Selasa, 25 Februari 2014

Aplikasi penting Google - Pengurus Peranti Android

Pengurus Peranti Android (Android Device Manager)
Android Device Manager atau pengurus peranti android merupakan satu sistem servis laporan lokasi bagi semua peranti Android yg dilengkapi dengan GPS. Fungsi utama ialah mengesan peranti secara remote tracking dengan hanya membuat semakan akaun google yg dipadankan dengan peranti. 

Bagaimana ia berfungsi ?

klik gambar untuk dibesarkan




Cara menggunakannya
1-Padankan akaun gmail pada peranti Android terlebih dahulu. Pastikan anda tahu nama akaun gmail dan katalaluannya (password) sekali. Jika tidak pasti, dinasihatkan supaya membuka akaun gmail yg terbaru.

2-Cuba login ke akaun gmail menerusi laman google.com, login yg betul akan memaparkan nama pengguna yg didaftarkan pada atas kanan.

login +Mie  ni pengarang ler


3-Layari laman ke web berikut dengan memasukkan alamat url pada pelayar intenet.
https://www.google.com/android/devicemanager

Perhati & fahamkan 
Gambar contoh dibawah diambil dari peranti Android yg digunakan oleh pengarang. Berikut antara fungsi yg boleh digunakan yg boleh anda cuba

Paparan lokasi terakhir pada peta menunjukkan dimanakah akses internet dibuat. Bermakna peranti mestilah mempunyai sambungan internet berterusan melalui wifi atau sambungan internet 3G/4G

analisa lokasi terakhir


Arahan kawalan nada dering membunyikan peranti walaupun dalam mod Vibration atau silent. Bunyi akan keluar pada tahap suara maksimum bagi membolehkan peranti didengari.

ia bukan bagi tujuan "miss call"


Akses skrin pembaharuan katalaluan membolehkan kod keselamatan dimasukkan. Ia juga boleh memaparkan maklumat mesej berkaitan alamat pemilik peranti atau mesej lain.

tetapan ini akan menindan katakunci yg lalu


Arahan Padam atau Format peranti merupakan jalan terakhir menyelamatkan data rahsia dari diketahui. Tetapi arahan ini juga akan memadamkan akaun gmail sekali yg memutuskan sambungan akses Pengurus Peranti Android

untuk rahsia besar

Jika berkelapangan cubalah akses menggunakan akaun gmail yg sedia ada. Lebih baik mencuba sekarang, jangan dah hilang baru nak beringat.

Selamat mencuba

dikarang oleh Mie
artikel akan dikemaskini dari masa ke semasa

2 ulasan:

  1. Sya request setting tetapan baru maxis/celcom. Tp mega android saya mta password untk install setting. Bole tlg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasanya tak perlukan password utk simpan tetapan secara sms,

      Padam