Rabu, 9 November 2011

Info - Android Menubar @ Notification Bar


Ruang garisan hitam yang paling atas di kenali sebagai Android Menubar @ Notifications Bar. Ini adalah ruang makluman atau notifikasi bagi aktiviti @ event yang sedang berlaku. Ruang ini bertujuan sebagai previu ringkas program yang digunakan

Contoh dibawah menunjukkan ketibaan mesej di ruang notifikasi.



Untuk melihat mesej secara lanjut, Tap & slide ke bawah; (tekan mana-mana ruang ikon kebawah)



Ruang ini menunjukkan aktiviti yang berlaku yang mana program boleh dibuka untuk selanjutnya. Terdapat program lain seperti emel atau mesej sembang yang akan menggunakan ruang ini. Sebagai contoh aktiviti yang ditunjukkan dibawah adalah ketibaan sms dari Celcom.



Apabila senarai notifikasi sms dipilih, program mesej akan dipaparkan serta merta. Contoh yang lain, jika ia notifikasi dari Gmail maka program gmail pula akan dibuka. 



Tekan butang Home semula untuk kembali ke ruang Homescreen.

0 ulasan:

Catat Ulasan