Rabu, 10 September 2014

Sembang - Mengapa anda perlu ambil tahu jenama Xiaomi

Pengenalan
Xiaomi bukanlah satu jenama klon murahan dan telah lama bertapak sejak 2010 dengan penubuhan bersama Temasek Holding dan IDG Capital yang berpangkalan di China. Produksi pertama Xiaomi ialah dengan mengeluarkan telefon pintar pertama Xiaomi Mi1S dengan keupayaan Qualcomm Snapdragon S3 serta pemecut GPU Adreno 220


Xiaomi Mi1/ Mi1S



Maklumbalas pembeli pada model Mi1S menyatakan Xiaomi benar-benar cuba mengikut rekaan iPhone dan mengkritik persamaan ketara antaramuka Android MIUI yg amat sama dengan IOS5 pada masa tersebut. Tetapi pembeli memuji kualiti dan binaan material yang digunakan berkualiti tinggi disamping spesifikasi setanding dengan model HTC dan Samsung.

Susulan dari respon & kritikan positif, Xiaomi melancarkan model Mi2 dengan penambahbaikan skrin dari FWVGA (858x480) kepada HD (1280x720) dan juga peningkatan CPU yang lebih baik. Kemudian model ini di keluarkan semula dengan variasi baru Xiaomi Mi2S. 

Xiaomi Mi2


Pengenalan model pada spesifikasi tinggi
Tatkala Samsung S3 masih menggunakan CPU Exynos, Xiaomi Mi2S bertindak secara drastik dengan menggunakan CPU Qualcomm Snapdragon S600 meninggalkan model HTC One X (Tegra3) & model spesifikasi tinggi dari Sony Xperia. Produk ini berjaya menaikkan nama Xiaomi sebagai pengeluar terulung di China sebagai telefon pintar terlaju dengan harga mampu milik.

Janama ini juga menjadi sebutan di laman gajet termasuk Engadget.com. Walaupu mendapat permintaan dari luar negara, pasaran antarabangsa tidak dapat dipenuhi kerana Xiaomi hanya mengeluarkan untuk pasaran tempatan (China) yang terhad. Ini bermakna pengeluaran hanya dibuat berdasarkan permintaan pasaran. Ini menjadikan produksi Xiaomi adalah terkawal seperti kilang berjenama besar seperti Foxconn (Apple) & Samsung. 

Rangkuman Pasaran
Penjualan bagi pasaran antarabangsa dimulai dengan penjualan dalam talian. Tetapi kelemahan pasaran dan kekurangan stok menyebabkan peminat mengabaikan dan menyebabkan kehilangan peminat.

Setelah model Mi3 diperkenalkan pada awal tahun 2014, Xiaomi telah memulakan sokongan jualan tempatan secara dalam talian bagi pasaran antarabangsa dimulai negara Taiwan dengan 10'000 unit dijual dalam masa10 minit selepas pelancaran. Beberapa bulan kemudian pasaran ini dibesarkan ke Singapura dengan yang habis dijual dalam masa 8 minit.

habis dijual


Xiaomi memasuki Malaysia dipertengahan 2014 dengan pelancaran bersama bekas timbalan Google.com Hugo Barra yang kini menjadi duta & sebagai orang kuat menaikkan nama Xiaomi. Kemasukan jenama ini tidaklah dihebahkan seperti strategi OPPO yang disiarkan di TV, tetapi hanya menggunakan medium laman web dan kempen menerusi Facebook kerana kekuatan medium utama rakyat Malaysia ialah rangkaian sosial berbanding TV.

Xiaomi Mi3


Sebut pasal harga harga unit Xiaomi yang dijual jika unit import AP sedikit mahal berbanding jenama popular. Dulu harga seunit Mi3 (import) sebelum memasuki Malaysia secara rasmi ialah dianggarkan RM1200 seunit selepas keuntungan ditambah oleh orang tengah. Xiaomi Malaysia mengejutkan peminat dengan harga pengenalan RM889 dimana harganya sangat murah disamping spesifikasi CPU Qualcomm S800 yg turut digunakan pada Oppo N1, LG Nexus, HTC One M8 & Galaxy Note 3. 

Bin Lin & Hugo Barra melancarkan Mi3 di Kuala Lumpur

Walaupun tidak dihebahkan seperti iklan OPPO di TV, setiap jualan Mi3 habis dijual dengan jualan pertama 4000 unit dijual dalam masa 17minit. Jualan kedua Mi3 pula habis dalam masa 5 minit dan jualan ketiga dijual dalam masa 2 minit. Teknik penjualan ini hanya boleh dibuat secara tempahan online dan tiada unit sebenar yang dijual di kedai atau dalam banguan premis. Tempahan ini akan dihantar terus dari kilang di China.

Akibat dari penjualan terhad ini para pembeli berasa tertekan dengan unit yang agak terhad dan tempoh menunggu pada tarikh jualan yang seterusnya. Peminat FB Xiaomi berasa kesal dan marah dengan rebutan unit dalam tempoh yg agak singkat disamping ada unit yang dijual semula oleh orang tengah yang mengaut keuntungan berlebihan..

geram & berputih mata 


Xiaomi telah mengambil inisiatif mengurangkan lagi harga sebanyak RM120 dijual pada harga RM769 dan membuka jualan pra-tempahan bagi memenuhi permintaan yang meningkat secara mendadak dan mengelakkan perebutan stok. Kini model ini boleh didapati secara jualan set telco (pelan Celcom/Digi/Maxis) dengan pelbagai plan data sedia ada.

Impak kemasukan Xiaomi ke Malaysia
Walaupun tidak gah pada jenama besar seperti Samsung & HTC, setiap jualan unit Xiaomi bagi model Mi3 habis dijual. Setiap model yang dijual dipastikan mempunyai spesifikasi yang baik supaya prestasi dikekalkan buat jangka masa lama, tahu sahajalah telefon semasa baru memang laju tetapi selepas 3-6 bulan mulalah prestasi dan kelancaran semakin merosot. 

Dengan menjualkan pada harga mampu milik dengan keuntungan minima Xiaomi membuka mata pengeluar lain termasuk gergasi besar seperti Samsung, LG & HTC. Xiaomi juga telah berjaya mengatasi jualan Huawei Malaysia. Dilihat juga strategi Huawei yg mempunyai kuasa pasaran lebih besar menggunakan iklan ala Xiaomi.

Huawei juga mengambil kesempatan pada FB Xiaomi Mi3 dalam kekecewaan pembeli yang gagal membuat tempahan belian.

bagaikan Samsung troll iklan Apple

Samsung mengetahui Xiaomi akan dijual pada 20 Mei 2014, Samsung FB Malaysia mengumumkan promosi Samsung Galaxy Note 3 Neo pada tarikh yang sama. Kononnya Samsung akan menjual pada harga RM850 pada tempoh & unit yang sangat terhad. Akhirnya peminat Samsung Malaysia melepaskan kemarahan dengan melepaskan unit yang tidak seberapa mana hanya mahu menarik perhatian dari jualan Xiaomi Malaysia. 

Komen Pengarang
Sebelum anda membeli apa unit klon & jenama murah lain, lihat harga & bandingkan spesifikasinya. Walaupun lambakan telefon jenama seperti Lenovo , ZTE & Huawei semakin murah, ciri dan spesifikasi Xiaomi lebih berjaya menambat pembeli dengan sokongan 6 pusat servis di Malaysia. Lokasi terpilih. Walaubagaimanapun sokongan ini tidak termasuk unit AP.


Untuk pengetahuan semua Xiaomi yang dimport terus dari China tidak mempunyai aplikasi Google secara default . Kerana kerajaan China melarang aplikasi penuh Google atas sebab kerahsiaan negara. Oleh itu pembeli unit AP perlu memasukkan aplikasi Google Play secara manual secara mudah yang juga boleh dibantu oleh pengedar atau penjual sendiri.

Penutup
Xiaomi kini menggunakan platform Android MIUI (sebutan Me-you-I ), ia merupakan aplikasi dengan tema penuh (full theme) termaju dan paling menarik berbanding stock rom dan Cyanogen Mod Rom. Antaramuka MIUI dahulunya mirip sama dengan IOS telah dikemaskini dan lebih berkuasa. Selepas Singapura, Filipina, Malaysia & India , ia dijangka menembusi pasaran Indonesia kelak. Diharap Xiaomi dapat mengekalkan telefon pintar yg berkualiti tinggi pada harga mampu milik

Kemaskini Feb 2015
Xiaomi berjaya menduduki pertama sebagai pengeluar paling besar jualan mengatasi Apple & Samsung Electronics,

Artikel oleh Mie


Untuk makluman lanjut lawati
http://www.mi.com/my/




7 ulasan:

  1. so,xiaomi x de google play la ????

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk pasaran di China sahaja tiada disertakan,
      tapi boleh dimasukkan secara manual dan berfungsi macam biasa

      Padam
  2. Download google play tu je ke or kene install google play sevice bagai???

    BalasPadam
    Balasan
    1. dalam youtube ada tutorial memasukkan playstore pada Xiami set china, selepas install APK Playstore, akan ada makluman untuk kemaskini servis lain2 Google

      Padam
    2. Asslam, mana lagi bagus antara mi4 vs redmi 4A?

      Padam
  3. saya dah pakai xiomi.memang terbaik la.lebih baik dari fon yg berjenama gah seperti samsung dan htc.harga xiomi mampu milik.memang dah jatuh hati dgn xiomi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul, antara kelebihan lain ialah pilihan custom firmwarenya banyak termasuk Lollipop & Marshmallow

      Padam