Rabu, 16 November 2011

Tips - Menukar Gambar Latar @ Wallpaper

Untuk menukar gambar latar belakang atau wallpaper, Tekan dan Tahan (Tap & Hold) pada mana-mana ruang Homescreen sehingga popup Add to Homescreen muncul.






Di popup Add to Homescreen Pilih Wallpapers dan, pada popup Select Wallpaper From  pilih Gallery. Jika mahu mengosongkan Homescreen pilih No Wallpaper.




Kandungan media gambar foto dan video disusun mengikut nama folder. Susunan folder ialah secara alphabet atau "A-Z", Sususan ini termasuk subfolder (folder dalam folder). Cari padanan gambar yang dimahukan.

Gambar akan dizoom penuh, Pilih Menu untuk tetapan lanjut



Seterusnya pilih More dan pilih Set As bagi memilih sebagai wallpaper pilihan. Ruang berkotak ini menunjukkan gambar yang akan dilihat semasa di Homescreen nanti. Garis kotak ini boleh diubah membesar, mengecil atau digerakkan pada zon gambar yang dimahukan. Selepas memilih pilih butang Save.



Tekan Home dan lihat hasilnya.


0 ulasan:

Catat Ulasan