Rabu, 17 Oktober 2012

Aplikasi Permainan Percuma - Indestructible

Bosan dengan permainan 2D ? Glu Mobile baru2 ini telah melancarkan permainan dalam rangkaian (online multiplayer) secara percuma dipanggil Indestructible. Keperluan utama permainan ini ialah internet kerana ia adalah permainan dalam talian. Apa yg menarik ia boleh menggunakan identiti Facebook sebagai paparan nama.


Konsep secara padang terbuka bertempur dengan pemain lain dengan kereta yg boleh diubahsuai serta dilengkapi dengan pilihan senjata untuk menewaskan lawan.




pilihan kereta agak terhad jika percuma
Glu Mobile akhir2 ini suka mengeluarkan konsep In App purchase dimana program ini boleh dimuat turun secara percuma, tetapi mempunyai fungsi yg sangat terhad. Fungsi seperti membeli aksessori memerlukan kredit yg boleh dibeli dari kredit bil pascabayar (postpaid) bagi pemain yg serius.  


Persembahan 3D yg menarik

Persembahan 3D yg grafik yg menarik akan menambat pemain supaya lebih lama meluangkan lebih masa bermain. Panel kawalan permainan sangat mudah dengan menggunakan jari kanan sebagai penembak automatik, manakala jari kiri sebagai pengawal kereta


bertempur dgn pemain lain


Sokongan pemain secara langsung ialah seramai 4 orang, walaubagaimanapun, sambungan ke permainan ini ialah secara automatik dan tiada pilihan server mengikut kawasan. Pengalaman bermain secara online sangat menyeronokkan menyakat pemain lain lebih menarik berlawan dengan bot atau komputer. 


Indestructible  dikeluarkan oleh Glu Mobile.. Aplikasi permainan ini adalah percuma dengan konsep In-App Purchase dan boleh dimuat turun menerusi Google Play. Keperluan permainan ini ialah Android 2.1 ke atas.


Indestructible











0 ulasan:

Catat Ulasan