Khamis, 18 Oktober 2012

Aplikasi Percuma - Pengurusan Dokumen dengan Kingsoft Office Free

Kingsoft Office Free ialah perisian percuma keluaran Kingsoft bagi pengguna yg mahu membuat dokumen dan suntingan format Microsoft Word , Excel & Powerpoint. Pengurusan ini membolehkan dokumen yg disimpan,disunting terus melalui Android pengguna. Ini sangat sesuai jika pengguna yg mahu mengolah kandungan dokumen secara bergerak tanpa perlu menggunakan komputer atau netbook.



Aplikasi ini mempunyai sokongan mengakses kandungan dokumen jenis Microsoft Word, Excel, Powerpoint & Acrobat.  Kingsoft Office juga boleh membuat dokumen baru (new documents)  dari mula untuk memulakan karangan.

Mungkin bagi sesetengah pengguna memandang remeh  hanya sekadar gimik umpama membuat suntingan secara bergerak. Tetapi gimik sebegini bakal menjadi realiti kelak sepertimana fungsi telefon yg dahulunya untuk perhubungan telah ditambah nilai dengan penghantaran mesej sehinggalah mampu menghantar emel



Kingsoft Writers 
Dokumen ini biasa digunakan menerusi Microsoft Word. Ia boleh diolah (edit) atau dibuat baru (new document). Persembahannya mudah difahami seolah2 menggunakan Microsoft Words, sangat berbaloi kepada pengguna Tablet yg mempunyai keluasan skrin besar dengan papan kekunci seperti Asus Transformer. Terdapat pilihan menebalkan, menggaris font tulisan. Walaubagaimanapun ia tiada pilihan perubahan ke font type yg lain

Sokongan fail
*.doc , *.docx, *.txt

 
Fungsi Kingsoft Writers

Kingsoft Spreadsheet 
Spreadsheet ialah dokumen yg dikenali menerusi Microsoft Excel. Ia juga boleh diolah (edit) atau dibuat baru (new document). Ia boleh membuat formula ringkas secara manual dan memaparkan carta sedia (jika ada) pada dokumen asal. Walaubagaimanpun Kingsoft Spreadsheet tidak boleh membuat carta baru semasa menggunakan aplikasi ini.

Sokongan fail
*.xls , *.xlsx


Gambaran Kingsoft Spreadsheet

Kingsoft Presentation (Powerpoint)
Dokumen ini pula dibangunkan dari Microsoft Powerpoint. Dokumen boleh diolah (edit) dan juga boleh dibuat baru (new document). Disebabkan dokumen presentation yg agak besar berlaku kelembapan semasa proses suntingan. Ini boleh berlaku bagi dokumen yg mempunyai banyak halaman muka bergambar. 

Sokongan Fail
*.ppt, *.pptx


Persembahan Kingsoft Presentation



kemudahan akses pada dokumen terakhir & terkini (recent file)


Sokongan antaramuka Tablet mode menjadikan Kingsoft Office antara pilihan terbaik pengguna Android. Dengan susunan ikon yg kemas pengguna yg biasa dengan Microsoft Word atau Open office cepat memahami struktur dan utiliti (tools) disediakan. Berikut adalah gambaran semasa menggunakan pada Tablet atau Telefon Android dengan resolusi tinggi.


pandangan luas pada Tablet Android


Kepuasan pengalaman seperti di Windows PC

Paparan carta bagi dokumen yg sedia ada



Aplikasi ini telahpun ditambah fungsi pembaca format Acrobat *.pdf . Ini membolehkan pengguna membaca dokumen PDF tanpa perlu muat turun Adobe Reader. Walaubagaimanapun fungsinya agak terhad sekadar membaca dokumen semata2.

dokumen PDF dengan sokongan font type sendiri

Fungsi terbaru yg ditambah ialah kebolehan mencetak secara menerusi Google Chrome. Ini akan diterangkan pada topik akan datang.


Kingsoft Office Free dikeluarkan oleh Kingsoft Software Corporation. Aplikasi ini adalah percuma dan berfungsi sepenuhnya. Terdapat juga versi percuma lain yg lebih kurang sama seperti Kingsoft Office International dengan 45 bahasa yg lain. Keperluan minima ialah Android 2.1 ke atas, disyorkan bagi peranti Android pada resolusi 800x480 ke atas untuk penggunaan yg optimum.


Kingsoft Office 
Free

0 ulasan:

Catat Ulasan