Tetapan atau Setting adalah pengawalan sistem ke atas hardware yang dihubungkan melalui operasi Android. Antara fungsi terpenting android ialah pengawalan skrin, bunyi, rangkaian wifi & aplikasi program.
Selanjutnya akan jelaskan penggunaan tetapan skrin terlebih dahulu kerana skrin adalah perkara yang pertama kita lihat pada Android.
Tetapan Skrin @ Display Setting
Tetapan paparan skrin pada Android penting bagi menambah masa tempoh skrin tutup dan mengawal tahap kecerahan skrin atau screen brightness. Ia bertujuan bagi mengawal tempoh skrin supaya dipanjangkan atau dipendekkan.
Kadar kecerahan skrin mempengaruhi hayat masa menunggu (@ standbye). Penggunaan skrin pada tahap maksimum (maximum brightness) akan menelan kuasa batteri yang lebih banyak. Bagi pilihan tetapan auto, sensor berperanan mengurangkan skrin ditempat yg gelap dan menerangkan semula skrin dikawasan terang. Plihan tetapan auto adalah lebih seimbang dengan kadar cahaya sekeliling, pilihan ini adalah lebih baik daripada memilih kecerahan maksimum.
Walaubagaimanapun, menggunakan tetapan minimum (minimum brightness) sangat membantu menjimatkan batteri. Ini kerana, sensor cahaya tidak perlu lagi mengawal skrin dan kadar kecerahan stabil berbanding tetapan auto. Kadangkala jika pilihan auto dipilih, skrin mungkin terang melebihi keperluan dan ia mungkin membazir.
Bagi tetapan Auto-rotate skrin akan berubah sendiri kepada pandangan potret (portrait) atau lanskap (landscape). Ia berguna semasa melayari browser internet yang mungkin meminimumkan pergerakan skrin atau screen scrolling.
Contoh pandangan lanskap /landscape
Anda digalakkan untuk memantau sendiri penggunaan batteri sehingga mencapai ditahap memuaskan. Selamat mencuba