Isnin, 21 Januari 2013

Aplikasi + Tutorial - Mendapatkan semula fail yg hilang / terpadam dengan Undelete (Bahagian 2)

Topik ini ialah susulan kepada artikel terdahulu, pengguna dinasihatkan supaya membaca & memahami dahulu sebelum meneruskan tutorial dibawah. Tidak semua fail yg hilang boleh diselamatkan ini telah dijelaskan pada post saya terdahulu;
Objektif tutorial ; Membuat imbasan dan mendapatkan fail yg hilang pada kad memori
Keperluan ; Aplikasi Undelete dengan kebenaran Root access

Aplikasi Undelete ialah percuma dan terdapat versi berbayar.  Keperluan minima ialah Android 2.1 ke atas, dengan kebenaran Root Access. Aplikasi ini masih dalam pembangunan yg mungkin mempunyai masalah bagi peranti yg terkini dengan Android 4.1 Jelly Bean.

* Kemaskini Januari 2016, lihat artikel reviu saya yang lain seperti GT Photo recovery & Undelete Image siper Easy, fungsinya lebih kurang sama

Undelete for Root Users


Sebagai contoh tutorial, pengarang akan memadam satu fail gambar relax.png pada lokasi ;
/sdcard/document/relax.png

Lokasi fail yg dipadam berada pada kad memori. 
sdcard / documents/ relax.png



1.Dapatkan aplikasi Undelete versi percuma melalui Google Play Store. Apabila selesai laksanakan aplikasi Undelete
Laksanakan aplikasi Undelete 


3. Di menu utama Undelete , ada 2 pilihan;
Select Storage ialah merujuk kepada pilihan lokasi memori,
* tutorial ini akan memilih bahagian kad memori untuk mengimbas fail relax.png yg terpadam tadi.
Scan storage ialah memulakan arahan  imbasan secara surface scanning pada sektor memori. Pilih untuk memulakan carian
Mulakan scan storage


4. Selepas menakan Scan Storage, Imbasan akan mengambil masa beberapa minit bergantung kepada saiz , kelajuan memori dan bilangan fail yg disimpan. Apabila imbasan selesai, Undelete akan menyenaraikan fail yg masih berpeluang untuk diselamatkan (Hal ini telah diterangkan pada artikel terdahulu ) . Fail boleh dikumpulkan dalam bentuk kategori untuk memudahkan carian
* Undelete versi percuma hanya berupaya menyelamatkan fail gambar/ imej sahaja, Untuk mendapatkan fungsi penuh, ia perlu dibeli melalaui Google Play Store.
antara fail yg berpeluang diselamatkan



5.Taipkan nama untuk mempercepatkan carian

Gambar relax.png masih ada & boleh diselamatkan !



6. Tap & Hold pada fail yg dipilih. Ia juga boleh membuat restore beberapa fail sekali gus.

Tekan Restore untuk mendapatkan fail


7. Aplikasi Undelete akan menempatkan fail yg berjaya diselamatkan didalam folder Undelete. Gunakan aplikasi pengurus fail untuk melihat kandungan folder tersebut.

lokasi folder Undelete ialah
sdcard / undelete /


8. Fail gambar relax.png yg dipadam tadi akhirnya berjaya diselamatkan.

~ yesss !!! 

Sekarang fail ini boleh alihkan ke folder pilihan masing. Lepas ni berhati- hatilah memadam fail dan buat salinan kedua (backup) jika perlu.

Selamat berjaya

Sebelum bertanya pastikan anda membaca artikel ini untuk memahami status fail yg hilang.
Info - Memahami konsep penyimpanan fail & peluang mendapatkan semual fail yg hilang

Juga lawatilah artikel terbaru untuk panduan aplikasi seumpamanya

Makluman
Jika jiwa anda masih tak keruan, saya menyediakan khidmat penggalian data yg terpadam secara on-site / datang berjumpa di kawasan WP/ Selangor tempat boleh diatur. emel saya untuk dapatkan khidmat tersebut



264 ulasan:

  1. salam..mcm mne plak klu kite mmg nak delete gmbr tnpe boleh di retrieve smule?

    BalasPadam
    Balasan
    1. buat format penuh, lepas tu salinkan apa fail muzik / video untuk tindah semula lokasi fail lama

      Padam
  2. En...mcm mana kalau mmg saya delete gambar..tp saya nak dapatkan semula gambar yg saya delete itu hari...boleh dpat lagi ke tidak???

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya ada jelaskan "peluang menyelamatkan fail" di bahagian 1

      Padam
  3. Salam..kalau gambar whatsapp boleh tak??

    BalasPadam
    Balasan
    1. aplikasi menggunakan memori dalaman sebagai ruang simpanan maklumat, jika failnya disimpan pada kad memori baru boleh dicari

      Padam
  4. Sy dh install yp xblh guna dia tlis need root ape tah..cmna??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Root boleh dianggap sebagai superadmin, sistem operasi perlukan patching, lihat artikel saya berkenaan root

      Padam
  5. slm,,saya da download undelete lpas tuhh xboleh guna dy cakap sorry but your device isnt root.tolong bagitahu saya mcm mane nk gune,,,rooter ape ye?urgent ni sbb saya terdelte smue gmbar sya.tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Root ni macam superadmin, lain model lain caranya, boleh batalkan jaminan / warranty,

      Padam
    2. kalu hp sony xperia t2 ultra nak pakai software pe??sbb sy install undelete sorry but your device isn't root...mohon bantuan segera

      Padam
  6. folder camera tiba2 hilang..macam mana? note 3......

    BalasPadam
    Balasan
    1. folder personal tak boleh terpadam sendiri menlainkan arahan format, sudah semak kedua2 memori dalaman & luaran ? cuba masuk melalui Samsung Kies

      Padam
  7. Bro mcm mne klu sy terdelete pic kat fon corby sy...then sy msukkn memori kad corby ke android sy...bley ke sy dptkn gmbar tue jgk....dan mcm mne r nk buang root tue

    BalasPadam
    Balasan
    1. secara teorinya boleh, tapi selagi memori kad tu tak ditindan dgn fail lain,

      saya tidak menggunakan FB, apa2 boleh terus Google+/ Hangout saya

      Padam
  8. salam..kalau saya format usb storage (internal memory) samsung note 1 jellybean 4.1 dan nak dapatkan semula images ,video,note boleh ke? kalu whatapp images boleh jugak ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hanya "usb storage" yg menggunakan kad memori berpotensi diselamatkan, internal sebagai memori dalaman sentiasa berubah kandungan yg juga kerap menggunakan semula ruang kosong, selagi memori kad tak ditindan dengan fail lain, ia ada peluang

      Padam
    2. Maksd tk ditindan fail lain tu mcmane yek?

      Padam
    3. maksudnye xde yg tidur atas badan dy la. kalau ngantok tidor jgn ttop lampu m law x nnty kene tindih

      Padam
  9. assalamualaikum tuan,

    sy ade masalah..sy tgh trnfer gamba dr fon sy ke external hard disk sy..sy tertekan ctrl Z..folder yg ade kt external hard disk sy tu trus hilang..dh la sy CUT n PASTE trus kt external hard disk sy..so dlm fon sy trus hilang gambar tu..macam mane sy nk dapatkan blk gamba2 saya tu..Please..
    sy gune Samsung Note 2

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam,
      soalan tak berapa jelas, adakah fail/folder galaxy note atau external hard disk drive yg hilang ?

      Padam
  10. Balasan
    1. maaf, saya tak menyediakan panduan cara root kerana ia sangat berisiko,

      Padam
  11. Tlg sy sangat2.. ank sy terdelete folder camera.. sume pic dlm tu pic ank sy.. sedeh sangat2 klo x bleh ambil blik..

    BalasPadam
  12. askum...saya tak tau macam mana terdelete whatapp image..banyak plak tu,,boleh dapatkan semula tak? banyak kot...pening ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba uninstall dan reinstall semula

      Padam
    2. ape yang nak di uninstall yer ? WhatsApp ker yer? sbb sy pun dah terdelete whatsapp image..

      Padam
    3. biasanya attactment whatsapp ada dalam folder whatsapp > media. cuba tengok fail ni melalui komputer , buat sambungan dgn usb

      Padam
  13. Salam cik macam mne sye nak dpt picture saya kerana semlm hnst sye kena virus boleh x saya dpt semula semua tu

    BalasPadam
  14. wsalam, semuanya diterangkan diatas

    BalasPadam
  15. sy da install tp die tulis 'sorry but your device isn't root.nk bt cane ek

    BalasPadam
  16. Assalam. Sya Dah install.. Jadi mase nk buka tu kuar " u haven't any the supported storages on this device".. ?? Ape harus sya buat. ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. model telefon jenis ape ? ade guna kad memori sekali ?

      Padam
  17. salam. sy masukkan memory card dr blackberry ke dlm grand 2 sy, 2 minggu file gmbr semua ada tp smalam ade 1 file yg ada 1000 gmbr sy hilang tibe, mcm mana nk dpt kan balik file gmbr tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika dalam kad memori cuba guna pembaca kad memori, tapi jika gambar tu di memori dalaman, peluang sangat tipis,

      Padam
  18. Salam alaik.. sy terdelete gmba sy dlm folder camera.. so cmna sy nk dptkan blik?? Fon sy x guna memory card..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam,
      kalau dalam memori dalaman & tak root , maka takde jalan nak recover gambar, maaf

      Padam
  19. Assalam. Tumpng tnya. Sy terdelete gmba dlm memory card. Kemudian nk dptkn blik. Tp x de lg app ni. Sy da install tp faild root. Mcm mna? Boleh bntu sy?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada pelbagai prisian undelete versi pc, gunakan pembacaa kad memori dan imbas pada kad,

      Padam
  20. Assalamualaikum.. maaf saya ingin bertanya. gambar dlm hp saya hilang tanpa didelete. ada kemungkinan ke utk sy dptkan gambar tu kembali? saya dh check dlm sd memory. mmg xde gambar tu. hp note 3.

    terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba semak dengan file manager dalam folder DCIM atau CAMERA, ada tak kemaskini OS sebelum tu ?

      Padam
    2. Klu update os effect juga ka kt file kita?

      Padam
  21. Sy pndahkn smua gmbr sy kt lock pic yg sy install kt play sore.. then,sy ter uninstall app 2..so gmbr ilang.. bole dptkn blik x? Adkah gmbr 2 msh ad dlm memory card? Pakai phone sony walkman..

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba explore kandungan folder lockpic jika ada dalam memori, jika tak cub cuba install semula

      Padam
  22. sy menggunakan iphone 5s.. mcm mn nk cri dptkan blk gmbr yg terdelete yg di hantar dr whatsapp?

    BalasPadam
    Balasan
    1. iphone tidak boleh mengembalikan data hilang, melainkan jika pernah disimpan secara cloud (icloud),

      Padam
  23. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  24. Salam bro.. kalau contoh handset permanent battery, kalau nota, gmbr , dah terdelete, then hantar format, still boleh dapat lg ke nota, slide dan gmbr tu? Nota dan Gmbr dlm internal memory. tiada lgsg external usd card.. (Phone Sony). .

    BalasPadam
    Balasan
    1. peluang mendapatkan fail di lokasi memori dalaman agak tipis, apa kata achik yg cuba

      Padam
  25. salam, saya nak mintak tolong ni.. tadi saya ada format hp samsung tab 3. lepas habis format, tengok2 semua data lost...hilang sedih sangat. rasanya saya ada backup. Yang penting gambar semua hilang. Macamana nk dapatkan balik ye? mohon bantuan anda...kot2 ada cara utk dptkan balik gambar saya... help me..terasa down sgt.. sigh... =(

    BalasPadam
    Balasan
    1. kene baca dulu dan fahamkan dua2 artikel,
      tab tu guna kad memori tak ?

      Padam
  26. Salam. Hp sda di root.lepas tu terdelete google. Sy pon format hp tersebut. Lepas selesai format hp keluar arahan existing email. Bla nak masukan akaun email keluar arahan google gapps masalah.so email x blh nak masukan dlm akaun google. Semua xblh nak buka cth play store. Mcm na ya.tlg tnjuk ajar.tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. model ? android official / custom ? recovery ?

      Padam
  27. Salam.sya baru shaja format fon..sbb fon sy selalu internal space is low..so sy format..tp masa baca instruction factory data reset tu tulis format sd card and usb storage..so sy ingatkan semua gmbar dh save kat sd card..sy pon cabut sd card sya dulu and lepas tu baru format..dh hbes format.. sy masukkan semula sd card sy baru perasan bahawa folder gambar camera 360 dan whatsapp image xdak dlm ad card..masih ada peluang kah untuk diselamatkan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika ia berada pada memori dalaman, peluang agak tipis selepas lokasi lama fail ditindan fail terbaru, pergerakan data pada memori dalaman lebih kerap berbanding kad memori

      Padam
  28. Salam , adik saya terdleted gmbr dalam fon saya , boleh dapat balik ke ? Ataupon hantar kedai dapat ke balik gmbr tu?? Gambar tu penting kenangan satu famlly

    BalasPadam
    Balasan
    1. peluang agak tipis jika memori dalaman yg terpadam, tapi saya ndak cuba jika boleh hantarkan ke saya

      Padam
  29. Sy x fhm sgt bkenaan root access...sy guna asus..

    BalasPadam
  30. Assalammualaikum Mie, saya nak tahu bolehkah saya dapatkan semula Google Play Store selepas ter Uninstall.Hp Samsung S3.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Playstore dari sini
      http://www.redmondpie.com/google-play-apk-4.4.22-download/

      laksanak install dengan File Manager yg ada pada Samsung

      Padam
  31. Salam.. saya ada masalah besar.. telefon bimbit saya tiba2 tak dapat detect memori kad.. saya dah keluarkan memori kad, simkad & bateri dari telefon sebagaimana pendapat kawan2 saya namun masih macam tu juga.. bila saya cuba memasukkan memori kad yang lain, handphone saya dapat membaca memori tersebut.. adakah memori kad daya rosak? Bagaimana saya nak dapatkan semula gambar2 yang ada di dalamnya.. mohon bantuan tuan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba akses memori kad dengan telefon lain atau pembaca kad memori usb,

      Padam
  32. saya terpadam beberapa gamba tangkapan saya..ade cara x untuk mendapatkan gambar tersebut balik..saya guna phone samsung galaxy note 1

    BalasPadam
  33. Tuan adakah sony ericsson w610 adalah jenis smartphone. Jika gambar telah dipadam dari storan luar (memory card) somehow bolehkah gambar tersebut retrieve di komputer dari peranti tersebut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasanya boleh selagi memori kad tak digunakan

      Padam
  34. Pendekata bila kita nak trade in phone pastikan kesemua penstoran internal dan external telah delete sepenuhnya. Tapi mengikut penerangan tuan pada thread sebelum jika fail tersimpan di internal memory sukar untuk mendapatkan semula oleh kerana faktor fail bertindan. Adakah betul pemahaman saya. Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. medium penyimpanan data memori dalaman lebih kurang sama pada kad memori, tetapi proses penggalian data yg boleh dibuat hanya dalam mode USB "Mass Storage", tak semua peranti menyokong cara ini yg lebih menggunalan MTP yg menyekat penggalian data

      Padam
  35. Wah! tuan saya rasa saya dah pandai sikit dengan penerangan tuan. Penerangan tuan jelas. Terima kasih :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2 , macam perli pula bunyinya , lagipun topik ni memang agak teknikal sikit

      Padam
  36. Hahaha. Taklah saya tak perli lah encik. Saya memang tak tahu langsung pasal IT benda benda gajet ni.

    BalasPadam
  37. Salam..Sy ade buat hard reset Samsung s3..selepas had reset n wipe data..bike on hp sume data dlm hp hilang..adekah sume data mmg akn hilang after hard reset? Kalo hilang bole x nk dapatkan balik? Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. kemungkinan boleh, itupun jika memory dalaman tidak dikitarsemula utk data baru,

      Padam
  38. Assalam encik..trmksih ats ilmu yg brmanfaat..
    soalan sy,dgn adanya aplikasi ni,adakah selamat utk sy trade in handset?
    Sy brcadang nk beli fon baru n jual yg lama.tp bimbang pula ad indvdu yg akn trace smula mklumat/gmbar sy pd hnset lama tu nanti.trimaksih

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam,
      padam semua kandungan, masukkan apa2 lagu/ movie sampai penuh & padam/format semula, jika ada cubaan penjejakan fail yg akan jumpa lagu & movie yg terkakhir disimpan

      Padam
    2. Macam komputer yang ada restore point. Kan encik. Susah jugak nak pastikan delete habis sebelum trade in phone.

      Padam
    3. bukan,
      restore point melibatkan simpanan backup, ada fail yg dicipta utk restore semula, tetapi fail yg dipadam tidak melibatkan simpanan backup, ia terus kepada lokasi lama yg belum diusik data baru

      Padam
  39. Salam, sy terdelete gmbar dlm folder camera dan whatsapp, kedua dua tu dduk dlm sd card . Mcm mna sy nk dptkan balik gmbr2 trsebut ? Sedihnyaaaaaa

    BalasPadam
  40. hi. saya dah download app undelete tadi memandangkan saya terdelet gambar dalam recent file saya. tapi app kata device failed sebab tak rooted. kenapa ya??

    BalasPadam
  41. galery, music, sgala file dlm internel memory terdelete cmana nak dptkanye ye? Any solution? Note 2 sy tetiba format hp sdiri skg kosong jer hp ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. harap maaf, memory dalaman agak mustahil utk di korek keluar, lihat artikel sampingan diatas "Memahami konsep penyimpanan data'

      Padam
  42. tumpang tanya.. hp sye hilng semua contact. jadi macm mana nak dptkan balik semua contact tu???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba sign semula akaun google yg sama, tetapi ini bergantung pada pilihan pengguna semasa mula menggunakan Androdi dahulu,

      lihat artikel berkenaan "akaun gmail yg remeh tetapi penting"

      Padam
  43. Bila sy download..xmsk kt device downlaod

    BalasPadam
    Balasan
    1. muat turun menerusi apa ? playstore atau browser / bluetooth ?

      Padam
  44. sya terclear data media storage.. lepastu sya tak boleh nak tengok pic n music dekat galary.. mcm mana ae nak kembalikan??

    BalasPadam
    Balasan
    1. memori dalaman pada telefon agak mustahil melainkan ia menyokong platform Mass Storage, model apa ?

      Padam
  45. Salam..mcm ne klau hp jenis oppo terpadam smua gmbr??? boleh dpt kn blik tak?? Sy h try install undelete tu tp xbjaya..

    BalasPadam
  46. Sy tnya kedai tp diorg kata klau dh delete mmg xdpt di selamat kn lg...stress nyaaaaaa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tengok jenama dan cara penyimpanan data, tak semua boleh buat, gambar tu disimpan di memori dalam ke memori kad ?

      Padam
  47. Kalau apk yg dh uninstall boleh tak nk dpatkan blik ,,,sbb sye terbuang sofware hp sye menyebab security problem(s850(

    BalasPadam
    Balasan
    1. download semula program tu di Playstore, jika program tu didatangkan sebagai aplikasi Lenovo, pilihan yg ada format ke Factory Reset, lihat artikel cara format dengan betul

      Padam
  48. salam. macam mana nk format hp yg auto restart ? device - sony xperia sp / tetiba auto restart . nk install update pun x boleh sbb hp x on langsung

    BalasPadam
    Balasan
    1. muat turun Sony Mobile Companion, ada pilihan "repair mode"

      Padam
  49. mie mohd..nk tnye ye..klu la samsung note3 kte dh format,so lps format semua dh ilang kn fail2 n pic2 dlm tu.bleh ke kite dpt kn blik pic2 whatsapp yg pernah ade dlm internal mmry note3 tu dgnn sfware ni..sbb mmg xpkai mmry card note3 tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. agak mustahil,
      memori dalaman tidak boleh diakses utk pencarian data

      Padam
  50. adakah cara utk mendapatkan kembali mesej yang terpadam?

    BalasPadam
  51. encik, nk tny mcmane nk tgk balik gmbar yg sy telah transfer ke memory card dr memory dalaman hp? selepas transfer ke memory card, gmbr di galery hp telah jadi kosong.. cmne nk dptkan blk gmbr2 tue.

    BalasPadam
    Balasan
    1. gunakan QuickPic untuk semak kandungan gambar keseluruhan

      Padam
    2. kat mne sy nk cari quickpic tu, gmbr yg sy transfer dr fon ke memory card, bile sy tgk melalui laptop dy da jadi kotak2 putih,bile click dy kate invalid image,adakah ms transer tue dy jem or xlepas transfer...

      Padam
    3. aplikasi ini ada di Playstore, jika fail imej invalid kemungkinan berlaku error semasa pengalihan fail,

      dah cuba gunakan pembaca kad memori ?

      Padam
  52. salam abang mie..alice perlukan pertolongan..alice pakai hp lenovo s850..kalau nak buat folder baru camne yer..nak kena download ke..time kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. gunakan ES File Explorer, simulasinya seperti "My computer" pada windows

      Padam
  53. as'salam bro Mie Mohd sya ada satu masaalah di mana saya ada pkai satu cam.selepas saya ambil gmbar dan video saya terdelete all. bolehkah saya dptkn semula file tersebut.. harap Mie Mohd dpt membantu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya blh bayar utk atas perkhidmatan tuan. file ni saya syg. 0175319924 wasap @ msg.

      Padam
    2. sebelum tu gambar tu berada di memori dalaman ke pada kad memori, jika kehilangan gambar pada kad memori saya boleh bantu

      Padam
  54. memory kad sy x leh detect.semua gambar dlm tu hilang tiba2. mcm mana kalau sy nk jumpa awk terus? awk tinggal mana? sy di ampang. sbb sy x pandai nk buat mcm mana yg awk ajar di atas. sy guna samsung galaxy grand 2. tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya menyediakan semakan/ inspection secara remote atau onsite ke tempat berhampiran, hubungi emel saya alangmedia(alias)gmail untuk maklumat lanjut,

      Padam
  55. Klau terdelete S NOTE mcm mana ya? Bleh dptkan balik x nota2 yg telah terpadam?? Sbb adik saya dh clearkan bhgn apa ntah, bila check2 balik suma simpanan nota saya dlm note II hilang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maklumat S-note jika terpadam tidak boleh dikembalikan kerana database berada di mempri dalaman,

      Padam
  56. salam .saya delete gambar dalam memory phone .lepas saya delete saya format phone tu so boleh ke saya dapatkan semula gambar tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. selepas delete , format lagi, kalau memori dalaman memang tak boleh di cari balik, pada kad memori mungkin sahaja boleh

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  57. sorry tersilap.huhu saya erase usb storage jer bukan format phone?

    BalasPadam
  58. Salam.sy guna smsung s4 tnpa sd card .yesterday format kt kedai tp semua data n pic hilang.ada peluang @cara nk dpt blik x?tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. maka semuanya didalam memori dalaman, biasanya tidak boleh diselamatkan balik,

      Padam
  59. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  60. salam.. sy guna samsung tab tp xde mmry card pun.. tab sy tetiba xboleh on habis.. dia on separuh jalan je.. hantar g kedai dia tekan button apa ntah untuk on balik tp bukan format.. awk boleh cuba dapatkan balik x gambar n vdo yg hilang tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf, jika kandungan video dan gambar disimpan pada memori dalaman tidak boleh diselamatkan

      Padam
  61. bagaimana nak buka telegram chat 3 bulan lepas

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf saya tidak menggunakan aplikasi berkenaan, cuba lihat tetapan chat history/ sejarah

      Padam
  62. Salam..sy pakai hp samsung note ii, smlm ttibe hp sy jem xdpt on n off..bwk g kedai,dorg ckp rosak hardisk...so kna tukar motherboard..nk tny, msh ade harapan x nk selamatkan gmbr gmbr dlm fon sy tu?plsss help me...sdh ssgt sb sume gmbr ank sy...huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. pertukaran papan utama /mainboard akan melibatkan bahagian berhampiran seperti komponen memori dalaman (sebab dalam satu board yg sama), ia mugkin dilupus bersama bahagian rosak tadi

      dan pada masa akan datang mulalah gunakan kad memori utk simpanan gambar utk elak masalah macam ni =)

      maaf ia tidak dapat diselamatkan

      Padam
  63. lepas saya factory reset fon lenovo a526. software kamera saya hilang. nk buat cmane ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasanya aplikasi asal kamera tak hilang melainkan aplikasi kamera dimuat turun dari Playstore, cuba ingat apa nama program kamera tu

      Padam
  64. Assalam..saya pakai zenfone 5..td fon saya hang n restart..n gmbr dlm folder camera hilang tp video still ada..mcm mana saya nk dpt kan gmbr tu balik

    BalasPadam
  65. salam saya pakai ip5.. sy menggunakan aplikasi vault. Saya telah memuatnaik (eksport ) data kembali kedalam album iaitu galeri. Tapi saya dapati data yang saya eksport itu tidak terdapat dalam galeri.. Saya tunggu dalam 3/4 hari, masi juga data tersebut tidak ada.. Kemudian sy reset all setting phone saya.. Jadi adakah data tersebut kembali setelah saya reset phone sy?

    BalasPadam
  66. Bleh tak dapatkn semula pic yg sdah delete sblum install aplikasi nie.?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh dengan kriteria tertentu, rujuk artikel susulan pada perenggan 1

      Padam
  67. Salam saya taktahu saya terdelete ka apa. maybe tak perasan la kot kan. gambar tu dalam camera 360 lepastu sya nk tgok dia kata the picture has been deleted. boleh tak saya nak dapatkan balik gambar tu ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika ia pada kad memori ada peluang selagi kad memori tak diusik, jika disimpan pada memori dalaman belum tentu boleh

      Padam
  68. Mie...blh jumpa tak Kedai x blh buat la

    BalasPadam
    Balasan
    1. emel saya atau hubungi secara google hangout utk sembang

      Padam
  69. saya reset fon dan no telefon smua hilang.. bole dapt semula x

    BalasPadam
  70. Assalamualaikum Mie Mohd..sparuh dari gambar2 d memori kad sya hilang..y hairannya sya x padam pun gambar2 tu..tiba2 hilang..bleh ke sya dapat blik gambar2 y hilang tu..sya suda download undelete tp x dpat root..harap Mie Mohd sudi bantu sya...kerana gambar2 y hilang tu amat bmakna bagi sya

    BalasPadam
    Balasan
    1. memandangkan gambar yg hilang berada di kad memori, cuba scan dengan program recovery yg boleh didapati untuk windows dengan pembaca kad memori,

      Padam
    2. Terimakasih atas maklum balas Mie Mohd...tapi sya x tau apa tu program recovery...ada kah sya kena download program tu atau kena guna laptop untuk scan..sya x da laptop..untuk lebih mudah Mie Mohd mberi pjelasan kpada sya apa kata Mie Mohd wasap sya d no ni 0138939155..

      Padam
    3. chat dengan saya secara google hangout

      Padam
  71. Salam bro mie..
    Saya dah baca semua pasal apa yg bro tulis termasuklah semua comment ni. Saya ada kebimbangan sbb saya punya wife nak jual phone dia and beli baru. Taknak ada masalah dapat trace gambar dan data peribadi kami. Dia guna oppo R1L yg cuma ada internal memory shj dan tak ada external memory. Saya cuma nak kepastian adakah selamat utk dijual setelah di format penuh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wassalam, format penuh dam masukkan fail lagu sampai penuh, lepas tu padam balik

      Padam
  72. Bang blh wassap tak..0173552776mcm mana ye klu sd card damage.blh tak dptkan blk file dlm sd card tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika sd card rosak dan tidak boleh dibaca maka mustahil untuk capai semula fail tu, cuba buka dengan pembaca kad memori

      Padam
  73. kalau saya terdelete icon contact..mesegging and call log macam mana..? nak call n mesej tak boleh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasanya icon shorcut sahaja yg hilang dan tak boleh dipadam terus, semak dalam all program ataum muat turun Nova launcher dari playstore

      Padam
  74. salam Tuan,
    kalau sy terpadam dengan segaja gambar pada memorikad SD boleh atau tidak gambar sy dikembalikan semula dan aplikasi apa yang harus sy gunakan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada peluang jika kad memori belum diusik dengan data baru, cuba GT recovery dan ia lebih baik dari undelete

      Padam
  75. salam, situasi saya mungkin berbeza dalam entri.. tapi saya nak juga minta tolong tuan, ibu saya mungkin terbeli memory card clone, then saya transfer movie dlm tu... bila nak tgok tak boleh, lepas tu saya tgok balik dlm memory dah kosong.. kiranya movie saya tu hilang mcm tu je... sbbnya saya cut terus dari pendrive masuk dalam memory card tu menggunakan otg... boleh ke saya dptkan semula movie tu?

    BalasPadam
  76. assalamualaikum. semalam saya format handphone then saya install balik semua application yg saya nak. tp bila saya nak install wechat dkt playstore dia tulis "your device isn't compatible with this version" plss help me. saya terpaksa download ikot cara guna apk downloader. tp kalau guna tu mesti nak update version baru tak boleh. help me pls

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu melibatkan masalah firmware, firmware telefon tu perlu dikemaskini (jika ada), kalau tidak, terpaksalah download APK secara manual, jalan lain dengan memuatrutun resolution changer dengan syarat mesti root

      Padam
  77. Assalamualaikum.. maaf mengganggu.. bagaimana cara saya nak dapatkan semula file whats app saya yang terpadam.. saya simpan dalam internal storage.. saya uninstalled lepas tu saya installed balik.. tapi file kosong.. images dalam fail whats app hilang..

    BalasPadam
  78. Asalamualaikum...
    Saya dah boleh recover gmbar2 didalam memori kad yang hilang, sy menggunakan aplikasi recuva..tetapi kenapa ye gmbar2 tersebut semua tidak boleh di buka. Bila buka gambar tersebut,di tulis the file maybe unsupported,damaged or corrupted...bagaimana saya boleh dapatkan gambar2 tersebut

    BalasPadam
    Balasan
    1. nampaknya blok fail asal telah diduduki fail baru, kombinasi fail baru pada blok lama menyebabkan fail corrupt , akhirnya ia tidak lagi boleh diselamatkan, penjelasan ada dalam bahagian 1

      Padam
  79. Salam,saya menggunakan tab 4,tiba2 foto di dlm tab sye hilang.sye pernah menyembunyikan gamba2 tersebut tetapi ketika sye hendak kembalikan kepada asal gamba2 tersebut xde.cume gamba di dlm album yg sye sembunyikn itu sje yg hilang tetapi gamba itu amat penting bagi sye..macam manr sye nk dptkn kembali gamba2 itu?gamba tersebut tersimpan di dlm memori telefon bukan kad memori.

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam mana cara nur sembunyikan gambar tu? adakah gambar tu disembunyikan dengan aplikasi penyembunyi gambar?

      Padam
  80. Salam.. Sy transfer gmbr dan video dari internal memori kpd memori kad, tp 2 hari lpas tu sy prasan gmbr dan vdeo trsebut tdak ada dlm galeri.. Dan ada noti mngatakan bahawa kad sd kosong @ sistem fail tdak disokong ape ntah... Ade peluang lg x sy mnyelamatkn gmbr2 dan vdeo dlm tu? Phone sy model redmi 2.. Hrap tuan dpat mmbantu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mada transfer fail tu guna file manager ke? saya rasa macam ada peluang selagi kad memori tak diusik oleh data baru

      Padam
    2. Ye tuan, sy gune file manager...

      Padam
    3. perlu cuba sendiri untuk dapatkan hasil, bukan apa saya tak mau memberi harapan palsu,

      Padam
  81. salam en mie,macam mana saya nak dapatkan balik file dalam micro sd card telepon saya yang dah corrupt?

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika file dah corrupt peluang nak dapatkan sangat tipis, ke kad memori tu rosak?

      Padam
  82. petang..hp saya sam s3 jatuh rosak lpas tu xdapat on,hntr ke kedai dia ckp dpt baiki tp akan reset hp tu dan semua fail dlm tu termasuk akaun akan semua kna reset..nak tnya blh ke x kita dpatkan balik2 dlm tu sebab semua fail dlm memori phone bkn dalam mmori kad..blh bantu sy? pnting semua fail gmbr dlm tu

    BalasPadam
  83. blh ke x kita dapatkn balik fail2 yg telah kna reset dalam hp tu? hrp membantu

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika ia kerosakan firmware, reformat menyebabkan sistem operasi Android memadam semula pada struktur memori dalaman, peluang agak tipis

      saya pernah melakukan format, tetapi ada gambar yg berjaya diselamatkan.

      Padam
    2. pihak kedai nyatakan kerosakan pd hp tu adalh motherboard..blh ke x tu? mcm mna tu?

      Padam
    3. hp tu mmg dpt dbaiki..cuma nk pastikan samada fail2 tu dpt ke x backup smula..

      Padam
    4. memori dalaman berkongsi dengan papan induk utama, jika pertukaran dibuat bermakna memori dalaman tidak boleh diakses sebab pertukaran board keseluruhan

      Padam
    5. owh..mksudnya kalau tukar motherboard baru mmg xdapat nk dptkn balik la smua fail dlm tu??

      Padam
    6. haah, umpama kad memori dilarikan orang, maka tak boleh buat recovery sebab dah diambil kad memori tu =)

      Padam
    7. ok2..tq for your information..

      Padam
  84. Selamat sejahtera, nk tnya mcm mne nk cri semula contact yg hilang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. lihat artikel saya bertajuk GT recovery, aplikasi tu ada pilihan pencarian contact hilang

      Padam
  85. Assalam..sye de masalh hp note 1... Internal storage sye hilang.. Sdcard 0... Mcmner ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. aik, memori dalaman biasanya tak hilang, cuba muat turun es explorer dan teroka semula bahagian memori dan buat simpanan backup segera

      Padam
  86. Salam blh tolong sy..sy x pasti dah terdelete atau hilang video..mcm mn sy nk dptkan blk..tp sy mmg x guna memory card

    BalasPadam
    Balasan
    1. agak tipis mendapatkan fail dari memori dalaman, lihat artikel terbaru GT Recovery,

      Padam
  87. salam. macam mana nak dapatkan balik gambar yang dah terdelete dalam sd card dslr ? saya terdesak nak gambar-gambar tu balik .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gunakan kad reader dan muat turun aplikasi, ada banyak lagi aplikasi versi windows yg boleh dicuba

      Padam
  88. Salam. Hari tu sy transfer file picture dri SD card ke hard disc tpi dlm proses tu tba2 laptop lagged pula so sy cancel la activity tu. Tgok2 dlm hp takda dah gambar yg sy nk transfer tu. Boleh retrieve balik ka gambar tu dlm hp?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagi satu, klu sy update OS file dlm SD card tu dia kacau tak? Sbb hri tu sy update lpas tu lagu n video yg ada kt SD card smua hilang.

      Padam
    2. konsep peralihan fail lebih kurang sama dengan memadam fail, cuba dulu. kemaskini OS melalui tidak memadam kandungan SD Card melainkan pilihan ini dibenarkan, jika ada mesej amaran maka ia berpotensi memadam keseluruhan data, maka sila backup sebelum laksanakan

      Padam
  89. assalam, mintak tlg. phone lenovo s930 kena format external storage. problem nye, sy blom format lg. tp byk gmbr dan video telah hilang. mintak tlg, supaya dptkan gambar dan video tue. sy duduk di sekitar kuala lumpur. klu bleh, mintak encik tinggalkan no phone. utk sy berhubung. terima kasih.

    BalasPadam
  90. assalammualaikum..saya nak tanya..member sy dia terdelete gambar kat aplikasi camera 360..so boleh ke nak restore back.???

    BalasPadam