADB ialah melalui Command Prompt yg ada pada aksesori Windows. Command Prompt juga dikenali sebagai Microsoft Dos
[Pada pelayan]
Jika Windows XP
|--Laksanakan program Run, taipkan CMD, tekan Enter
Jika Windows Vista ke atas,
|--Taipkan CMD pada ruang "Search Program & Files", , tekan Enter
ataupun lihat pada folder aksesori
Command Line ini hanya menggunakan antaramuka tulisan sahaja, Arahan ADB akan diberi melalui kotak ini
inilah rupanya Command Line yg dahulu dikenali Ms Dos
Pengaktifan ADB adalah perlu sebelum menjalankan arahan . Dengan menaip pada kotak berikut,
taip
CD\ [tekan Enter]
[ CD\ bermakna keluar ke direktori pertama ]
taip
CD ADB [tekan Enter]
[CD ADB bermaksud masuk ke folder ADB]
taip
ADB devices [tekan Enter]
[memanggil utiliti utk sambungan dengan peranti]
Akan keluar mesej ;
* daemon not running, startting it now ** daemon started successfully *List of device attached0123456789ABCDEF device
ADB diaktifkan
Berikut beberapa arahan terpenting ADB
1. Memasukkan aplikasi APK (tanpa file explorer)
Quickboot.apk perlu ditempatkan pada folder ADB
adb install quickboot.apkselepas melakukan arahan ini aplikasi quickboot akan terus dimasukkan secara automatik
2. Menyalin fail dari memori peranti ke komputer (salin ke pc)
Contoh menyalin apk yg pernah dimuat turun / backup secara manual
adb pull /sdcard/download/mynote.apk C:\dari_android\Mynote.apk akan disalin daripada peranti ; folder /sdcard/download. Ia disalin ke dalam folder fail dari android yg berada dalam C:/ . Pastikan aksara slash & backslash digunakan betul
Contoh menyalin beberapa fail sekaligus seperti gambar kamera
adb pull /sdcard/dcim/camera C:\dari_android\
Adb akan meyalin keseluruhan kandungan folder camera dan disalin kedalam folder C:\dari_android\
Dengan arahan ini pengguna tidak perlu menyalin satu persatu kerana ia disalin secara folder sekaligus
Arahan ini bertujuan untuk memadam ingatan pada pattern lockscreen setelah peranti dikunci kerana kesilapan pattern yg berulang2,
adb shell rm /data/system/gesture.keyTutup peranti atau reboot semula, selepas dihidupkan masukkan corak pattern yg terbaru kerana ingatan pattern lama telah dilalaikan (reset)
Ada banyak lagi arahan menarik yg boleh dipelajari dari dokumentasi Google SDK.
http://developer.android.com/tools/help/adb.html
Penutup
USB debugging adalah satu saluran nyahpijat yg boleh menghantar maklumat antara pelayan ke peranti melalui sambungan USB. Arahan ADB ditulis secara command line bagi melaksanakan tugas penting seperti arahan scripting, menyalin dan mengubah maklumat sekiranya peranti masih aktif tetapi berkunci .
Apabila pengguna tidak dapat melihat dan berinteraksi dengan antaramuka Android, menggunakan itiliti ADB ialah jawapannya. Situasi ini sangat berguna sekiranya peranti yg mahu dipulihkan mempunyai masalah seperti kerosakan pada skrin atau kegagalan masuk ke homescreen kerana kesalahan kekunci atau pattern lockscreen.
Walaubagaimanapun kebolehan ini hanya boleh digunakan pada peranti membenarkan arahan USB debugging. Pada sistem Android fungsi ini ditutup (disable) secara sendirinya dan boleh diaktifkan pada bila2 masa. Tidak semua pengguna tahu dan kelebihan USB Debugging, pengarang dinasihatkan kepada pengguna supaya membuat kebenaran USB Debugging kerana ia mungkin membantu ada kelak, contohnya bila terlupa lagi lockscreen pattern lagi.
Sumber bacaan
- http://mobile.tutsplus.com/tutorials/android/android-adb-quick-guide/
- http://androidforums.com/faqs/443072-adb-guide-updated-12-05-2011-a.html
- http://www.londatiga.net/it/how-to-use-android-adb-command-line-tool/
- http://developer.android.com/tools/help/adb.html
adakah tablet murah boleh menggunakan cara ini.. sekiranya nak reset semula pattern lockscreen...
BalasPadamboleh, tapi mestilah mempunyai kebenaran USB debugging
Padammacam mne nk reset pattern lockscreen.. die mntk akaun google sdangkan xpnah buat akaun google tu.. boleh tlong x?
Padamkemungkinan emel ni telah menggunakan akaun pemilik terdahulu, untuk makluman tuan akaun gmail adalah wajib bagi setiap pengguna Android.
Padamtiada jalan lain melainkan reset dengan kaedah 2
tak bolh pun dload android usb driver tu. then untk sdk tu kena dload adt bundl dulu eh. besar file tu .
BalasPadamhenset apa ?
PadamS2 boleh baca card reader melalui kabel OTG. Knapa Grand x boleh
BalasPadam