Rabu, 9 November 2011

Tips - Menggunakan Setting - Wifi

Untuk membuat penyambungan Wifi dengan Android, masuk ke tetapan Setting > Wireless & Networks.



Tandakan Wi-Fi untuk menghidupkan fungsi Wifi dan Tap  pada pilihan Wi-Fi settings untuk tetapan selanjutnya


Contoh dibawah adalah pelbagai rangkaian Wifi yang mungkin wujud disekitar kita. Wifi dengan ikon kunci memerlukan kata laluan atau password untuk akses masuk.


Contoh wifi berikut adalah Wifi yang menggunakan katalaluan. Apabila dipilih pop-up akan keluar meminta kata laluan untuk memasuki rangkaian atau internet. Android akan menyimpan kata laluan ini selepas sambungan berjaya. Ini bermakna pop-up katalaluan tidak diperlukan bagi sambungan pada masa hadapan


Perhatikan status Wifi. Jika katalaluan salah, pop-up akan keluar semula. Jika katalaluan dimasukkan betul, status Connected boleh dilihat pada Wifi yang dipilih. Ikon diatas menunjukkan Android anda sedang berada dirangkaian Wifi tersebut. 


Jika sambungan Wifi tiada internet boleh jadi Wifi tersebut memang tiada capaian internet . Selamat mencuba

0 ulasan:

Catat Ulasan