Jumaat, 11 November 2011

Tips - Menggunakan Setting - Sound


Kawalan bunyi dan suara penting untuk tahap pendengaran sekeliling. Topik ini adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap bunyi pada Android. Juga akan dikupas cara mengubah nada dering, nada mesej mengikut selera masing-masing.

Tetapan Bunyi atau Suara boleh dipilih melalui Setting > Sound




Antara fungsi terpenting didalam Android ialah Volume @ Kawalan Bunyi / Suara



Phone Ringtone @ Nada Dering adalah bunyi yang didengari semasa panggilan masuk. Notification Ringtone @ Nada Mesej dan Notifikasi  kedengaran semasa berlaku aktiviti notifikasi mesej SMS atau email masuk

Apabila Volume dipilih, popup keluar menunjukkan tahap bunyi yang berasingan. Ringtone untuk nada dering , Media untuk bunyi pemain muzik /media. Alarm untuk tetapan pemasa jam. Notification untuk suara nada mesej terima. Penanda Use incoming call volume for notifications bertujuan supaya tahap  kekuatan bunyi Ringtone dan Notification disamakan serentak, ekperimen dan fahamkan.



Rumusan
Tetapan Bunyi mempunyai 3 bahagian. 

General (Tetapan Umum)
-Silent Mode = Mod Senyap
-Vibrate = Mod Getar
-Volume = Kawalan Bunyi (rujuk diatas)




Incoming Call (Panggilan Masuk)
-Notification ringtone = Pilihan Nada Dering


Notification (Notikasi mesej/aktiviti)

-Blink notification light = Kerlipan LED untuk aktiviti mesej masuk, kalendar, dsb
-Always enable notification light = Pilihan ini merujuk pada tetapan diatas, 
-Charging Light = Makluman lampu LED semasa mengecas @ charging




Feedback (Maklumbalas)
-Audible touch tones = Benarkan bunyi semasa menekan butang panggilan dialer
-Audible selection = Benarkan bunyi semasa berlaku TAP (tekan) pada skrin 
-Screen lock sound  = Benarkan bunyi kunci semasa Android skrin ditutup 
-Low battery sound = Benarkan bunyi semasa amaran aras batteri rendah
-Haptic feedback = Benarkan fungsi Vibrate sebagai tindakbalas program tertentu (contohnya semasa menaip di keyboard sms)


*Post ini akan diupdate dari masa ke semasa




8 ulasan: