Apakah Format / Factory Reset
Maksud Format bagi OS Android ialah proses pembersihan sistem OS yg membuang semua data pengguna (userdata) & fail sistem sementara (temporary file / cache). Terma Format juga dikenali sebagai Factory Reset, Clear Storage, Master Reset. Selepas arahan format dilaksanakan, OS mengosongkan kandungan memori dalaman peranti, seolah seperti baru. Data pengguna seperti SMS, Contacts, Aplikasi dan Permainan turut dipadam. Sebab itulah terma Factory Reset diguna menandakan peranti yg diformat sama seperti baru keluar kilang
Mengapa dan siapa yg perlu membuat format ?
- Pengguna yg mempunyai masalah Android yg agak perlahan secara tiba & tidak pasti punca,
- Kemaskini / upgrade OS baru tetapi tak melakukan format sistem
Nota : Selepas melakukan proses upgrade kepada OS baru terdapat data sementara yg tidak serasi dengan persekitaran baru. Contohnya Android 2.3 telah berjaya dikemaskini kepada Android 4.0, tetapi berlaku masalah seperti Force Close atau kegagalan melancarkan aplikasi.
- Masalah BootLoop, animasi berulang pada logo & gagal masuk ke Homescreen
- Terlupa katakunci (password) atau pattern.
- Masalah tersangkut (hang) dan kerap Force Close.
Nota: Data sementara (temporary system files / Dalvik Cache) yg dicipta semasa persekitran Android 2.3 mungkin tidak lagi sesuai utk persekitaran baru Android 4.0, inilah antara punca utama penyebab Force Close. Fail sistem sementara ini perlu dibuang untuk kestabilan OS Untuk membuang data sistem lama, Format/ Factory reset adalah perlu.
__________________________________________________________________________
Bahagian A
Perkara penting bagi sebelum melakukan proses Format
Ramai pengguna mengeluh telefon yg diformat telah memadamkan kesemua kandungan & fail peribadi. Ingat! fail tidak boleh diselamatkan selepas melakukan format/ factory reset. Jadi untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku pada anda, baca dan ambil kira penerangan berikut
1. Simpan fail peribadi
Mulakan dengan membuat proses transfer file ke dalam komputer. Pengguna boleh menggunakan cara Mass Storage, MTP atau menggunakan perisian seperti Samsung Kies jika menggunakan peranti Samsung. Berikut antara lokasi penting fail pengguna yg disimpan pada peranti Android
Root (memori dalaman - internal memory)
|--DCIM (folder gambar yg diambil dengan aplikasi kamera Android)
|--DCIM-\-Camera (folder utama simpanan gambar yg diambil dengan kamera utama Android)
|--Download (fail yg pernah dimuat turun Android)
|--Documents (fail dokumen yg pernah dibuat melalui aplikasi seperti Kingsoft Office)
|--Media (fail ringtone & messagetone)
|--Music (lagu / mp3 yg dimuat turun)
|--Pictures (gambar yg dimuat turun)
|--Video (video yg dimuat turun)
Jangan lupa menyimpan fail pada kad memori, anda perlu INGAT sendiri struktur susunan folder kerana fail ini akan dipindah semula selepas/ jika memori dikosongkan.
2. Membuat backup installer atau APK , (aplikasi atau permainan) yg dimuat turun.
Bagi menyimpan aplikasi yg penting atau yg pernah dimuat turun menerusi Google Play, pengguna perlu membuat simpanan Installer utk kegunaan semula. Mungkin APK ini boleh dimasukkan dikemudian hari atau bagi pengguna yg terlupa nama aplikasi yg pernah dimuat turun. Ini juga boleh menjimatkan data Internet dengan memasukkan sendiri secara offline
3. Membuat backup data tambahan permainan bersaiz bersaiz besar
Langkah ini dikhususkan bagi pengguna yg mempunyai kandungan aplikasi permainan yg besar. Bagi pengguna yg menyimpan permainan bersaiz kecil seperti Angry Birds, anda boleh meneruskan ke langkah 4.
Pengeluar permainan video games Gameloft biasanya mempunyai data yg bersaiz besar. Jika anda masih mahu menggunakan permainan ini dinasihatkan supaya membuat backup ; menyimpan data permainan (games data/ sd data) di komputer, ini kemudian dihantar semula kedalam memori selepas format.
Nota : Pernah muat turun permainan Gameloft tetapi tidak boleh dimainkan ? ini kerana hanya installer yg dimuat turun dari Google Play tetapi data penuh permainan tidak dimuat turun sekali. Data tambahan akan dimuat turun secara automatik semasa pelancaran pertama. Data tambahan ini dikenali Games Data atau SD Data, saiz folder pula boleh mencapai sebesar 2GB!
Data permainan (game data/ sd data) berbeza dengan Installer. Sebagai contoh saiz apk installer PES 2012 cuma kurang 6Mb. Sebenarnya fail keseluruhan PES 2012 yg diperlukan ialah 156Mb. Mana pula datangnya lagi 150Mb ? Semasa pelancaran pertama, permainan akan mengeluarkan mesej untuk memuat turun data tambahan dari server pengeluar, data tambahan ini di simpan dalam folder yg berasingan.
Berikut ialah contoh kedudukan fail data tambahan permainan yg telah dimuat turun semasa pelancaran pertama.
Berikut ialah contoh kedudukan fail data tambahan permainan yg telah dimuat turun semasa pelancaran pertama.
Jika permainan Konami PES 2012, Kedudukan data tambahan disimpan pada folder
|--Android \data\com.konami.pes2012 (kandungan folder bersaiz 156Mb)
Contoh lain bagi permainan Gameloft Asphalt 6, Kedudukan data tambahan disimpan pada folder
|--Android \data\com.gameloft.ANMP.GloftA6HP (kandungan folder bersaiz 1Gb!)
Permainan keluaran Gameloft sebelum 2011 ia menggunakan folder sendiri. Terdapat pengeluar lain seperti EA yg menyimpan data tambahan ini pada folder luar folder ini dinamakan sempena nama pengeluar atau tajuk permainan
|--Storage/Gameloft
|--Storage/EA
|--Storage/EA
Walaubagaimanapun kebanyakan pengeluar menempatkan data permainan pada (salah satu) subfolder Android
|--Android/data
|--Android/obb
Nota: Dengan melakukan proses penyimpanan (backup) data permainan pengguna tidak lagi perlu muat turun semula data permainan yg bersaiz besar dan menghabiskan kuota internet. Adakalanya terdapat games data masih diperlukan selepas memasukkan APK secara manual meskipun dengan data permainan telah disalin semula ke kad memori, bagaimanapun amaun data yg dimuat turun agak kecil berbanding memuat turun keseluruhan data permainan penuh. Jika masih keluar mesej muat turun dengan saiz yg amat besar ia berkemungkinan proses update atau patching pada permainan tersebut.
Pengguna tentu tidak perasan yg mana satu folder yg games yg bersaiz besar, Untuk mengenalpasti saiz folder ini, pengguna boleh menggunakan fungsi tambahan yg ada pada ES File Explorer > SD Card Analyst. Pengguna juga boleh menggunakan Windows Explorer pada desktop dan melihat properties folder. Salin data permainan ini kedalam komputer seperti tutorial langkah 1.
Jika terlalu banyak folder games data dalam subfolder Android, pengguna boleh menyalin folder Android sekaligus.
4. Menyimpan mesej SMS & Contact
Bagi membuat simpanan SMS, rujuk artikel Go SMS yg pernah diterangkan terdahulu. Untuk membuat simpanan Contact boleh gunakan Go Contact atau membuat sambungan dengan akaun google gmail.
Nota : Setiap pengguna Android yg mahu menggunakan Google Play mestilah menghubungkan Android dengan server Google secara online melalui proses sign-in. Proses sync akaun gmail akan menyimpan maklumat & butiran pengguna termasuklah Contact. Hanya perlu sign-in pada akaun gmail yg sama, semua Contact pengguna akan dimuat turun semula pada peranti /Android yg baru.
Bahagian seterusnya akan menerangkan cara melakukan proses Format
__________________________________________________________________________
Bahagian B
Terdahulu, sila pastikan anda telah memahami & mengambil langkah penting di bahagian A
Bagaimana melakukan arahan format pada system Android ?
Ada 2 cara untuk melakukan proses format Android. Hanya perlu pilih salah satu Kaedah yg di terangkan dibawah
Format Cara 1
1-Format melalui Tetapan (setting) Android
Bagi model HTC (dan model Android 2.2 ke atas ),
- Masuk ke menu Setting
- SD & Phone Storage > Factory Data Reset
- Tap Reset Phone & Erase Everything
Settings > Factory data reset
Mesej ulangan bertujuan sebagai pengesahan pengguna (user confirmation)
Untuk model Samsung (dan model Android 2.1) ,
- Masuk ke menu Setting
- Privacy > Factory Data Reset
- Pilih Reset Phone > Tap Erase Everything
Kosongkan Format USB storage utk tidak format kad memori
NotaSekiranya langkah diatas masih gagal memadamkan maklumat pengguna, ikuti langkah seterusnya
Tujuan Format USB Storage atau Format SD Card Memory utk memadam seluruh kandungan kad memori, jangan diisikan checkbox melainkan semua data telah pun disimpan (backup) pada komputer. Jika tidak yakin, keluarkan kad memori sebelum melakukan proses Format.
Format Cara 2
2-Format melalui kombinasi butang khas
Bagi model HTC,
Untuk model Samsung
Bahagian C
Seterusnya lakukan proses restore dengan menyalin atau memindahkan semula fail yg disimpan dikomputer ke dalam Android
Tahniah, anda telah menjalani proses Format yg agak komprehensif dengan jayanya.
kemaskini terakhir 13-04-2014
Sumber bacaan & gambar
2-Format melalui kombinasi butang khas
Cara ini akan memasuki menu recovery tanpa perlu memasuki Android, dengan menekan butang tertentu semasa dihidupkan, sistem recovery diaktifkan bagi tujuan format sistem. Setiap peranti mempunyai kombinasi butang yg berbeza dan boleh dirujuk pada laman hard-reset.com
Bagi model HTC,
- Tutup telefon sepenuhnya
- Tekan dan tahan (tap & hold) butang Volume (-),
- Dengan masih menahan butang Volume (-), tekan butang Power
- Tunggu sehingga gambar Android skateboard muncul pada skrin,
- Apabila muncul lepaskan butang Volume (-)
- Tekan Volume (-) bagi memilih Clear Storage (atau Factory Reset)
- Tekan butang Power bagi melaksana arahan Format
- Selesai dan mulakan Android seperti biasa
HTC menggunakan antaramuka Bootloader
Untuk model Samsung
- Tutup telefon sepenuhnya
- Tekan dan tahan (tap & hold) butang Volume (+),
- Dengan masih menahan butang Volume(+), tekan butang Home serta butang Power bersama
- Tunggu sehingga logo Samsung muncul pada skrin, apabila muncul lepaskan kesemua butang
- Android akan masuk ke sistem Recovery dengan latar belakang gambar Android
- Gunakan butang Volume dan Home sebagai navigasi menu,
- Info: Volume(+) = Atas ; Volume(-) Bawah ; Home=Laksana arahan
- Pilih Wipe Data / Factory Reset
- Selesai dan mulakan Android seperti biasa
Samsung menggunakan Android System Recovery
Proses format mengambil masa 2-5 minit. Tunggu dan perhatikan proses yg berlaku. Jika terdapat masalah semasa proses format ulangi semula kombinasi butang sehingga berjaya. Melakukan proses Format adalah selamat dan tiada risiko merosakkan sistem OS Android.
Contoh memasuki recovery HTC One X
Contoh memasuki recovery mode bagi model Samsung Galaxy S3
PENTING : Kombinasi Factory Reset berbeza2 mengikut model. Pengguna boleh merujuk buku manual atau membuat semakan google atau pada laman web Hard Reset.com mengikut model masing2__________________________________________________________________________
Bahagian C
Seterusnya lakukan proses restore dengan menyalin atau memindahkan semula fail yg disimpan dikomputer ke dalam Android
- Salin fail peribadi / personal ke dalam memori (memori dalaman / kad memori)
- Salin fail APK installer, lakukan proses installasi dari APK dengan pengurus fail (File Manager /Es Explorer) Signin akaun Google jika tiada File manager.
- Salin folder data tambahan permainan (games) ke lokasi asal,
- Laksanakan installasi aplikasi & permainan yg diinginkan.
- Tempatkan fail backup Go SMS / Go Contacts pada folder yg betul
- Reboot/ Restart
Tahniah, anda telah menjalani proses Format yg agak komprehensif dengan jayanya.
kemaskini terakhir 13-04-2014
Sumber bacaan & gambar
- Hard Reset.com
- Restore Device to Factory Settings by TelecomNZ
- How to Hard Reset Samsung S2 by Jayce Ooi
- How to Update HTC Incredible 2 with Cyanogen Mod by Radu Neda
- Solving Boot loop problem in SGS 2 by Sarami
cara macam ni la tokey2 hp leh kaut untung RM 30-50...ade kawan dah terkena...padahal senang je nak buat sendiri kan...
BalasPadambetul, sebenarnya mudah nak buat,
Padamtapi ramai pengguna tak mau ambil tau, tak yakin dgn diri sendiri, takut henfon rosak,
hanya install kies untuk format hp samsung atau perlu install juga aplikasi lain?
PadamFormat boleh dibuat tanpa Samsung Kies, ini boleh didapati melalui tetapan (setting),
Padamtujuan Kies sebagai file manager supaya pengguna boleh mengakses untuk menyalin fail kedalam komputer sebelum membuat format,
tq kwn
Padamsama2, tapi faham ke tak ?
Padamdah terformat usb storage..tp xde backup dlam pc...ade ape2 prob x nnt....folder yg dlam myfile ade 4 je android,app,dcim ngan lost.dir(ape ntah)...xpe ke?
BalasPadamterformat bahagian kad memory takpe, tapi gambar kamera atau apps/games yg di pindahkan ke sdcard hilang & perlu didownload semula
Padamnak minta tolong laa..sy baru reset hp smsung galaxy ace sy coz lupa lock pattern..sy tak buat backup sb hp x de data2 or file2 pnting..so,lepas sy reset..sy of dan tukar sim cel kpda mxis..lps tu sy nak xtifkan mobile ntwork sb sy ad apply bband..tapi sy tgok seting hp dah berubah..bila nak tag kat checkbox ade kuar warning 'connecting via packet data may incur additional charges,continue?'..biasa x de macam tu..ok je..so,lepas sy tkn OK x de kuar simbol netwrk kat bar atas..bila nak on9 pon xdapat..lagi satu sy try buka dkt tethering portable hotspot,,ada 3 pilihan kan..tp yg pelik nye pilihan kedua dan ketiga tu dah tak sama macam sebelum reset..dah tukar title jadi Mobile AP, dan Mobile AP seting..adoiiii..sy tak tau la mcm mana..apa yg dah berubah nye..nak minta tolong lah yee kat tuan punya blog ne..tolong tunjuk ajar kat org yg tau guna hp ne je..huhu..ASAP..thanks klu ada yg sudi tlg..
BalasPadamSaya rasa setting APN mungkin tak betul atau kosong, tunggu nanti saya drafkan minggu depan, insyaallah
PadamCik Ameng, Artikel terbaru berkenaan "APN utk akses internet" telah saya karang bersama draf enCORe, lihat post 7-1-13
Padamnk tnye bleh x??klu kite nk dapat smula msj yg dipadam kt inbox msj dalam tablet samsung mcm ne???/plezzzzzzzzzz
BalasPadamMesej emel yg dipadam boleh dilihat dalam folder trash, jika sms ia tidak boleh di dapatkan semuali.... aplikasi mesej mempunyai autobackup macam go sms boleh membuat backup
Padambackup 2 outomatik ke kite kne buat??pas2 klu xbuat jd smua msj n gmbar xdpt smula kew???tolongggg
BalasPadamsms & mms yg telah dipadam tidak boleh dicari semula,
Padamproses memadamkan satu sms melibatkan satu pengkalan data sms bukan dalam bentuk fail yg berasingan
Masalah BootLoop, animasi berulang pada logo & gagal masuk ke Homescreen.bagaimana hendak melakukannya
BalasPadambagi details skit, model apa, official ke custom rom, kene lepas upgrade rom ke ?
Padambuat format melalui recovery,
Padamhttp://www.youtube.com/watch?v=vNfRb13i7vI
kenal pasti model dulu, ade kombinasi butang utk paksa masuk recovery semasa boot up,
salam, camana cara nya kita nak sync contact tel ke gmail. saya dah cuba tapi tak jadi
BalasPadamCuba masuk tetapan > user account > masuk akaun gmail. Pastikan check box sync contact di isi
Padamnak format pad china blh tak.. pattern dah lupa. tolong2....
BalasPadammasukkan password utk diemelkan melalui gmail, buka gmail utk dapatkan arahan, jika tidak terim emel, hard reset perlu dibuat
Padamsaya akan postkan tutorial ni nanti
Tablet saya tiada mobile networks pada setting wireless and network,mcmana saya nak buat packet data tanpanya,adakah saya perlu format semula tablet samsung saya
BalasPadamJulia
julia buka soalan dlm forum yg disediakan, masalah network ni diluar topik post format, kita sambung sembang disana k,
Padamcara reset kalau xdpt buka screen lock code cmna yah???
BalasPadamTopik ni dalam kiv, masih tengah draf lagi
Padamsalam.. saya ada reboot dah samsung galaxy tab 7.0 plus.. tapi bila lepas reboot dia naik tulisan apa ntah.. x paham.. macam mana nk buat
BalasPadamsalam.. nak tanya.. sy selalu dapat notification "SD card is removed. Insert a new one" so, what should i do ek? and ape mksud "data traffic is disabled"? mohon sgt jwb. sy pkai xperia ion
BalasPadam1- sd card removed berkemungkinan memori kad tidak boleh dibaca dengan betul, salin semua kandungan ke pc, masukkan semula kad memori dan format dengan telefon sehingga berjaya 'mounted',
Padam2-mohon buka soalan diluar tajuk pada sub forum yg disediakan, insyallah saya akan cuba tengokkan
Salam..
BalasPadambro nak tanya...
saya ada pakai samsung note tpi nak jual..
memadaikah just reset je hp ni...?
risau sebab ada kwn ckp ada software yang boleh tarik balik gambar,video dan semualah..
camane ye bro..
camane nak contact bro..?
Adalah mandatori melakukan format jika nak berpindah tangan, buat format penuh, samada format melalui Android setting atau format melalui recovery (lihat artikel berkenaan recovery)
Padamboleh hubungi saya dengan Google Plus circle , sign in dengan Gmail automatik dapat Google +
maaflah..cuba cri artikel pasal recovery tpi x jumpa..
Padamapa maksud format penuh..?just click reset phone ke..??
saya nak jual note saya ni tpi was2..tkut privacy x terjamin..sbab saya nak beli i phone 5..help me plz..boleh bgi email add??
ada dalam laman ni jugak =P
Padamlihat
2-Format melalui kombinasi butang khas
Lihat bahagian "Hubungi Pengarang", isi borang & hantar, tunggu saya balas dgn emel sekali,
animasi berulang pada logo & gagal masuk ke Homescreen.bagaimana hendak melakukannya(samsung s8003)
BalasPadamSamsung S8003 tidak menggunakan sistem Android.
PadamAda teknik kombinasi hard reset dengan butang keypad 2767*3855# , cuba dulu kalau takboleh bermakna butang tu hanya berfungsi semasa di homescreen. Tapi kalau bootscreen dah berulang tak boleh masuk homescreen kene pergi pusat servis.
t.kasih byk, alhamdulillah saya jumpa post ni, kalau tidak melayang RM50 kat kedai repair-
BalasPadamsama2
Padamduit tu bolehla belanja saya minum, hehe
tak jdi lah...help
BalasPadamapa yg tak jadi?
Padamsalam ,
BalasPadamada tab china punya beli masa tu boleh tahan nk dkt 7rat, pakai dia selalu hang kdg2 nk buka pun ssh, buat factory sttg, ada improved tapi bole guna dlm 3o min dia hang balik. ini problem hard ware ke? terima kasih pada yg sudi advice kan.
kalau dah format takat 30min boleh guna mungkin masalah bateri, masa tu banyak tak games/ apps yg dimasukkan ?
PadamBatery x mnujukn masaalah,signal penuh dan tab x off tp cuma hang je. kena off dan on balik.
BalasPadammungkin firmware tak berapa stabil kene cari firmware lain jika ada
Padamassalam. . . saya punya handphone terlupa pattern then bila da bnyk kali try handphone automatik lock then mintak akaun gmail. tapi akaun gmail saya lupa. macam mne nk buat ye?
BalasPadamcuba login dengan gmail melalui desktop dulu, masalahnya kalau wifi atau internet yg tertutup memang tak boleh login la
Padamtapi jika android tu pernah di'enable'kan usb debugging (dlm setting), pattern tu boleh direset dengan arahan ADB (lihat topik ADB * USB Debugging) tanpa perlu format
macm mne tuh? means saya kne buat akaun gmail baru kew?
BalasPadamtapi 3G/ wifinya sentiasa on atau tidak ? kalau tidak buat akaun baru pun tak boleh sebab perlu ada internet.
Padamso...macam mana nak format kalau dah tak boleh buka homescreen?
Padamterimakasih :) posting ini sangat membantu sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiii :* my hero!
BalasPadamsama2 =)
Padamsalam...nak tanya.. saya pakai galaxy ace dan selalu je kluar low disk space... space phone penuh tapi space memory card banyak ag.. bila nak move to sd card xdapat.. bila tny kat kedai dia kata ada virus dan kena format..betul ker??
BalasPadamkurang memori dalaman ialah normal, gunakan Apps 2 sd untuk hantar aplikasi ke ruang sdcard
Padamsaya dah try tp xberjaya...ada ape2 cr lg x?? dah banyak apps y terpaksa di uninstall sbb xckp space...
PadamMemang ade aplikasi yg mandatori mesti berada pada memori dalaman untuk kestabilan, DroidSail ialah aplikasi boleh memaksa pindahan ke sd card,
Padamsyaratnya ialah root, buatlah jika yakin
http://theunlockr.com/2012/11/22/how-to-root-the-samsung-galaxy-ace-s5830/
Kebanyakkan pengguna samsung ace akan dapat masalah yang sama termasuk isteri saya. Admin, mungkin saya boleh kongsi cara saya selesaikan masalah tersebut secara ringkas. Firstly saya backup data.Lepas tu root phone.Format SD card menggunakan magic toolkit jadikan 2 partition primary.Install Link2SD dari google play. Insyaallah semua data internal memory(cth Facebook,Whatapps) boleh dipindahkan ke SD card dengan cara link ke 2nd primary.tq
Padambetul!,
Padammenggunakan Link2SD sebagai sambungan memori dalaman dengan memori luar sebagai "extended partition"
terima kasih dgn input saudara
gan minta saranya donk.
BalasPadamni tablet android gwe ndak bisa di buka ., soalya lupa sandi kunci . terus di sarankan buka kunci lewat email google. tapi masalahnya gwe ndak punya email google. adanya juga yahoo ajha.
gimana nie gan , minta tolong saranya gan.
thanks
kenal pasti model tablet dulu dan cari method memasuki recovery, lain model lain caranya,
Padamdalam menu recovery boleh lakukan proses format,
lepas format mcm mana nak install balik android dia?
BalasPadamproses format ialah mengosongkan kesemua data personal & profil tetapan,
Padamfirmware atau sistem Android yg tidak akan dipadam
bro, nk tnye ni, aku gne htc explorer, mula2 gne android 2.3, tp dh upgrade ke, 4.1, tp mcm pelik je,
BalasPadammcm mne nk kembali ke android 2.3 semula
proses upgrade Androi akan menindan fail sistem lama secara mutlak, tidak boleh kembali ke versi lama kecuali dgn kemahiran re-flashing rom melalui recovery, kenapa nak downgrade, Android 4.1 kan lebih baik ?
PadamUntuk samsung note2 pon bole buat cam ni ke?
BalasPadamerr r.. apa yg boleh buat camni ?
PadamMaksud sy pasal factory reset tu. Note 2 pon bole guna cara tekan 3 butang juga ke? Setelah hp di matikan. Itu maksud sy..
PadamLagi satu soalan sy... sy dh pening sngat dgn masalah ni! soal google market. play stor android. Setiap kali saya memuat turun penbelian dari play stor. Mesti akan timbul masalah pada hp sy. Contohnya sistem peranti sy akan di ubah suai secara automatik. Dan crdt sy akan ditolak dan membuat panggilan secara auto menukar data storan sistem hp sy secara automatik. Adakan sistem hp sy di masuki virus! Dh bayak kali sy kembali ke aturan kilang. Tapi ia stay x berubah pon.. tlg bagi tip mcm mana sy nak selesai kan masalah sy ni.. atau pon sy kena clos acc google sy. N buat yg baru? Plz help me......
GN boleh juga,
Padamcuma kombinasi butang berbeza, lain model lain kombinasi butangnya , semak http://www.hard-reset.com/
berkenaan masalah kredit buka soalan dan subforum,
Padamgalaxy s advance sy trsangkut kt samsung galaxy s advance logo masa nk bkk....mcm mne erkkk??? nk masuk recovery mode pun xblh....
BalasPadamcabut bateri dulu, lepas tu ikut langkah "Format kombinasi butang khas" utk model samsung yg ditunjukkaan diatas;
PadamSaya upload kartun oggy untuk my son dr play store samsung note 2.. tp bila bukak keluar cerita kartun jepun siap ada adegan kissing2 lagi.. dah kuar iklan2 yg tak sepatutnya huhu.. dah puas cari semula kartun tu kat play store untuk uninstall tp takde.. boleh tolong ajar mcm mana nk buat lg?
BalasPadamtuan dah keluar tajuk, apa kata buka soalan dalam subforum, insyallah saay jawab
Padamsalam,g-tab p1000 saya ada buat root,saya ada ubah untuk tukar theme,setelah reboot ianya menjadi bootloop,then saya try clockwork recovery mod dan wipe data/factory reset.setelah reboot ianya tetap sama.berkali2,saya cuba dan ianya tetap sama .akibat terlampau geram saya format semua data/cache/SD.Dan sekarang,tablet saya hanya memaparkan startup sahaja dan tiada aktiviti lain,apakah yg harus saya lakukan.ASAP coz ini lah nyawa saya.wasalam
BalasPadamwsalam, jika ada clockwork mod recovery pernah tak dulu buat nandroid backup, jika pernah cuba restore semula, nandroid ni backup ni macam "system restore" pada windows, jika pernah buat backup sebelum flash rom (firmware) lain maka ada peluang utk kembali ke rom asal,
Padamjika tidak pasti baca artikel
http://forum.xda-developers.com/showthread.php?t=1133590
tablet tu dalam kategori softbrick, baca bahagaian "softbrick", jika ada soalan lagi boleh buka soalan dalam subforum utk perbincangan lanjut,
Salam semua...
BalasPadammember saya baru sahaja pakai Note2 Clone
Saya nak bertanya kepada yang lebih pakar & sudah lama pakai Note2 Clone.dia punye spec hp nie,internal storage dia tertulis 12gb,tapi bila tengok di page storage
Apps : 92.36mb
Available : 406mb
Ini bermakna storage tidak mencecah 12gb.kalu betol kira 1gb pun tidak sampai.bila dia tanye kepada org yg mnjual,dia ckp maybe telah di hack jadi 2gb.kalu nak kepastian dia suruh member saya ROOT.
Ada sapa2 tahu & pandai menyelesaikan mslh ini
Harap dapat membantu kawan saya
kalau ok nak sambar gak sebijik
klon bukan saja menipu dari segi penampilan sehingga ke perkakasan dalaman, proses root yg penjual maksukan supaya buat partition pada kad memori sebagai kesinambungan memori dalaman,
Padamnasihat saya belilah jenama yg murah dari membeli klon,
Aslmkum sya nak tnye..mcm mane nak padam akaun gmail y lame enh sbb akaun y lama xingat pasword..pastu bila nk on9 akan kua warning sign in error tuk akaun y lama..nak update sume xleh..skunk da wat akaun baru tp still xleh nak update application..tlg bantu
BalasPadamsoalan luar topik ni,
Padammohon postkan dalam subforum untuk jawapan selanjutnya
assalamualaikaum.... mcm mana nak masuk recovery untuk tablet i-pro 3... nak tekan butang ape ?
BalasPadamcuba tengok website pengeluar tablet i pro, kalau brand macam ainol tekan & tahan butang vol- DAN power serentak semasa shutdown
Padamsaya nak tanye, saya terlupa password pin number key lock hp saya. jadi macam mana saya nak selesaikan masalah ni ye?
BalasPadamjenis hp ALCATEL ONE TOUCH GLORY 2S.. ASAP :(
boleh reset pattern tapi dengan cara ADB
Padamataupun jalan terakhir format melalui recovery,
baca format melalaui recovery & artikel ADB
salam bro..saya nyer hdset samsung galaxy s..lepas reset die still keluar lambang je..mcm mane erk
BalasPadamreset yg mana satu ? melalui tetapan atau melalui recovery ? cuba "wipe data" melalui recovery
Padamsalam,nak tnya la klw kite reset ot buat backup nie,gambar2 smua akn hilang ke??
BalasPadamtak faham soalan dengan soalan .... \0/
Padamsalam..cmna nk wat ek..lock pattern sya dh kena block sbb bnyak kali draw..cmna nk buat ha..?? harap dpt tlg yg mna twu ek..please..
BalasPadamboleh reset pattern tapi dengan cara ADB
Padamataupun jalan terakhir format melalui recovery,
baca format melalui recovery & artikel ADB
salam...gt p1000 sy tak detect sim card. nak buat ape? TQ
BalasPadamTab ni guna custom rom ke official rom ?
Padamsalam sy nk tye..slps sy buat factory reset... gambr logo msih brulang ulang...tidak dpt nk msuk ke home screen.. bagaimana ye??? tolong la sy.. sy gne samsung ace.. tq
BalasPadamwsalam ,format dengan kaedah mana yga ? ada cuba format melalui recovery tak ?
Padamsalam, saya guna Samsung galaxy advance yang androidnye sudah di upgrade ke 4.1.2 jelly bean. Kalau saya buat Factory data reset, adakah telepon saya akan kembali ke android yang lama?
BalasPadamtidak, factory reset tidak memadamkan versi Android terbaru
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamas salam saya nak bertanya ttg cara nak reset data pada smart tab yg terkunci..kerana tersilap masuk pattern,tab saya ada meminta akaun google,saya telah memasukkan password google tp invalid..bila saya menggunakan pada laptop akaun n passwaord boleh digunakan cuma pada tab jer password tdk dpt digunakan..kerana still unlock..tlg bantu saya mcm mana nak reset smart tab tersebut...terima kasih
BalasPadammungkin sebabnya suis internet pada tetapan ditutup, jika tuan puteri tak tutup wifi pergi kemana tempat yg pernah guna wifi & signin gmail (pada peranti) semula ditempat tu
Padamas salam. sy pengguna samsung galaxy ace plus s7500.
BalasPadamnak tanya mcm mane nak edit gmbr dlm gallery yer? sbb sy cari2 xde pn function nye.. maaf sekalian
wsalam
Padamuntuk sunting gambar kepada efek yg lain boleh cuba aplikasi picsay atau pixel express,
Salam, sy baru upgrade android jellybean 4.1.2 pd xperia TX.
BalasPadamMasalah berbangkit adalah sy xbleh guna sambungan wifi. sy sudah mencuba beberapa kali connect to network tp hasil hanyalah saved,secured with WEP tanpa connection.utk makluman, sy guna wifi ini (wimax P1) utk upgrade android jellybean menggunakan hp tanpa melalui Sony PC companion.Utk wifi lain yg telah set auto connection pula tiada masalah.
1.adakah factory reset sudah memadai utk betulkan wifi connection?
2.sy xingt password akaun google di hp,bolehkah sy daftar akaun google baru apabila selesai factory reset?
Tq
kalau wifi tempat lain boleh guna, bermakna tiada masalah firmware, kemungkinan tetapan wifi wimax mungkin perlu secara manual,
Padamdalam hal bukan salah firmware cuba padam tetapan wifi (pilih forget), sambung semula, dan cuba pila wifi wimax pada peranti utk sahkan sambungan tu ok ke tidak
jika lupa password di homescreen, cuba dulu signin melalui laman gmail, sebabnya akaun tu mungkin menyimpan contacts dari phone memory, jika tidak kenalah format balik dan buat akaun baru
saya da cuba byk kali forget network n sambung n hasilnya sekejap je connecting pastu saved, secured with WEP tanpa connect pun.maksudnya saya kna reset blk ke wifi wimax tu?
Padamsaya da cuba signin tp tetap xbtul password.tp saya da copy contact ke sd card..
saya tak rasa wifi Android tu yg bermasalah, cuba pinjam dulu Android kawan ke utk cuba masuk wimax tu dulu, boleh ke tidak, kalau android kawan tu boleh masuk wimaz , baru format android sendiri
PadamSaya penguna Samsung Tab GT-P1000 & tiba2 semalam tab saya tak boleh on ke home screen macam hang kang perkataaan SAMSUNG je tak masuk...just now i buat factory format & keluar -E:format_volume" rfs format failed on /dev/block/mmcblkOp2 (red wording) lps tu saya reboot..masih sama jugak.macam mana ni ye...dah jahanam terus ke ni
BalasPadamsaya rasa Tab Elys menggunakan custom rom, banyak kes sama berlaku sebab menggunakan rom tidak rasmi / unofficial,
Padamjika boleh masuk recovery flash semula stock rom
recovery flash tu kat mana?i lansung tak dapat masuk home screen..kat black screen je ada 4 je yg boleh select :1)reboot system now 2)apply update from sdcard 3)wipe date/factory reset & 4)wipe cache partition...
BalasPadamcuba wire data & wipe cache partition, lepas tu reboot
Padamsalam sy da mslh yg sm gak dgn asry..mcm mn nk cr recover flash juz ada 4 tu ja...sbnrnya sy upgrade fon mini gt-s5570 ke jellybean 4.1.2..smua toturial sy dah ikut tp xleh funtion lps reboot..lps restart juz tmbul lmbg samsung tu ja..byk kali sy cb tp hsil yg sm gak...mcm mn nk atasi...
BalasPadammodel tu tiada upgrade rasmi jelly bean, macam mana boleh dapat JB ?
Padamrecovery ni ada 2 jenis, yg stock ada 4/5 baris,
BalasPadamyg diubahsuai dipanggil clockworkmod recovery, alternatif utk pemilihan firmware, boleh gunakan Samsung Kies
klu dah bt smua 2 fon standart blk ka..smua yg diupgrade hlg ka..selain mggunakan samsung kies mcm mn cara lg..
Padamnampaknya soalan semakin keluar topik,
Padambuka topik khas dalam forum nanti kita cari jalan sama2
salam ,
BalasPadamsaya guna samsung galaxy tab2 7.0 ..tp problem nya tab saya selalu hang .cth;masa tgh dengar lagu ..hang kena tggu smpi habis bateri ,charge baru boleh on balik. masa hang memang x boleh nk power off langsung. camera pun selalu ad prob ,mcm x boleh nk detect imej. and prob terbaru skrg x boleh nak buka lock plak even ada bateri .mcm takde lampu screen ,and tak dpt detect tangan sentuh . so,mcm mana nak buat tu yea ?
lepas dah baca artikel diatas cuba buat format penuh,
Padamkalau kita dah buat format tanpa backup adakah boleh..untuk proses restore perlu ke
BalasPadambuat lagi
boleh saja, tiada backup maka tak perlu restore
Padamlau dah format ia akan kuar pe..selepas tu..adakah masuk screen mcm biasa..
BalasPadamsepatutnya masuk macam biasa,
PadamLau screen gelap..camne ye help me
BalasPadamutk saya bantu sila berikan model lanjut, & firmware terdahulu
PadamTab 2 7.0..tiba2 je gelap..tp cas ada bunyi,sy ingat bateri abis,try on gelap apa pon x nampak
Padammasa nak bukak galaxy s i9000 sy trsangkut kt logo samsung anycall tapi bukanny logo samsung "jenama"...mcm mne erkkk??masalah ni terjadi selpas sy format ,wipe di recovery ..n lpas tu masuk recovery mode pun xblh....
BalasPadamcabut bateri dulu, lepas tu buat langkah "Format kombinasi butang khas" tetap jugak tidak berhasil.. msih jgak sangkut di logo samsung anycall..mohon bantu,,, :'(
masa nak bukak galaxy s i9000 sy trsangkut kt logo samsung anycall tapi bukanny logo samsung "jenama" seprti yg terjadi masalah2 yg atas...mcm mne erk??masalah ni terjadi selpas sy format ,wipe di recovery ..n lpas tu masuk recovery mode pun xblh....
BalasPadamcabut bateri dulu, lepas tu buat langkah "Format kombinasi butang khas" tetap jugak tidak berhasil.. msih jgak sangkut di logo samsung anycall..mohon bantu,,, :'(
hmm, banyak pulak problem Samsung sangkut selepas format, ... dalam recovery mode ada tak bertajuk clockwork mod recovery ? saya suspek rom failure ni sebab custom rom atau firmware yg diubahsuai
PadamDah reboot smsg Y, tapi kenapa still hang keluar logo saja bile masukkan semula simcard. ? Bila keluarkan simcard hp nampak ok je.. Kenapa.?
BalasPadamdah cuba masuk simkad yg lain ? cuba format cara recovery mode
Padamsalam bro..nak tanya lah..kawan ade root hpon..lpas tu kwn tuka font dia..biase xde mslh..yg jd mslh kwn gune font roman lpas tu dia hang..bile kwn nk tukr stndrt balik x boleh tetap hang..kwn unroot balik tukr font pon x bleh hang juga..jd skrg font roman tu dh jd kekal nk akses aplikasi atau game susah dia jadi hang..jd x support lahh..boleh ke tlg..email delak45@gmail.com
BalasPadamgunakan subforum yg ada, kita cuba cari jalan dalam tu
Padamsubforum kat mane?
BalasPadamkat atas sinun , buat post baru dalam tu
Padamx ingat la plak ad clockwork mod recovery tu ke x..kalau dah masalah rom failure ,nk buat mcm mne ye?
BalasPadambila ada clockwork mod recovery bermakna rom / firmware sudah diubah suai/ root, ini mungkin kesan sampingan semasa format melalui Android, jika tak boleh format melalaui recovery cari stock rom SEA untuk model tu,
Padamtapi bila ada recovery proses flashing semakin mudah, rom dalam format *.zip, jalan lain cuba gunakan Samsung Kies
Slm..maaf sy nk tanya..lps sy update firmware S3 sy,bile charging die dh mula ambil masa yg sgt lama utk fully charged..ade org suruh sy buat factory reset..tp adakah masalah charging ni blh selesai klu sy buat factory reset ni?
BalasPadamHarap dpt membantu.. Terima kasih..
format 'adalah perlu' setiap kali upgrade firmware baru, semak perenggan 2
Padamsalam bro,
BalasPadamtablet samsun 7,7 saya terkunci karena terlalu banyak memasukkan pattern yang salh sehingga harus masuk ke gmail..sedangkan saya lupa account gmail saya dan passwordnya..
tolong amat sangat dibantu untuk cara membuka tanpa harus menginstall :(
terimakasih :)
untuk reset pattern lihat artikel "USB debugging", tapi tak semua boleh buat reset pattern
Padamsaya telah membeli tablet china jenama ampe A78 yang boleh buat panggilan...masalah yang berlaku adalah terpapar " invalid imie" sebelum unlock screen dan tidak boleh buat panggilan walaupun ada signal dari celcom. bila saya cek status tertulis "unknown imie" dan no roaming...ada cara penyelesaian tak?
BalasPadambarangkali pengeluar Ampe tidak mendapatkan lesen sah utk menggunakan kod IMEI, mungkin IMEI tu salah atau disenarai hitam
Padammemang tiada penyelesaian jika menggunakan IMEI, sebab telco akan scan no ni sebelum aktifkan talian
salam bro mie mohd.
BalasPadamsaya nak clearkan internal memory, downnload, install and uninstall la mana2 software yang boleh clearkan. last2 macam mana tah ada push ads dalam bentuk icon dekat saya punya desktop android tu. sekarang ni perlu tak saya format android saya ni sebab saya dah try scan guna ads detector tu pun dia tak dapat settlekan.
saya guna android alcatel yang skmm digi tu. saya risau lepas format tak boleh masuk pulak sebab dia lock phone tu untuk digi je. harap2 bro boleh bagi pandangan.
tak perlu format, uninstall program satu persatu, dan gunakan SD maid untuk bersihkan temporary data & cache data.
BalasPadamtapi apps yang saya install sampai icon tu boleh ada saya dah uninstall. tapi icon tu still ada. saya dah delete pun dia still muncul balik. pening juga memikirnya. haha.
Padamlihat ni,
Padamhttp://android-dan-saya.blogspot.com/2011/12/penting-iklan-airpush-di-menubar-cara.html
saya nk pindahkan video dr telepon ke memori kad..pastu hilang suma video...huhuuhuhuhu...nape ek??bila mskn memori kad ,ada sesetengah pic jd blur...huhuhuuu...samsung galaxy mini..
BalasPadamLihat artikel saya berkenaan pemndahan fail
PadamSkrin tab 2 7.0 saya tiba2 gelap,,sy ingat bateri abis,sy cas ada bunyi.tapi gelap apa pon x nampak huhuhu...apa masalah nye,help me plzzz
BalasPadamtunggu hingga vateri habis, cas semula, jika dapat buka bunga program terakhir yg mungkin menggangu sistem
Padamsalam bro mie mohd..
BalasPadammasalah saya disini..saya memiliki samsung galaxy tab 2 7.0, saya sudah format dari version 4.0.4 ke version ke 4.1.2, selepas format screen capture di hp xde,,hilang terus,,so kenapa boleh jadi begitu..
fungsi itu masih ada cuma caranyanay ditukar dengan kombinasi butang,
Padamtekan butang bawah & power serentak
klu nak dapatkan icon screen capture semula pada screen tab 2, boleh x,,seperti asal, selain kombinasi butang..?
Padamrasanya dah tak boleh,
Padamcuba download screenshot dari Playstore untuk pintasan mudah
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamsy guna hp samsung galaxy ace plus...hp sy selalu auto restart bila hantar kedai diaorg kata application..so bila dh betol kan dekat sebulan kna tahan hp tu..skung bru dpt semula tp x sampai 24 jam hp tu auto restart dekat 5 kali..kenapa ya??
BalasPadamhantar semula lagi, tak kira set AP pun ini adalah tanggungjawab penjual,
Padamsaudara mie..saya dah cuba download screen shot dari playstore..tapi application x boleh buka..dan dia minta root...saya cuba download root pon x boleh...sy pernah pergi kedai hp bertanya..kedai hp minta rm80 utk masukkan root dan saya rasa upah terlalu mahal..so saya biarkan dl..maklumla..sy dilabuan..disini apa yang ada..susah..itu sy minta pendapat bro mie..
BalasPadamada program screenshot yg tak perlukan,
Padamhttps://play.google.com/store/apps/details?id=com.androidscreenshotapptool.free&feature=search_result#?t=W251bGwsMSwxLDEsImNvbS5hbmRyb2lkc2NyZWVuc2hvdGFwcHRvb2wuZnJlZSJd
bos..mcm mna nak repair baseband n imei unknown? fon sy samsung galaxy i9000..
BalasPadamhttp://forum.xda-developers.com/showthread.php?t=1978069
Padamtab sy tiba2..tk leh nk open video..gelap je..tp dia tetap jalan mcm biasa kat bwh tu..suara pun tk ad..knp jadi mcm tu ye..ad sesiapa tau tak..ASAP..tq
BalasPadamvideo tu mungkion formatnya tidak boleh dibaca dengan baik, tutup dan biarkan bateri habis sendiri, kemudian guna pemain video lain sperti Dice Player, Mx Player
Padambro....mnx tolong...nset android sya tba2 hilang notification bar kt bhgian ats y ad lambang bateri,wifi,blutooth tu..sya xbleh nk tgk btri sya bnyak mna lg..huhu tlg sya bro...
BalasPadamcuba ingat program terakhir yg dimasukkan, cuba buang dan tengok hasil
PadamSalam..sy punya galaxy tab 2 7.0 yg limited editon, wrne merah.. 1 je yg mrunsingkn sy skrg nie.knape tab sy xde screen capture mcm tab yg lain?huhuhu.. pelik laa sy.
BalasPadamada banyak lagi aplikasi penangkap skrin yg boleh muat turun dari Playstore
Padamwoy klo ngereset tablet tiger x-1 gmna y
BalasPadambanyak tablet buatan china tiada support page,
Padammaaf ya saya pun tidak tahu kerana tiada sumber atau sokongan selepas belian
sy tersilap format sistem utk htc one v..nk reboot balik,dye ckp os x install..cmne ni? ape kne bt?
BalasPadamadakah cara format seperti yg ditunjukkan diatas ?
Padamsalam..saya dah format.selepas on saya masukkan memory card tapi xda apa2.nak buka gamba pun xda.blh mie bantu saya.syukran..
BalasPadambarangkali gambar2 tu terformat sekali, gunakan dulu kad reader utk dapatkan semula data kad memori
Padamsyukran mie.saya nak tanya pas saya format playstore dh xda kt dlm hp.mcm mana saya nak dptkan blk ye.
Padam1- muat turun es file explorer,
Padam2- muat turun playstore dalam bentuk apk (android installer) disini
http://www.androidpolice.com/2013/04/25/download-latest-google-play-store-4-0-27/
3-install fail *.apk tadi dengan es explorer
untuk jawapan lanjut buat soalan dalam subforum . insyallah saya bantu
As salam..
BalasPadammintak tolong saudara..aku ada galaxy s 19000..tapi atas ketidak cerdikkan aku..aku dah buat baseband dan imei aku hilang..so aku tak bleh buat call..atau mesej..macam mana aku nak selesai kan masalah ni..boleh mintak tolong ajar??
mohon buka soalan luar topik di subforum
PadamSalam...nak tnya...Tablet P1000 sy xleh nk swap masuk kt home..mcm mn nk buat yer...
BalasPadamsemasa dalam keadaan tutup (off) ; hidupkan dengan tekan & tahan butang
Padamkuasa+suara (volume + atau -),
http://www.youtube.com/watch?v=aPJa47cDKrA
pilih format data
nk tanya,tab sy rosak sbb forgot pasword,pas tu die suroh msukkan email.pastu saya masukkan email tapi x leh la
BalasPadammaklumat lanjut nama, model, os terakhir
Padamsaye dh try wt reset.. tp ble nk tkan "reboot system now" tu xboleh nk tkan.. dh try berulang kali tp ttap sme gak.. cm ne erk??
Padamtuan but cara yg mana satu ?
Padamsalam..nk tye,hp sy tetiba off.bila start kluar logo samsung je.sy dah tkan 3 buttn utk reset mmg ada kluar logo android,lps tu hilang.bila sy buat lg skali da x blh.skrin x kluar ape2..dia off sndiri.da x blh on lg.sy gne samsung galaxy note 1.
BalasPadamkombinasi butang mungkin salah, lihat rujukan laman web yg diberi , sebab lain mungkin hard brick, maka ia perlu servis
Padamsalam, macam mana nak buat kalau samsung galaxy tab 10.1 saya keluar unfortunately, messaging has stopped. begitu juga whatsapp dan Contacts.. saya dh clear chache.. restart tab..tp masih x boleh.. adakah saya perlu klik factory and reset?
BalasPadamjika ia pernah dikemaskini upgrade kepada versi android baru, disyor format
PadamTak,tablet sy x pernah upgrad ke version baru. Masa beli mmg 4.0.4...jd apa perlu sylakukn? Klik factory n reset kah?
BalasPadamberpandukan tutorial ni ,
Padamhttp://android-dan-saya.blogspot.com/2011/11/tips-membuang-atau-memindahkan-program.html
pilih All Program, cari messaging (ikon sms) clear data untuk format sms,
lepas tu mesej sms akan dibersihkan
Salam..sya ingin bertnya sedit iaitu bgaimna sya boleh dpat kmbali google settings yg warna hijau itu selpas format yer..tolong sya atasi mslh ini
BalasPadamcuba muat turun Google plus, restart
Padamnk tnya Samsung Galaxy P1000 boleh upgrade sampai android version brape ek?
BalasPadamsecara rasmi Samsung cuma sokong Android 2.3 Gingerbread , custom firmware membolehkan Android 4 ICS & Jelly Bean diguna tetapi ada bugs sana-sini (ni memang normal dalam pembangunan Android)
PadamDa upgrade .. pas tu tlupa nak install googleplay .. pas tu nak recovery blek xble da .. knpa ek .. tlg blas
BalasPadamGoogle play boleh dimuat turun secara manual dalam bentuk Android installer (APK) ,
Padamhttp://www.androidpolice.com/2013/04/25/download-latest-google-play-store-4-0-27/
install dengan applikasi "File manager"
macm mana nak format kalau lupe pasword ... seingat sy .. sy x letak pasword pun dekat format data setting tu ..
BalasPadam-- sony erricson xperia play
caranya ada ditunjukkan dalam laman hard reset (lihat link)
PadamSaya ade tab china set..problem too many attemp..
BalasPadammacam mana nak format?username dan password gmail dah tak ingat..saya tekan v+ and power robot android keluar tapi bukan ke recovery...robot sahaja yg keluar..saya nak format terus..boleh tunjuk jalan?
terima kasih
Model apa? Kombinasi butangnya mungkin lain cuba vol- pulak
PadamTerbaik. Artikel menyeluruh, lengkap dan sangat berguna.
BalasPadamsama2 tuan,
PadamSalam.. sy ade mslah bile sy masukan sim celcom dlm hp coverage ade tp xle nk buat call @ sms, trima pun xbole.. tp klu masuk kat hp lain bole. hp 2 klu masukan sim digi,maxis bole plak.. ape mslah die eh.. n nk buat cmnr..
BalasPadamdah cuba kad sim lain pada telefon ? dah format ke belum ? sebelum format kene macam ni ke ?
Padamassalam..sy ada masalah kat android ni..dah buat cara kat atas,,,tp..bila die boot..cuma lambang samsung je kluar sampai habis bateri..acano ni..
BalasPadamsebelum format lagi ke dah tersangkut di logo tu ?
Padam