Rabu, 26 Jun 2013

Analisis - Mengenalpasti Samsung Galaxy S4 Palsu

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada pembaca nusantara, topik ini akan menunjukkan ciri2 Galaxy S4 palsu yg telah pun membanjiri di pasaran sebagai unit AP. Sebelum dimulakan,  kita kenali secara lanjut ciri spesifikasi unit asli Samsung Galaxy S4 pada artikel terdahulu

Berikut ialah rumusan ringkas mengenai telefon pintar Androdi Samsung Galaxy S4

A - Visual Produk
Rekabentuk Samsung Galaksi S4 seolah model SGS3 yg dibesarkan saiznya kepada GN2, mari perhatikan kualiti binaan dan lokasi butang, kedudukan skrin dan kamera.

(Padangan hadapan)
Antaramuka S4 kaya dengan widget Samsung TouchWiz,



(Pandangan sisi)
Ruang antara skrin (bezel) yg nipis pada sisi

(Pandangan belakang)
Kamera terletak paling atas, Lampu LED dibawah kamera,
di ikuti logo Samsung, bahagian bawah kiri terdapat speaker grill 

B - Spesifikasi 
Untuk makluman pembaca Galaxy S4 datang dalam dua variasi CPU. Unit yg dijual di Malaysia ialah versi Octacore Exynos 5, manakala pasaran Amerika menggunakan versi Qualcomm

Skrin sentuh 5 inci Super AMOLED HD,
Resolusi skrin 1080*1920
Skrin Gorrila Glass 3, 


(model 1) CPU model Exynos 5 5410

4-teras berkembar (kombinasi ini menjadi Exynos 5 sebagai Octacore)
--Quad Core Cortex Arm 15 -1.6Ghz
--Quad Core Cortex Arm 7 -1.2Ghz
Pemecut grafik 
--Tri Core - Power VR SGX 544MP3

(model 2)
 CPU model Qualcomm Snapdragon 600
4-teras 
--Cortex Arm 7 Krait 300 - 1.9Ghz 
Pemecut grafik 
--Quad Core - Adreno 320

Kapasiti --Memori dalaman 16/32/64--Memori RAM 2GB 
Sokongan kad memori Micro SDBateri 2600mah
Kamera 13 Megapiksel



Model number GT-I9300
Tetapan (Settings) > Mengenai Telefon (About Phone)

semak no model pengenalan sebelum membeli

Bagi unit jualan Galaxy S4 untuk pasaran Malaysia nombor pengenalan model mencatatkan GT-I9500

GT-I9500 - pasaran antarabangsa termasuk Malaysia - CPU; Exynos 5 
GT-I9502 & I9508 SCDMA - pasaran China - CPU; Exynos 
5GT-I9505 / SGH-i337 -set telco Amerika, Eropah, Singapura - CPU; Qualcomm Snapdragon 600
SGH-i545 / CDMA -set telco Verizon -CPU; Qualcomm Snapdragon 600

Nota; Set AP berjenama yg dibawa dari Singapura kemungkinan dari model GT-I9505


2 - Bateri, kad memori dan kad SIM
Bahagian ini agak penting jika pembeli mahu mengenal pasti ketulenan model. Samsung Galaxy S4 menggunakan bateri berkapasiti 2600mah. Kedudukan slot kad memori-mikro sd berada di atas sebelah kiri secara melintang. Manakala slot kad SIM berada disebelah kanan dimasukkan secara keatas. Ruang speaker pula berada dibahagian bawah-kiri slot bateri.


Galaxy S4 hanya menggunakan satu SIM sahaja 
* model dwi sim hanya untuk pasaran China sahaja

Sekiranya anda mencari unit AP berjenama pastikan kedudukan kad sim , kad sim ini sama seperti dalam gambar dengan kapasiti bateri yg tepat. Jika ada iklan menyatakan S4 dwi-sim maka ia ialah versi S4 untuk pasaran China (setakat ini). Samsung juga tidak bercadang mengeluarkan versi S4 dwi-sim untuk pasaran antarabangsa.  Jika ia dijual di Malaysia yg pasti ia bukan set original dan mempunyai risiko sebagai unit AP palsu.


Contoh unit tiruan/ klon Galaksi S4

Model 1 - "Goophone S4"
Kemungkinan nama ini dipendekkan dari Google Phone atau "Gu-pung" dalam dialek Terengganu. hehe.
Seakan2 model asal tetapi apa yg tiada ?
....ia tiada cetakan logo Samsung !

Spesifikasi Goophone S4
Perhatikan pada teks yg dilabel kuning, fahami dan bandingkan
General
  • Manufacturer: Goophone << Unit original dikeluarkan Samsung 
  • Model: Goophone S4 << model pengenalan SGS4 ialah GT-I9500
  • Phone Style: Bar, multi-touch screen, 5 inch FHD 1080P screen
  • Operating System: Android 4.2 OS
  • CPU: 1.2GHz MTK MT6589 quad-core  << Bukan CPU Exynos 5 atau Qualcomm S600
Display
  • Screen Size: 5" touchscreen
  • Display reulotion: 1080P screen, 1920*1080 pixel
  • Color Support: 16 million colors
  • Screen Technology: Multi-touch screen << Tiada teknologi skrin AMOLED
Camera
  • Camera Resolution: 13MP rear camera
  • 2MP front camera, digital zoom
Battery
  • Battery: Li-on battery 2700mAh << Kapasiti unit original ialah 2700mAh
  • Standby Time: 150-200 hours
Memory
  • Built-in Memory: 32GB ROM + 2GB RAM
  • Memory Card: microSD/microSDHC, up to 64GB, 

Goophone S4 ialah unit klon kerana ia tidak menggunakan label Samsung, pembeli seharusnya sedar kerana pengeluar Goophone telahpun memberi klu atau hint produk ini bukan produk keluaran Samsung & tidak menggunakan nama 'Galaxy".
Nota : Juga terma "klon" sedikit berbeza dari terma "tiruan" kerana unit tiruan akan menggunakan nama Samsung secara terang2an menipu pengguna untuk memperdaya pembeli. 
Rujukan unit


Model 2 - HDC Galaxy S4 N9500
Sebut saja jenama ni dah buat pengarang geleng kepala, jenama ini ada kecelaruan identiti HTC+Samsung,

(pandangan hadapan)
perhatikan jarak antara skrin dan butang home yg agak ketara

(pandangan belakang)
kedudukan Lampu LED berada pada sebelah kanan,
Kelihatan logo "Android"

Spesifikasi HDC Galaxy S4
Manufacturer: HDC << krisis identiti Samsung + HDC ?Model: HDC Galaxy SIV N9500 << percanggahan kod GT-I9500Phone Style: Bar, multi-touch screen, 4.99 inch Capacitive touchscreenOperating System: Android 4.2.1 OSCPU: MTK6589 Quad Core 1.2GHz << bukan Exynos 5 atau Qualcomm S600Display Screen Size: 4.99 inch HD IPS touchscreen << bukan teknologi AMOLEDDisplay resolution: 1280*720 pixelColor Support: 16 million colors << resolusi asal 1920x1080Screen Technology: Multi-touch screen Camera 8MP rear camera << kurang 5 megapiksel
5MP front camera digital zoom
Connectivity Technology: GSM + WCDMA (Dual Simcard) << sepatutnya satu sim sahajaBattery: Li-on battery (2100mAh) << kurang 500mAhMemory 1GB RAM 4GB ROM << kurang 12GB Rom, model asal minimum 16GB,

Produk ini tidak pula menggunakan nama Samsung pada peranti tetapi menggunakan jenama Galaxy dalam iklan jualan. Tambahan pula kod pengenalan N9500 lagi boleh mengelirukan pembeli. 


Analisis Tambahan

Semak & bandingkan spesifikasi unit jualan
Pengarang telah membuat tinjauan pada laman jual beli seperti lelong.com.my & mudah.my mendapati, banyak penjual menggunakan terma penting semasa pengiklan. Antara ciri2 yg bercanggah dengan unit tulen S4 boleh dikenalpasti  melalui spesifikasi berikut.

  • CPU Mediatek MTK6589  atau SMDK 4X12
  • Resolusi skrin  954x540 atau 1280 x720
  • Teknologi skrin  IPS
  • Memori RAM 1 GB 
  • Memori dalaman 4GB
  • Kamera : 8 megapiksel


Keraguan dalam iklan
Ada iklan yg meragukan bila memakluman
"Come with Samsung logo on boot & shutdown"


maksudnya "telefon ini juga menggunakan logo Samsung semasa diaktifkan dan dimatikan".  Jika ia model asli, hal ini ia tidak perlu dihebahkan kerana semua tahu model Samsung menggunakan logo semasa diaktifkan dan dimatikan. Bila dihebahkan ia seolah2 ia model klon yg meniru dan menggunakan logo Samsung (semasa peranti diaktifkan dan dimatikan) bagi mengaburi mata pembeli.

Ada yg menggunakan terma pelaris seperti "Made in Korea" walhal ia merujuk jenama Samsung yg berasal dari Korea, tetapi ia belum tentu berasal dari Korea, jika ia betul2 dari Korea harganya lebih kurang dengan harga set AP berjenama. Contohnya jika set AP berjenama dijual RM1300  adalah tidak munasabah dijual pada separuh harga pada harga RM800 bagi unit baru. Memang terdapat telefon Samsung yg dikilang di Korea, China & Vietnam tetapi pokok pangkalnya ialah jaminan dan khidmat selepas jualan


Fungsi yg tidak boleh disangkal
Tidak semua pembeli akan membeli secara dalam talian (online) tetapi untuk membeli telefon idaman adalah penting membaca komen reviu atau ulasan produk. SGS4 mempunyai pelbagai ciri yg menarik yg tidak boleh ditiru oleh pengeluar lain.Sejak model Samsung Galaxy Note, berlaku peningkatan sensor pada perkakasan. Sensor inilah memberi fungsi tambahan sebagai features atau penampilan terbaru

Untuk bacaan lebih lanjut sila lihat ;

Sebelum membeli, mohonlah kepada penjual untuk membuat demonstrasi fungsi khas S4 seperti Air Jump, Air View, Smart pause atau smart scroll. Ia boleh didapati menerusi laman Youtube. Semua fungsi ini menggunakan sensor khas yg hanya ada pada SGS4,  manakala unit tiruan belum tentu atau tidak mempunyai kebolehan ini.  Pastikan demonstrasi dibuat juga oleh pembeli supaya lebih yakin

fungsi ini datang pada setiap unit baru tanpa kompromi

Kemaskini pada 2 Ogos 2013
Klon terbaru didapati mempunyai fungsi sama seperti Airbrowse, walaubagaimanapun ia tidak mempunyai fungsi NFC dan DLNA. Lihat video berikut untuk paparan lanjut

sebelah kiri = klon ;sebelah kanan = original
perhatikan pada unit klon tiada fungsi NFC, S Beam & DLNA

video penuh dari dari mayiandjay@Youtube


Penting !  JAUHI penjual yg mengelak untuk membuat demonstrasi kelebihan Galaxy S4. Semestinya penjual yg tidak akhlas memberi seribu alasan tidak tahu menggunakan fungsi S4. Alasan lain seperti "kena upgrade dulu" atau perlu download software (untuk laksanakan fungsi khas ini ) menunjukkan penjual itu sedang cuba menipu anda. 

Kesimpulan
Pengarang agak kagum dengan kebolehan rekabentuk unit palsu yg hampir sama dengan unit asal. Adalah lebih baik mendapatkan model tulen mengikut kemampuan. Walaupun dari segi fizikal hampir sama, kualiti  binaan tiruan agak  berbeza. Unit palsu tidak boleh menggunakan official ROM atau firmware rasmi Samsung bagi tujuan sokongan update di kemudian hari.  

Pengarang juga telah membaca komentar pengguna tiruan mempunyai masalah mencari kod reset dan masalah lain kerana ketiadaan khidmat selepas jualan atau maklumat produk pada laman web. Pengeluar dan pengedar unit tiruan hanya mementingkan keuntungan kerana tidak menyediakan maklumat penting berkenaan manual penggunaan dan servis yg diperlukan oleh pengguna. Beringat sebelum kena.

~  enCORe & Mie


Kemaskini pada 2 Ogos 2013

Artikel ini membincangkan perbezaan model set tulen dan palsu. Jika para pembaca mahukan perbezaan antara Original & AP sila baca  artikel ;

rujukan

32 ulasan:

  1. Mohon postkan soalan yg relevan dengan topik, soalan lain sila gunakan sub forum

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. beringatlah penipu di mana2 saja pun, saya rasa ia mungkin ujian Allah bukankah saudara sepatutnya memberi tumpuan menunaikan umrah atau haji ?

      maaf ya jika tersinggung, baik kita jadikan pengajaran

      Padam
    2. bagaimana nak thu local ngn ori,,sbb sy ad bli s4 dgn hrge rm1800,,tp dyowg ckp skunk da ad superking fake,,hmpir 98% same,,

      Padam
    3. lihat artikel saya bekenaan ori vs ap

      Padam
    4. Salam.nk tye.skg nie kn da byk s4 klon v3 ..jual pd harga 660 j..nk kpstian.tolong slidik bole..n shere la skli

      Padam
    5. kepastian ?
      mohon baca dulu artikel , bukanhka saya dah pun selidik dlm artikel ni ?

      Padam
    6. Sy da bce da..tlong cek kat google samsung s4 v3..ap pndpt..nie ad due..satu korea n satu ag china

      Padam
    7. baca artikel saya berkenaan ori vs ap.

      Padam
  3. salam.. sy nak tnye soalan.. sy ade beli samsung galaxy note 8.0 dengan harga 1600. td sy saje2 la cek imei number dia kat link imei yg ade dlm blog awk ni.. tp berderau darah sy bile model fon yg kluar slps sy masukkan imei number tu adalah nokia 6600.. mcm mane blh jd mcm tu?? sy tertipu ke??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Databasenya tak cukup atau lama, lagipun ia spesifik untuk telefon bukan tablet

      Padam
  4. jdnye, imei no yg same utk nokia 6600 tu dgn note 8.0 sy tu mcm mane?? adakah sy ditipu?? mcm mane nk confirmkan note 8.0 sy tulen?? utk info tambahan masa beli tu sy ade la tnye serba sedikit mengenai warranty disebabkan sy beli di kota kinabalu dan sy duduk di kl.. sy tnye klu ade mslh boleh hntr ke mane2 samsung service cetre ke.. jwpnnye boleh dihantar ke mane2 service centre.. adakah itu 1 jaminan yg note 8.0 sy tu tulen??

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika boleh hantar mana pusat servis maka ia sah tulen =),
      jgn takut berkenaan report imei tu, kerana database imei.info mungkin tiada, outdated atau tiada maklumat untuk IMEI peranti jenis tablet,

      Padam
  5. terima kasih utk info.. sy check s3 sy dn s3 mini hubby sy mmg betul ikut dlm database tu.. cume note ni je yg lain jdnye.. risau jugak ditipu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy nak tnye.. klu front glass s3 retak kat mane sy blh dptkan alat gantinye?? sbb bila sy pegi kedai rata2 kata kna tukar the whole lcd display sdgkan retak tu x effect dekat display screen pon.. mohon bantuan..

      Padam
    2. tiap telefon skrin sentuh ada dua lapis, lapisan luar ialah "digitizer" sebagai respon sentuh, lapisan dalam ialah LCD sebagai pancan imej, kebiasaan kedai tanpa tauliah akan ganti satu set sebab skrinnya melekat dan padat, ini menyukarkan pemasangan semula kerana mereka kurang peralatan & pengalaman,

      Padam
  6. anak sy tngh sibuk nak beli S4 yg kwn dia claim ori but price RM1,300 hrga kilang ... suruh bank in mlm ni jg ... bila tnya waranty, ktnya ada sticker belakang dlm phone .. sy mnta dia tnjk waranty card tp x de respon ... betul ke ori?

    BalasPadam
    Balasan
    1. takde respon sebab takut orang tau tipu, janganla percaya, sila baca semula artikel saya 2/3x ya

      Padam
  7. Ayah sy beli s4 di mekkah 200real tapi ketika dihidupkan bacaab "juma" bukan samsung, apakah itu bukan android ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika ia boleh muat turun aplikasi dari PlayStore maka ia adalah Android, tapi belum tentu tulen

      Padam
  8. kamera belakang s4 brapa mp sebenarnya.. check dlm antutu 12.8 je

    BalasPadam
    Balasan
    1. s4 diiklankan dengan spesifikasi 13mp, 12.8 tu apakah set yg dibeli ?

      Padam
  9. lagi satu storage dia 16GB kan? tp sy punya free ada 8.9 sj..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang begitu, lebih kurang 6GB diperuntukan oleh sistem operasi atau perisiannya

      Padam
  10. utk game yg mana better? S4 or note 3 Neo??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Prestasi keduanya tidak berbeza sangat, saya syor SGN3 Neo sebab skrin HD sudah memadai. SGS4 lebih laju tapi skrin HD penuh.

      Padam
  11. S4 saya gagal di onkan..charge pun sama je..masalah board ker?

    BalasPadam
  12. Sy punya s4 sudah upgrade kpd version 5.0.1
    Blh ke kalo nk downgrade kpd previous version?

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk downgrade perlu buat root dan masukkan recovery ubahsuai, jika tidak pasti apa terma ni dinasihatkan jangan ubah apa2,

      ohya kenapa nak downgrade ?

      Padam
  13. Kenape org tidak dapat dengar suare sy bila memanggil ttp sy jelas dengar suare org.

    BalasPadam