Khamis, 25 September 2014

Ulasan - Xiaomi Redmi 1S

Terdahulu saya telah mengulas sebuah jenama yang kurang dikenali dan berprofil rendah. Memandangkan tabung duit masih belum cukup saya berpeluang mencuba Xiaomi Redmi yang dipinjamkan oleh rakan sepejabat. Terima kasih kepada En Norman yg sudi meminjamkan sebentar..


Inilah harga rasmi untuk dijual di Malaysia

Untuk makluman hanya warna hitam sahaja yang dijual untuk pasaran Malaysia. Selain dari warna ini adalah kemungkinan dari set yg diimport samada klon atau original



Bahagian 1- Galeri
Berikut adalah gambar bagi jenama Redmi 1S Gold yang dibeli dari Satu Gadget dot com di Menara PGRM.

Xiaomi Redmi 1S - AP-Import (original)


Bahagian hadapan yang agak bersegi

Kemasan bersegi yang agak maskulin

kamera hadapan 1.6Megapiksel

Butang pintasan pada bawah skrin


skrin bersilau kerana pelapik Diamond digunakan


Redmi diperkasakan dengan Android MIUI 4.3

Kamera utama 8Megapiksel,
LED flash di bawah kamera
Speaker di sebelah kanan

pelabuh USB dibahagian bawah

Logo MI berada dibawah sekali

bateri berkapasiti 2000mah, 
disebalik bateri terdapat kod imei


Bahagian 2 - Spesifikasi
Perbandingan ringkas Xiaomi Redmi 1S & Redmi Note

Spesifikasi
Xiaomi Redmi 1S
Xiaomi Redmi Note
Sistem operasi
Android 4.3
Android 4.2
Resolusi
1280x720 pixels, 312ppi,  HD720p
1,280x720 pixels, 267ppi, HD720p
Display
4.7-inch full HD Super AMOLED
5.5 -inch HD Super AMOLED;
Rangkaian Data
GSM, HSDPA,
GSM, HSDPA
Kamera utama
8-megapixel, 1080p HD video
13-megapixel, 1080p HD video
Kamera hadapan
1.6-megapixel
5-megapixel
CPU
Quad-core Snapdragon 400 1.6Ghz A7
Octa-core Mediatek 6592 1.4/1.7Ghz A7
GPU (Grafik)
Qualcomm Adreno 305
Mali 450MP4
Battery
2000mAh
3200mAh





Dari segi kelajuan CPU Redmi Note mempunyai pemproses CPU yang lebih laju, tetapi kelebihan Qualcomm mempunyai keserasian (compatibility) yang jauh lebih baik dari CPU Mediatek. Untuk makluman Redmi Note generasi kedua pula menggunakan CPU Qualcomm S400 tetapi dengan penambahbaikan LTE. Tidakkah ini menunjukkan Xiaomi kini lebih cenderung & yakin memilih Qualcomm S400?
Nota: Pengarang lebih meminati Qualcomm yang lebih tinggi keserasian dengan aplikasi Google Play disamping mutu dan kualiti yang turut dipilih oleh jenama terkenal.

Pengarang amat memuji dengan kualiti material pada bahagian badan Redmi 1S. Sekali pegang pengarang merasakan material plastik agak keras, tidak berbunyi 'creaking' dan padat (solid). Yang pasti ia tidak mudah membengkok seperti iphone 6. Pengarang merasakan sangat berbeza dengan plastik binaan pada lambakan model klon yang menggunakan material plastik berkualiti rendah.


Bahagian 3- Kuali kamera
Redmi 1S menggunakan sensor kamera yang agak 'sederhana' yang dipadankan pada harga bajet yang mampu milik. Kualitinya tidaklah sehebat mana tapi memadai untuk kegunaan asas harian

gambar dekat

gambar dekat

makro

mod cahaya auto

mod cahaya cuaca mendung

cuaca agak kelam & berjerebu sedikit 
sila ambil kira faktor kualiti gambar seterusnya













Kamera kualiti Redmi 1S tidaklah sehebat peranti berjenama , jika anda seorang yang agak serius dengan kualiti gambar ,pengarang tidak mengesyorkan model ini sebagai kamera utama. Walaubagaimanapun bukan ia bukan masalah besar kerana prestasi adalah menjadi keutamaan.


Bahagian 4- Ujian tahap kecekapan (Benchmark)

Bahagian ini adalah bertujuan meneliti sistem spesifikasi dalaman pada perkakasan model. 
Sila beri perhatian untuk mengelakkan penipuan unit AP


Antutu Benchmark mendapat markah 17330
Kedudukan sedikit bawah dari Galaxy S3

Quadrant Standard mendapat markah 11008 

Kod 'Armani' ialah nama khas semasa pengeluaran
Model CPU ialah Qualcomm MSM 8226 
kombinasi bersama Adreno 305 menjadikan  MSM 8628 

CPU-Z menunjukkan ada 4 teras/core
CPU renderer Adreno 305

Quick System Info
kapasiti ini berubah disebabkan telefon ini telah 
dimasukkan dengan pelbagai kandungan hiburan

 
3D Mark - perlu mengemaskini maklumat dengan keperluan Internet


Selepas dikemaskini 3DMark mengenalpasti 
peranti sebagai Xiaomi HM1SW

3DMark - maklumat lanjut


3DMark - mendapat markah 4673

3DMark - analisis grafik

Ujian benchmark ini mempunyai markah yang berbeza-beza sedikit. Jika anda mahu membeli unit terpakai pastikan diuji sebelum membayar. Sekiranya perbezaan markah terlalu ketara, semak maklumat lanjut berkenaan saiz resolusi skrin & model GPU yang digunakan,
nota: kepada pembeli unit terpakai/ open box , mohon aplikasi seperti Antutu,  Quadrant Standard & Quick System Info dimasukkan untuk diuji semasa rundingan, jika penjual tak mahu masukkan aplikasi ni maka jauhilah kerana beliau mungkin menipu dan takut diketahui orang

Bahagian 5 - Perbandingan model sedia ada

Meskipun Redmi 1S adalah variasi model bajet terendah namun sistem spesifikasi menjadikan ia menjadi perhatian peminat gajet yang teliti dengan prestasi. Harga peranti tidak dapat disebutkan secara jelas kerana ia sentiasa berubah. Model dibawah merupakan perbandingan terdekat berdasarkan spesifikasi. 
  • Motorola G 
  • Sony Xperia M2, T2 Ultra Dual
  • Samsung Galaxy S4 mini , Galaxy Note 3 Neo, S3 Neo 
  • HTC Desire 816
  • Asus Padfone E
Ambil nota & catat model yang dibanding dan lihat harganya menerusi laman lelong.com.my & mi.com/my. 

nota : Setelah membuat tinjauan harga, didapati Xiaomi Redmi 1S adalah peranti dengan Qualcomm S400 termurah di Malaysia. 

Penutup dan kesimpulan
Redmi 1S merupakan jenama bukan KLON di negara China, malah ia umpama jenama superbrand di China kerana kualiti & tahap pengeluaran yang terjaga. Walaupun kualiti kamera yang agak 'biasa', lokasi dan cuaca memainkan peranan paling penting. Jika gambar diambil pada masa & tempat yang betul maka gambar yang hasilkan akan menarik.

Dengan sokongan kemaskini Android terbaik serta platform MIUI yang menarik, tidak seperti pengeluar lain yg sibuk mengeluarkan model flagship , Xiaomi kerap menambahbaik perisian melalui kemaskini secara bulanan.  Ada model jenama popular yang kemaskini 6 bulan sekali atau tiada langsung. 

Di Malaysia komuniti Xiaomi juga semakin meningkat melebihi 100'000 pengguna berdasarkan like pada Facebook. Kempen dan promosi juga menjadikan Xiaomi lebih disegani sebagai sokongan terima kasih kembali kepada pembeli. Dengan kempen RM1 keatas barangan aksessori yang dibuat setiap kali akan habis tidak sampai 2-5 minit, Xiaomi benar-benar yakin sokongan ini akan menaikkan nama sebagai pengeluar telefon bajet yang berkualiti tinggi.

Jika anda seorang yang mempunyai bajet rendah yang mencari alternatif buatan KLON, jadikan Redmi 1S sebagai pilihan utama dari yang lain. 


Redmi 1S disyorkan oleh pengarang

Bacaan lanjut





9 ulasan:

  1. Macam best lak...
    yang note RM 509 je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. oka jugak, tapi Redmi Note cuma takat Mediatek, yg versi 4G akan datang gunakan Qualcomm S400 (sama macam Redmi 1S)

      Padam
  2. salam tuan, gnote yg sy beli menerusi lazada tak dapat detect simkad (dua2 simkad takd apat detect).. pada mula beli okay tapi dalam dua minggu dah tak boleh detect simkad..dah try guna simkad lain2. semalam tny utk repair, tukang repair cakap susah nak dapat spareparts. ada cara lain ke yang boelh saya buat utk detect sim. tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam, jika galaxy note tu bawah jaminan Samsung Malaysia elok terus hantar ke pusat servis, jika ia set AP pulangkan saja kekedai yg dibeli, alasan tidak cukup alat ganti tidak munasabah kerana itu adalah sebahagian perjanjian jual beli kan ?

      Padam
  3. salam...apa beza AP import set berbanding dgn ORI set?

    BalasPadam
    Balasan
    1. AP import jaminan tertakluk pada negara yg dibeli, set ori jaminan tempatan maka mudah nak hantar sendiri ke pusat sendiri tanpa melalui orang tengah (penjual)

      Padam
  4. Biasanya jenama ini blh didapati di mne ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh dibeli di Lazada, Satu Gadjet & directd ada

      Padam
  5. Wow, this a cool post, I like it. Share more informative post. I have a blog site related smartphone. Here I provide all android smartphone hard reset solution.

    BalasPadam