Artikel ini membincangkan perbezaan model set tulen dan palsu. Jika para pembaca mahukan perbezaan lebih lanjut sila baca artikel ;
Kemaskini akhir pada 07-03-13
Berita lambakan Android Samsung Galaxy S3/ SIII palsu telahpun dikesan sebelum pelancaran. Ini agak membimbangkan kerana model palsu yg dijual telah disalahertikan sebagai yg tulen (original). Tujuan topik ini bukanlah untuk memburukkan mana pihak penjual tetapi bertujuan bagi kesedaran & pengetahuan pengguna.
Kemaskini akhir pada 07-03-13
Berita lambakan Android Samsung Galaxy S3/ SIII palsu telahpun dikesan sebelum pelancaran. Ini agak membimbangkan kerana model palsu yg dijual telah disalahertikan sebagai yg tulen (original). Tujuan topik ini bukanlah untuk memburukkan mana pihak penjual tetapi bertujuan bagi kesedaran & pengetahuan pengguna.
Pengarang mengesyorkan supaya sebelum membeli, meluangkan masa membaca review Galaxy SIII/ S3. Tidak membaca review adalah kecuaian pertama dalam membeli telefon pintar, jadi sebelum anda membeli, kenali dahulu spesifikasi & kualiti binaan menerusi bacaan reviu & youtube.
Berikut antara spesikifasi terpenting yg dipetik dari lawan web GSMarena.com
Skrin sentuh 4.8 inci dengan Super AMOLED HD,
Skrin Gorrila Glass 2, dengan resolusi skrin 720*1280
Kelajuan CPU 1.4Ghz
4-teras (Quad CORE) Cortex Arm 9
CPU model Exynos 4412
Pemecut grafik model Mali400
Kapasiti
Memori dalaman 16/32/64
Sokongan kad memori Micro SD
Bateri 2100mah
Kamera 8 Megapiksel
kemaskini pada 05-02-13
Maklumat tetapan pada peranti asli mempunyai catatan Model number GT-I9300, sebelum membuat pembayaran, lihat maklumat ini terlebih dahulu
Tetapan (Settings) > Mengenai Telefon (About Phone)
Terlebih dahulu kita beri tumpuan pada 4 gambar yg dipetik dari gsmarena.com. Ini ialah model Samsung Galaxy SIII yg tulen/ original
Samsung Galaxy S3
perhatikan pada ruang keypad
model ini menggunakan batteri berkapsiti 2100mAh. Satu SIM sahaja
kemaskini pada 12-12-12
Ujian Aplikasi Benchmark
Berikut ialah susunan markah yg diperolehi dari engadget.com
Nota : Keputusan ujian sentiasa berbeza2, walaubagaimanapun jarak (margin) perbezaan markah tidak ketara. Sekiranya berlaku pengurangan markah atau perbezaan yg terlalu ketara, peranti yg diuji bermungkinan bermasalah atau bukan tulen.
Ini ialah model palsu pertama tersebar melalui Engadget pada Julai 2012.
Model ini dikenali sebagai HDC Galaxy S3, Berskrin 4.7'. Tetapi menggunakan kuasa CPU 1Ghz dengan RAM yg agak rendah; 512Mb RAM. Dari segi kosmetik hampir sama tetapi mempunyai lebih ketebalan dari model original Samsung Galaxy S3 dan tiada logo SAMSUNG.
Lihat video youtube dibawah yg diulas daripada Technobuffalo. Dari pengamatan video ini pula ciri2 fizikal hampir hampir tidak boleh dibezakan ! hanya selepas membuka panel bateri jenama yg dikesan ialah bernama "Sunsang". Sekiranya batteri pun bernama Samsung maka semakin sukar dibezakan pembeli biasa.
penciplakan terhebat
Sekarang lihat pula pembezaan palsu dari segi sticker pembungkusan. Gambar ini dikirim khas dari teman pengarang yg juga seorang otai gajet
Samsung Galaxy S3 original ialah di sebelah kiri, manakala kedua2 model dari gambar kanan ialah model palsu. Jika diperhatikan perkataan "HD AMOLED" diubah kepada "HD OLED". Pada model palsu juga tidak dinyatakan mempunyai label NFC (near field communication)
rekabentuk logo & font type yg meragukan
kadar batteri pula 1850 mAh, model asal menggunakan 2100 mAh
Ini pula dari model palsu yg lain dari laman web jualan. Kualiti kotak pembungkusan pun dah menampakkan kepalsuan.
ruang yg agak "luas" pada ruang keypad
kedudukan simcard dan kad memori berbeza
Logo kelihatan murah
kemaskini pada 07-03-13
Contoh model palsu terbaru , kedudukan memori kad dan kad sim berbeza dari kedudukan asal
Video youtube oleh NegriElectronics
Kesimpulan
Walaupun dari segi fizikal hampir sama, struktur binaan sangat berbeza. Model palsu tidak boleh menggunakan official ROM atau firmware rasmi Samsung bagi tujuan mendapatkan sokongan update di kemudian hari. Peluang untuk menggunakan custom rom seperti Cynogen & AOKP rom juga tipis. Model2 tiruan ini dijangka tidak mempunyai update dan kekal dengan firmware sedia ada ini kerana tiada mana pengeluar tiruan yg berani atau sanggup memberi update Android kepada versi baru.
Jadi jangan berputih mata dengan membeli peranti tiruan yg mungkin menyebabkan anda keseorangan mendapatkan bantuan. Fikir-fikirkan :-)
kemaskini akhir pada 07-03-13
trima ksh bro...skrg ni baru thu ape beze s111 clone ngan ori...patutla harga murah gler dr yg ori..
BalasPadamsama2, murah bersebab tu ...
Padamohhhh cam tu hahahahah....!!!!
Padamgood review bro!!~ haha,,baru aku tao bezenye..nassib baek xbli..kihkihkih..harge s3 clone ney dlm 760++ mcm tuh..
BalasPadamS3 original takkan dapat semurah tu @.@
Padamrm600 pon ad..dkt mall GM...hihi
Padamkat jln pasar rm600++ s3 yg clone...dasat sungguh depa ni..ape pun..beli ORI..berbaloi2..bro mie,bro pkai tablet, hp jname ape..
BalasPadamkalau beli klon murah takpe, kalao bayar penuh macam ori tertipu rasaymya, saya guna Motorola Xoom sekarang, Nexus7 tengah repair ...
Padamok x motorola xoom?..perfomance?..nexus7 pe rosak..xsilap br je lauch tu..
PadamXoom guna Tegra2, spesifikasi masih memadai, kualiti pun bagus. Nexus 7 spesifikasi pun baik, tapi ada masalah remeh pada part, kualiti speaker kurang baik, bunyi pecah
Padamlast time gi pasar karat...ade mamat open table tepi jalan jual s3 tiruan just rm250 aje...huhuhuhu
BalasPadamApelah isi dalam S3 tiruan tu? Kat pasaran mesti ramai penjual yg markup lebih..
Padamda yang terbaru..klon sebijik sama.. https://www.facebook.com/HPKlonTerbaik?fref=ts
BalasPadammcmne nk beza?adess..
Maklumat jualan ade tulis"How to root MTK 6xxxx chipset", Galaxy Note yg asli guna Exynous, maka ia palsu
Padamsalam. nak tanya. kawan saya baru beli smartphone samsung. tapi bila di belek2 rupanya bukan ori. kawan saya beli secondhand tapi penjual tak cakap pula tak ori nye set. tapi kat resit dy tulis (NOTORI) kawan saya pun tak perasan. Tapi masa beli penjual tak cakap pun tak ori. kawan saya beli S3 RM800 yg dia ingat secondhand. Masalah sekarang apa tindakan yg boleh kawan saya ambil? Sebab handphone tu sebiji macam original siap dengan logo sekali. Boleh buat report polis tak? sebab dah menipu pengguna. dan setahu saya kalau barang copy pn tak ley copy jenama. sebab tu dah termasuk dalam kesalahan hak cipta. dan macam mana nak report kat samsung Malaysia? sebab kat webpage dia macam tak ley nk wat aduan je.. mohon pendapat dari mana2 pihak. tq.
BalasPadamMemandangkan label "not ori" dicatat pada ada resit agak susah membuat tuntutan yg seharusnya dibaca sebelum pembayaran, penjual menggunakan helah seolah2 ap branded, tetapi ap tiruan sebenarnya, saya mencadangkan supaya pergi semula membuat pemulangan wang jika mereka menolak tukar ke model yg lain.
PadamJalan terakhir ialah membuat aduan tribunal & melaporkan pemalsuan produk.
s3 clone rm350 da bleh dapat note 2 rm500 bentuk fizikal luaran mmg sama cuma dalaman berbeza.
BalasPadamserupa tapi tidak sama, pembeli mesti mendapatkan maklumat specs penuh sebelum membeli,
Padambapak saye beli rm230 dia ckap ori saya thu fake kahkahkah gila la dia beli samsung s3 2bijik! lagi saya naik sawan note pulak rm350 fake pulak tu... arrr...
BalasPadamwah... mendengar harganya pun boleh naik sawan, hehehe,
Padamblogger memaparkan S3 yang jelas nampak tiruan.... kini ada S3 yang tiada perbeza ketara... pendek kata sama 100%....malah telah diakui penjual telefon samsung sendiri...
BalasPadamPembeli perlu ajukan sedikit soalan teknikal seperti model cpu, jangan beli pada penjual yg tidak pasti, peniaga yg tidak boleh membezakan ialah menipu sebenarnya, survey saya kebanyakan penjual yg tidak pasti ' enggan membuat perbezaan ialah kalangan penipu,
Padamsaya baru beli samsung galaxy s3,harga 1450..mcmane saya nk tahu phone saya tu ori atau clone sebab ader orng kata phone samsung made in korea by samsung ialah phone clone @ senang cite phone pakai buang..dan mcmaner saya nk check pkone saya tu ori ke tidak
BalasPadamSemak model id dalam setting > about,
Padamda check,model gt-i9300,android version 4.1.3...tp mcmaner nk tau yg phone aku nie ori atau klon
Padamlihat artikel terbaru mengenai semakan IMEI secara online
Padammcmane saya nk check secara on9 yerk
PadamPenjual klon akan kata klon n deal ngan pmbeli ok set apa masalahnye. Yg masalah klon dikatakn ori. Beza ori n klon budak tadika pon tau beza
BalasPadamkesian yg jahil pasal henpon sama ngan tahap budak tadika =( , hehe
Padamsebab itulah pemilik 'smart'phone mesti lebih pintar dari telefonnya,
baik saya beli zte atau ninetology %100original
BalasPadamsenang tadak sape nak tiru abis cite
lebih kurang juga spec dia nak bagus pun ada
kalau penjual tu tipu belasah je dia abis cite... peduli apa lagi duit dah burn banyak tu je cara die.. duit pun da habis dia peduli apa! dia dia nk untung je huh!! "sory bro.. emo sikit.."
setuju juga,
Padamada jenama 'rebrand' mempunyai laman web bagi tujuan software update & recovery, ini kira lebih baik dari membeli telefon tiruan yg belum tentu ada laman web bagi tujuan update
hi bro nak tanya sket.. ble tak bagi 1 guide utk ap set galaxy sII ap set n ori. 1 lagi china set adakah entitle untuk mengunakan software playstore ? sebab ap set yang member nak jual ni ada software playstore juga.. please respon asap
BalasPadam1-sila semak pada bahagian artikel untuk artikel terbaru utk membezakan set original dan ap,
Padam2-selagi ia menggunakan sistem android, telefon tiruan pun boleh muat turun aplikasi & games dari Google Playstore, tapi ... agak terhad sebab specs yg berlainan.
Salam tuan,
BalasPadamSaya amat tertarik dgn kewujudan blog android berbahasa melayu yg begitu berguna utk android user seperti saya. Saya adalah antara pengguna phone android terawal (zaman Eclair - Froyo) dan masih menggunakan android hingga kini (JB cynogenmod). Masalah phone tiruan dari China bkn setakat brand Samsung shj malah melibatkn brand HTC dan juga iphone (iphone android?). Rasa pelik juga bila difikirkan mcmana phone tiruan ni boleh masuk ke pasaran tempatan. Bertambah pelik bila tiada tindakan langsung dikenakan ke atas penjual phone tiruan. Saya percaya ribuan org Malaysia dah tertipu dgn phone tiruan ni. Harap dgn adanya blog tuan ni dptlah memberi penjelasan & kupasan yg mendalam tentang wujudnya lambakan phone tiruan dari China ni. cheers!
saya pun sempat guna Android era Eclair, masatu masih gunakan platform Windows Mobile lagi, Lambakan tiruan & palsu ialah kerana dasar keterbukaan atau suapan, ada banyak yg set ditahan kastam tapi ada yg terlepas, memang ramai banyak yg tertipu kerana kepalsuan yg mereka jaja kepada pembeli jahil yg rata2 melayu \o/
Padamapapun objektif utama blog ni untuk kerana blog Android bahasa Melayu sangat ketinggalan berbanding Bahasa Indonesia. terima kasih dengan input tuan =)
bro..cube pegi kat blog ni...try tengok barang dia clone betol dari korea or yang china punya..TQ..http://kedai-gadget-dan-elektronik.blogspot.com/2013/01/samsung-note-2-n7100.html
BalasPadamwah ,musykil ni o.o
Padamsaya lihat specs hampir sama, markah Antutu benchmark pun tinggi, ntah tepat tidak ni,
tapi kantoi...
cuba lihat kedudukan slot memori kad dengan sim kad , terbalik dari original hehehe =)
ni spec:
BalasPadamPhoneModel:GT N7100(NOTE 2)CLONE ..
Brand:Samsung(antutu)
Cpu Hardware:SMKDK4 X12
Network:Gsm/WCDMA
CPU mODEL:Quad core ARMv7 Processor
Cpu Frequency:1.6ghz
Screen Resolution:720 x 1280
GPU vendor:ARM
GPU Renderer:Mali-400MP
Camera:8mp Back,1.9 front
Android Version:4.1.1 jelly bean
Screen Sizze:5.5 Inci(same like ori)
Screen Descp:Capactive screen,multi touch,
Screen Material:HD SUPPER AMOLED
Camera:LED Flash
Sensor:CMOS
Videospecification:1080p
Memory :2GB
Memory Card:16GB
wifi:support
Gps:Support
Blutooth:Support
screen material
Padamtiruan; HD SUPPER AMOLED
original ; SUPER AMOLED HD
specs lebihk kurang sama, tapi bila diperhatikan pada fizikal dan badan, ADA perbezaannya lebih2 lagi bila buka penutup bateri
so macam mana bro?just nak dapatkan kepastian bro..nanti kesian kat customer lain pulak..TQ bro
BalasPadambro agak2 spec kat atas tu yang ori dari korea ke or barang china?
BalasPadammerujuk soalan yg mana ?
Padamperhatikan pada fizikal dan badan, ADA perbezaannya lebih2 lagi bila buka penutup bateri, jika lokasi slot kad memori & sim tak sama dengan yg ori, maka ia adalah palsu
china punye ade wi-fi tak
BalasPadambiasanya telefon & tablet buatan China ada WIFI,
Padamnak tanya kalo s3 king dari korea ni ori ker?? cuba cek kat link ni bro https://www.facebook.com/photo.php?fbid=636619919698135&set=pb.625318874161573.-2207520000.1362409416&type=3&theater
BalasPadamtiruan ni,
Padamresolusinya saya semak 540x940 tak sama dengan resolusi asal S3 1280x720
Salam, nak mintak pendapat tuan tentang s3 saya ini, http://penselwarnahitamputih.blogspot.com/
BalasPadamsaya nak tanya, betul ke kalau di kotaknya tertulis HD Super Amoled (macam dalam gambar) adalah tiruan?
Ada model tiruan yg lekatkan label HD Amoled, padahal jenis TFT je, tapi bila saya tengok dekat belakang henset tu boleh perasan tiruan /palsu, kedudukan kad memori dan kad sim berlainan dgn rujukan model asal.
Padamtadi saya buat semakan imei model ni .. aneh ni !
Padamhttp://www.imei.info/?imei=353817054073382
Xin post kan screenshot Antutu Benchmark dalam sub forum, nanti saya tolong check sekali
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamSaudara mie mohd, maafkan saya screenshot antutu tu sy pindahkan kembali ke http://penselwarnahitamputih.blogspot.com
Padamsaya terjumpa video ni, belakang dia kedudukan memeori & bateri sama macam model awak
Padamhttp://www.youtube.com/watch?v=0al0Z9xg1wQ
Adakah bgus klo bli note2 dari china? Sy blum bli.. survey..hihi
BalasPadamKlau imei laen dgn m0del 0gin adkah itu brg kl0n cbe jelaskan
BalasPadamsaya tak paham soalan, mohon gunakan bahasa melayu dengan betul
Padams3 clone masuk rom lewa os atau miui..memang terbaik..:)
BalasPadamambil dari forum russia..
http://forum.china-iphone.ru/viewtopic.php?f=46&t=21110&start=740
wah dah ade MIUI & Lewa OS,
Padamcynogen ade tak ?
cyanogenmod belum ada kot...:)
Padamjika berminat untuk lewa os sila2 lah ke forum CG
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=403771
TT thread ni bro sp4rt4@carigold
sebelum tu kena root dan flash CWM
http://galaxy-s3-i9300-mt6575.blogspot.com/
ini blog bro sp4rt4@carigold
Akhirnya ada jugak rom development, tapi bertahan sampai bila agaknya,
Padambro kalau ap set macam mana bro?? kira palsu jugak ke??
BalasPadamlihat artikel Analisis - Perbezaan set Original, AP, Klon dan Recond (Bahagian 1-3)
Padamapa tanda2 s3 original dari kilang samsung?
BalasPadamsusah nak kenal tanda2 original jiak dijual dikedia biasa,
Padamlihat artikel Analisis - Perbezaan set Original, AP, Klon dan Recond (Bahagian 1-3)
klu macam tu baik beli yg clone je jimat 60% dari harga yg asal.. klu beli hausing di mana2 selain dari pengedar samsung tu pun dah tentu beli barang tiruan jugak.. hampir 70% accesories dan spare part adalah tiruan melain kan klu beli pengedar yg sah dan repair di pengedar yg sah..
BalasPadamjangan fikir murah semasa membayar, fikirkan juga khidmat selepas jualan, pengeluar tiruan jual sebab nak untung saja dan tiada khidmat lepas jualan,
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadampenjelasan disini
Padamhttp://android-dan-saya.blogspot.com/2013/02/tutorial-periksa-ketulenan-dengan.html
Salam encik blogger.
BalasPadamSaya tgh google cari apa perbezaan klon dan ori kemudian nampak blog kamu yg agak menarik ni.
Kawan saya ada membeli s3 baru2 ni di Srawak...rm1700++... bila saya pegang entah kenapa saya rasa macam klon punya fon dia beli...sbb saya pernah pegang dan belek s3 yg klon ni...camera dia tak.cantik bila snap photo...dia baru je beli...saya nak bgtau dia pun segan sbb kang dia marah pulak.taktau nak buat camna lagi skrg...
bagi link biar dia yg baca, =)
PadamNak tnya.blh terang kan pasal ap set x?untong x kalau beli?
BalasPadamjawapanya ada di artikel
PadamAnalisis - Perbezaan set Original, AP, Klon dan Recond (Bahagian 1,2&3)
beze ke s3 mini ori dgn clone?
BalasPadamdah ada juga s3 mini yg palsu, tapi maklumat tak berapa cukup nak dipostkan lagi, tapi ciri2 palsunya ialah dual sim (yg mana ori satu sim sahaja)
PadamS3 tiruan ni ada apps/game lucah yg tak boleh dipadam,kat setting takde lgsung application manager,padahal s3 sebenar ada
BalasPadamkalau ada akses root mana2 apps boleh dibuang dengan titanium backup atau root explorer
PadamSalam admin saya nk tnye sy bru lpas survey phone s3 second hand , die bkak harga dlm rm800 , lme kelamaan die bg harga paling murah dlm rm650 , kondisi phone mmg mcm original , kalo admin tgk pown sebijik mcm yg artikel di atas , tp persoalan nya sy nk thu kn9e cina kedai handphone tue sggup bg harga smpy rm650 bkn s3 kalo secondhand pown dlm rm1100 ke , harga buat kn sy hairan ,harap admin bole tlng sy sblum sy nk beli phone ni..
BalasPadam"macam original" belum tentu ori, cuba tanya dulu boleh hantar repair kat samsung service center lowyat tak ? kalau dia berdalih makna ia tak boleh dihantar utk repair dan bermakna ia bukan original,
Padamkalau nak AP beli test & cuba ikut petua yg ada, jangan bayar sebelum buat keputusan,
https://www.facebook.com/Travel.Seller cmna dgn link ni bro? boleh pakai tak?
BalasPadamsaya tak yakin dengan specs tersenarai
PadamSaya survey dkat Plaza Alam Sentral shah Alam. 1st s3 rm 1400.katanya ori Saya minta check dia kate ta boleh buka. Sebab samsung kalau dah buka box tak boleh jual. Nak buad camne ? Ade kdai lain bg 1400 juga tapi warranty comsat. Bole pakai ke ??
BalasPadammemang betul selepas bayaran sahaja seal akan dibuka, Comsat ni set AP berjenama, dari segi kualiti servis saya pun tak pasti, cuba google reputasinya
Padamsaja ingin sy maklumkan, skrg ni dah keluar model klon S3 yg performance super hebat...menggunakan cpu MTK6589, quad core...cpu mediatek yg terbaru...dan ram ada yg model 1GB ram dan 2GB ram...harga lebih murah berbanding S3 original...dan performance keseluruhannya, lebih hebat drpd S3 original...kelemahan yg ketara, hanyalah pada NFC, ori ada dan klon xda...dan 1 lg, pada GPS...S3 ori sgt2 cepat lock gps position...yg klon lambat lock...so, user boleh buat pilihan terbaek berdasarkan penggunaan anda :)
BalasPadamsy bercakap disini sebab sy pengkaji fon2 klon dari awal tahun 2012 lagi dan banyak mengikuti perkembangan CPU yg digunakan dan terbukti MTK6589 adalah cpu quad core utk fon klon yg murah dan sgt2 berkualiti :) -sekadar kongsi ilmu-
ia bukan saja soal peningkatan kelajuan atau kualiti binaan,
Padamia soal identiti & kredibiliti, peranti yg mempunyai identiti sendiri boleh diberi peluang berdiri sendiri, peluang membina nama sehingga ia popular dan mempunyai sokongan perkhidmatan selepas jualan,
Ninetology & CSL contohnya menjual produk re-brand dari model terpilih, sekurang2 mereka mempunyai khidmat selepas jualan, baik dari segi jaminan dan upgrade
Kwn sy ad jual phone s3 made in korea .99.99% same dgn ori . 700 rggt . Die ckp brh kastam . Ap pdpt korg
BalasPadamtipuuu...
Padambro ,klau fon smsung s2 AP klon nie bole tukar rom ke ? sbb sy nie dah tkena dah ngan cina dkat prmata complex tu .skrang nie dah pkai slama 5 bulan .stakat nie takde msalah lagi .fon tu skrang guna rom maui .dia pnye cpu pun single core je ,bkan dual core .jdi bro bole tkar ke agak nye rom nie p miui ke ? thanks bro :)
BalasPadamsaya sendiri tak tahu kewujud an custom rom / firmware macam MIUI & Cynogen Mod utk model klon ni, semua keputusan ditangan anda, berhati2 menukar rom, kalau softbrick takpe, tapi kalau hardbrick belum tentu boleh buat pemulihan (restoration),
Padamkalau s3 yg ori berapa harganya????
BalasPadamsaya tidak pasti & boleh memberi harga yg tepat, buka di lelong.com.my ,
Padamcari "Samsung Galaxy S3 SME"
saya beli Samsung Galaxy S3 dekat Gan's Lock-Safe Services & Trading RM 1499 ori ke tak???
BalasPadamtanya penjual tu boleh tak claim warranty kat Samsung center , kalau tidak ia bukan ori, lihat beberapa artikel saya yg lain,
Padamimei masih boleh tipu lagi..
BalasPadam*#06# results sama dgn sticker.. jangan mudah percaya!!
member beli s3 rm1300.00 mati2 seller sumpah AP set.
paling tepat
*#0*# INI ADALAH PALING TEPAT NAK CHECK ORI KE FAKE/CHINA PHONE dan ada setengah seller kata kononnya AP SET.
(AP Set adalah warranty kedai, kiranya macam kereta recond! masih ori tapi 2nd hand. body barru , enjin lama)
Kalau fake phone tak boleh keluar TEST MENU mcm phone ori samsung
saya ada ulas kod rahsia dalam artikel yg kemudian, kod servis ni memang boleh sahkan ketulenan peranti
PadamS3 sya tdak dpat muat turun games dri google play... Tidak dapat dimuat turun akibat ralat.knape?
BalasPadamFail temporary data pada Google Play perlu dibersihkan, lihat artikel force close,
Padamadmin,,,nk tye,,kalo klon punye s3,,blh buat s beam transfer file x??
BalasPadams beam transfer file blh pada yg ori saje kn?
ya, S Beam menggunakan Wifi Direct dengan fungsi NFC, tak perlu hidupkan fungsi bluetooth, kelajuan SBeam membolehkan fail besar dihantar lebih cepat daripada Bluetooth
Padamok...tq...ni nk tye lagi tp out of title la...htc sensation xe bgs x??disadvantages use that phone ape ea?and ape mksd no dedicated camera key?
PadamBoleh utarakan soalan dlm forum yg disediakan, no dedicate camera key tu tiada butang pintas kamera
Padamsalam.saya nak beli hp s3. baget 600 je..ok ke klu beli yg made in korea?
BalasPadammanade S3 semurah tu, baca dulu Artikel ori vs palsu,
PadamSalam,
BalasPadamSaya ada membeli Sony Xperia Z LTE. Selepas saya memeriksa no IMEI di internet didapati sama dengan no IMEI di Xperia Z ini. Tetapi, pada bawah Xperia Z, tertulis "made in China".. adakah set ini ORI?adakah Sony bukak kilang di China?
tentu sekali ada kilang Sony di China
Padamgan,
BalasPadamkalo ciri2 samsung galaxy grand yg palsu kaya gimana??
kasih tw dong..
cz mw beli nih..
agak rumut membezakan Galaxy Grand kerana ia menggunakan dual sim, baca reviu dan kenalpasti kedudukan & saiz bateri, dan tempat menuntut servis waranti
Padamsaya beli model gt n9300,versi kernel 26,35.7.versi android 4,0.3..x faham ini dari buatan mana
BalasPadamia unit palsu, carian saya menyebut model id GT-N9300 juga dikenali "Feiheng GT-N9300"
Padamsaya ada beli samsung s duos GT-S7562 . adakah samsung telah mengeluarkan hp yg mempunyai 2 sim . ? tolong saya . tq
BalasPadammemang ia keluaran rasmi yg menggunakan dwi kad sim
Padamboleh sy tahu apa perbezaan samsung s3 i9305 dgb s3 i9300...mohon penjelasan
BalasPadammodel s3i 9305 mempunyai rangkaian LTE... errr rasa macam dah balas post ni
Padamkalau nk thu ori ke tk cam dekat ne???
BalasPadamtanya penjual tu pusat tuntutan jaminan dimana,
Padamanjir bro.... ati2 sma edaran orang bule gila yg bwa hp batangan sIII gw habis kna tipu minta harga 1300 gw twar 800, stlah gw bli ternyata sIII PALSU.
BalasPadamharga jualan yg tidak masuk akal juga adalah faktor peranti yg dijual tidak jelas keasliannya
PadamThanks infonya ....
BalasPadamhttp://harianandalas.com/
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamOh. cam tu ya THANKS YOU VERY MUCH ..
BalasPadamTerima kasih sudi membaca
Padamhai, saya baru beli sIII minggu lalu. original set. tapi bateri cepat low. lagipun masa saya beli saya ambil yg dbhagian display pnya. Slalunya sIII kalau guna mobile data berapa lama bole tahan baterinya?
BalasPadamceritakan berapa lama tempoh bateri dari pagi 100% ke tahap 50% dan 10%, menggunakan mobile data memang lebih menggunakan kuasa bateri,
Padamsaya belum lagi cuba dari 100% ke 50% tapi apa yang saya prhatikan dalam masa 15-20 minit. 1% akan hilang adakanya ianya normal? sebab saya ada jga brtanya dgn kawan tapi 1% hanya hilang slepas beberapa jam. tapi dia mnggunakan s4.
BalasPadamyg pemerhatian tu tanpa guna mobile data kah?
BalasPadampantau kuasa bateri semasa tanpa internet, buat anggaran sebelah malam dan tengok berapa peratus menurun,
Padamfaktor utama ada aplikasi yg aktif secara background, auto retrieve mungkin dari aplikasi sosial facebook atau iklan games, dah lama ke baru lagi kena camni ?
sye nak tnye sekit lah klo hp cina ni boleh hrap k tak ...& ad tak yg btul2 bleh hrap lh ad tak...he..
BalasPadamAda yg jenama yg berkualiti dari China seperti Xiaomi, Oppo, Vivo & 1+, model yg disebutkan ini bukan klon & mempunyai R&D sendiri,
Padamelakkan membeli klon dengan membaca reviu spesifikasi sebelum membeli,