Rasanya lebih sebulan pengarang tidak membuat sebarang post kerana kesuntukan masa dan mood yg tak menentu, Pengarang pun masih menggunakan model Android lama disamping mengidam nak beli gajet yg terbaru yg mahal semuanya.. Hari ini ingin dikongsikan bagaimana rupanya Samsung Galaxy Note 3 dan cara mengenalpasti unit palsu. Tolong baca penuh sebelum bertanya ya.
Bahagian 1A1 - Pengenalan
Terkini Samsung telah memperkenalkan unit terbaru Samsung Galaxy Note 3 (SGN3) selepas kejayaan Galaxy Note 2. Pengarang masih belum sempat menyentuh unit dan mengalami sendiri peranti, untuk itu pengarang hanya boleh memberi pandangan berdasarkan reviu profesional. Samsung Galaxy S4 (SGS4) telahpun berada dipasaran dan dijual di Malaysia dalam lingkungan RM2100 (*harga pada November 2013)
Jom tengok bagaimanakan rupa SGN3 yg menjadi buah mulut dikalangan penggemar gajet telefon pintar
Hitam menawan
Putih bergaya
kredit gambar - Samsung Mobile
SGN3 menggunakan teknologi AMOLED pada resolusi 1920x1080 piksel,
Dimensi skrin berukuran 5.7 inci
Bahagian belakang ; penutup bateri diperkemas dengan
hiasan ala jahitan tetapi dibuat dari plastik.
Kamera pada atas lampu LED dan Logo Samsung
Sisi kanan mempunyai butang bukaan (On/Off)
Sisi kanan mempunyai butang kawalan bunyi (Volume)
Sisi atas terdapat sambungan fon telinga (earphones)
Sisi bawah mempunyai sambungan USB3 dan speaker grilled
hiasan aluminium pada sisi, ketebalan SGN3 8.3mm
Rekaan pena Stylus atau S-Pen
esklusif hanya terdapat pada keluarga Galaxy Note
A2 - Spesifikasi Samsung Galaxy Note
Memahami spesifikasi sangat penting yg dipetik dari laman web GSMarena.com Sesetengah terma dikekalkan dalam bahasa inggeris sebagai rujukan bagi memudahkan pemahaman.
Untuk pengetahuan SGN3 datang dalam dua variasi CPU. Unit yg dijual diMalaysia ialah versi Exynos 5 & versi Qualcomm 800 dengan kemampuan rangkaian LTE
Model 1- CPU model Exynos 5 5410
|--4 Teras CPU Cortex Arm 15 -1.9Ghz
|--4 Teras CPU Cortex Arm 7 -1.5Ghz
|--Pemecut grafik ARM Mali 628MP6
|--4 Teras CPU Cortex Arm 7 -1.5Ghz
|--Pemecut grafik ARM Mali 628MP6
Model 2- CPU model Qualcomm Snapdragon 800
|--4 teras ARM Krait 400
|--Pemecut grafik 4 Teras - Adreno 330
Skrin sentuh 5.7 inci Super AMOLED HD,
|--Resolusi skrin 1080*1920Skrin Gorrila Glass 3,
Kapasiti
|--Memori dalaman 16/32/64
|--Memori RAM 3GB
|--Sokongan slot kad memori Micro SD
|--Bateri 3200mah
Kamera 13 Megapiksel
Jadual perbezaan antara SGN2 dan SGN3
.....pengarang terlupa nak masukkan kadar memori RAM,
SGN3 mempunyai 3GB RAM berbanding
SGN2 yg mempunyai 2GB memori RAM
Perbandingan secara visual:
Rekaan SGN3 lebih bersegi dari SGN2 yg agak berbucu bulat pada sudutnya, Ia mempunyai pengaruh rekaan SGS2 yg juga bersegi tetapi mempunyai ciri yg lebih maskulin atau 'rupa yg lebih jantan'. Ini tidak bermaksud rekaan SGN2 terlalu feminin, ia sekadar pendapat pengarang.
Skrin definisi tinggi 1080p (HD)
Akhirnya SGN3 menggunakan skrin HD Penuh (FHD 1080p) selepas SGN2 yg cuma menggunakan standard HD (720p). Gambaran skala ini boleh diperhatikan dibawah
klik untuk besarkan gambar
Bahagian ini sangat penting jika pembeli mahu mengenal pasti ketulenan model.
SGN3 menggunakan bateri berkapasiti 3200mah dan menggunakan satu SIM sahaja. Kedudukan slot kad memori & mikro sim bertindan secara bertingkat. Kedudukan slot mikrosim berada dibahagian bawah dan slot mikro SD berada disebelah atas. Ruang speaker pula berada dibahagian sebelah slot S-Spen
A4 - Antaramuka perisian dalaman
Tidak banyak perbezaan sistem operasi yg datang ke SGN3. Ciri dan persamaan tidak memberi impak kepada pengguna yg beralih secara upgrade dari terdahulu (SGN2)
Sejak kehadiran Galaxy Note, fungsi multi-window menggunakan kelebihan multitasked yg ada pada Android. Ini membolehkan dua aplikasi boleh dilihat terus & digunakan secara serentak seperti menggunakan sistem Windows.
Multiwindow membolehkan dia aplikasi digunakan serentak pada skrin
Walaubagaiamanpun fungsi ini masih terhad dan hanya boleh digunakan pada aplikasi tertentu, sokongan perisian ini akan dipertingkatkan. Nyata ia memang satu fungsi yg sangat berguna.
SGN3 mempunyai persembahan perisian mirip seperti SGS4 yg saya pernah ulas terdahulu. Untuk bacaan lanjut klik sini
A5- Penambaikan antaramuka perisian
Samsung tidak kering dengan idea yg sentiasa memperbaiki dan menambah nilai setiap kali mengeluarkan model yg terbaru. Terdahulu model SGN2, jika pena S-Pen ditarik keluar aplikasi SPen akan keluar memenuhi ruang skri. Lain pula bagi model SGN3, aplikasi ini keluar dala mbentuk pop-up yg kecil supaya tidak mengganggu penggunaan aplikasi yg sedang dibuka.
Pintasan S-Spen
Apabila S-Pen ditarik keluar
Pintasan Action Memo sedia digunakan
Aplikasi S-Note
Terdapat juga perubahan aplikasi S-Note yg telah ditambai nilai kosmetik dan fungsinya yg lebih menarik
Plihan nota dengan pandangan ringkas
Aplikasi Scrapbook
Sebarang memo remeh yg dicatat boleh disimpan diruang Scrapbook.
pengguna bolehlah menyimpan nota kaki bergambar sekali
A6- Pendapat dan kesimpulan dari bahagian 1
Samsung Galaxy Note 3 ternyata satu langkah kehadapan selepas kejayaan Galaxy Note 2. Pengguna diberi pilihan samada memilih versi Exynos 5 atau Qualcomm yg mempunyai sokongan LTE. Kedua2nya mempunyai proses CPU yg pantas tetapi pengarang mengesyorkan memilih versi Qualcomm (GT-N9005) yg mempunyai keserasian (compatibilty) aplikasi dan permainan games yg lebih baik disamping keupayaan rangkaian jalur lebar LTE.
Bahagian 2 - Mengenalpasti model tiruan & palsu
Bahagian seterusnya membincangkan bagaimana mengenalpasti keaslian produk SGN3 dan membezakan dengan unit palsu melalui beberapa cara. Bagi membuat bacaan lanjut berkenaan unit Asli, AP dan Palsu sila baca disini
B1- Mengenalpasti status model ID pada tetapan sistem.
Tetapan (Settings) > Mengenai Telefon (About Phone)
Bagi unit jualan Galaxy SGN3 untuk pasaran Malaysia nombor pengenalan model mencatatkan
GT-N9000 atau GT-N9005.
- Galaxy Note (1) = GT-N7000
- Galaxy Note II = GT-N7100
- Galaxy Note 3 = GT-N9000
Maklumat dari Antutu Benchmark
Semak Phone Model = GT-N9000
Walaubagaimanapun terdapat model yg dijual menggunakan model ID 'SM' selain 'GT'. Ini boleh dilihat pada model SGN3 dengan LTE menggunakan kod nama SM-9005
Model ini pula menggunakan model ID - 'SM-N9005'
Untuk pasaran Malaysia
GT-N9000 - pasaran antarabangsa termasuk Malaysia - CPU; Exynos 5
GT-N9005 - dengan LTE - pasaran antarabangsa termasuk Malaysia - CPU; Qualcomm 800
BUKAN untuk pasaran MalaysiaGT-N9002 - dengan Dwi kad-Sim pasaran China - CPU; Qualcomm 800
SM-N900 / CDMA -set telco luar - CPU; Exynos 5
B2 - Bateri, kad memori dan kad SIM
(ulangan dari perenggan atas bagi yg malas membaca)
B3. Pemeriksaan pada mata stylus atau Pena S-Pen
(ulangan dari perenggan atas bagi yg malas membaca)
SGN3 menggunakan bateri berkapasiti 3200mah dan menggunakan satu SIM sahaja. Kedudukan slot kad memori & mikro sim bertindan secara bertingkat. Kedudukan slot mikrosim berada dibahagian bawah dan slot mikro SD berada disebelah atas. Ruang speaker pula berada dibahagian sebelah slot S-Spen
B3. Pemeriksaan pada mata stylus atau Pena S-Pen
Ini salah satu langkah paling cepat utk mengenali unit palsu. Tarik keluar S-Pen dan perhatikan pada mata pen. Klon palsu menggunakan mata bulat yg lembut dipicit seperti span (sponge). Ia tidak mempunyai sebarang butang pintas (shotcut) seperti unit tulen.
Mata bulat S-Pen menunjukkan unit ini ialah set palsu.
Contoh S-Pen yg tulen; tidak boleh digunakan pada unit palsu!
Jangan fikir nak beli S-Pen tulen di kemudian hari kerana ia tidak boleh digunakan langsung pada model tiruan!. Teknologi S-Pen yg sama di Galaxy Note 1,2 8 & 10 membolehkan S-Pen yg lain digunakan pada SGN3.
Kelebihan utama model keluarga Galaxy Note, teknologi tidak boleh dipalsukan ialah lapisan WACOM dibawah skrin AMOLED. Ia tidak ada pada versi palsu kerana kos dan teknologi yg sukar ditiru oleh pengeluar lain.
B4 - Bintik Airview
Integrasi dan fungsi Air View sebagai penunjuk S-Pen
(ulangan dari artikel kenali Galaxy Note 2 palsu)
SGN3 menggunakan teknologi Wacom grafik pad (pad lukisan pereka grafik) yg boleh menerima isyarat mata Stylus tanpa sentuhan pada skrin. Teknologi dipanggil Air View & sangat berguna jika pengguna yg mahu melayari sub-menu forum atau utiliti yg hanya keluar semasa menggerakan penanda tetikus seperti mouse cursor pada Windows, atau menggunakan Tools yg disediakan untuk Galaxy Note
Apabila pengguna mendekatkan mata stylus pada skrin, terdapat bintik biru yg mengekori kordinat mata S-Pen walaupun tidak menyentuh skrin. Fungsi ini juga menentukan ketulenan peranti kerana fungsi ini tidak ada pada model tiruan.
B5 - Jaminan dan tuntutan waranti di Malaysia
Sebelum membuat keputusan membeli ajukan soalan bagaimana cara mendapatkan tuntutan jaminan sekiranya peranti rosak atau bermasalah. Unit Samsung yg dijual di Malaysia mempunyai pelekat SME yg bermaksud Samsung Malaysia Electronic. Tuntutan ini boleh dibuat secara terus ke pusat servis di Lowyat Plaza atau dicawangan terpilih
Maklumat lanjut
B6 - Pendapat dan kesimpulan dari bahagian 2
Dari segi fizikal rupanya mungkin sama, tetapi struktur binaan & kualiti skrin sangat berbeza. Kebanyakan model Samsung tulen dikeluarkan dari negara China kerana kos pengeluaran yg murah, tetapi kawalan kualiti yg lebih baik dari pengeluar palsu.
Palsu & tiruan tidak sekali2 (....atau berkali) boleh menggunakan official ROM atau firmware rasmi dari Samsung. Ia juga tidak boleh menggunakan Samsung Kies untuk mengemaskini perisian terkini. Peluang untuk menggunakan custom rom seperti Cynogen & AOKP rom juga agak tipis.
Saat yg paling sukar selepas membeli unit tiruan ialah semasa berlaku operasi yg terencat atau error yg menjadikan firmware crash, bootloop atau tersangkut pada skrin logo, Tiada sokongan firmware bagi model palsu, tiada rujukan spesifik model di laman web, tiada cara dan manual pemulihan (maintenance), maka bersedialah untuk berbersendirian kerana anda membeli dari pengeluar yg pentingkan diri sendiri.
Dari segi fizikal rupanya mungkin sama, tetapi struktur binaan & kualiti skrin sangat berbeza. Kebanyakan model Samsung tulen dikeluarkan dari negara China kerana kos pengeluaran yg murah, tetapi kawalan kualiti yg lebih baik dari pengeluar palsu.
Palsu & tiruan tidak sekali2 (....atau berkali) boleh menggunakan official ROM atau firmware rasmi dari Samsung. Ia juga tidak boleh menggunakan Samsung Kies untuk mengemaskini perisian terkini. Peluang untuk menggunakan custom rom seperti Cynogen & AOKP rom juga agak tipis.
Saat yg paling sukar selepas membeli unit tiruan ialah semasa berlaku operasi yg terencat atau error yg menjadikan firmware crash, bootloop atau tersangkut pada skrin logo, Tiada sokongan firmware bagi model palsu, tiada rujukan spesifik model di laman web, tiada cara dan manual pemulihan (maintenance), maka bersedialah untuk berbersendirian kerana anda membeli dari pengeluar yg pentingkan diri sendiri.
pengarang
-Mie
ps- Pengarang sangat mengalukan penambah baikan & pembetulan artikel ini, ia juga akan dikemaskini dari masa ke semasa.
sumber
- http://www.samsung.com/in/consumer/mobile-phone/mobile-phone/galaxy-note/SM-N9000ZKEINU
- http://www.gsmarena.com/samsung_galaxy_note_3-5665.php
Bro, just wondering la kan, IMEI SGN3 aku '06' (7th & 8th). Itu original ke or AP set?
BalasPadamkod spesifik IMEI belum tentu boleh tentukan sebagai set ori, sekarang ni dah banyak no imei ditiru pengeluar palsu, jika mata spen seperti unit asal , maka ia set original/ import
Padamand device ni SM9005.
BalasPadamthanks.
selain GTN9005, no ID SM9005 memang ID betul SGN3
Padambace situ sini blog. Otak lag.
BalasPadamtakpe, segan bertanya sesat jalan
Padambleh tolong tak hp samsung sy selepas di update..notification untuk bateri dan line internet bertukar warna putih..warna asalnya hijau...
BalasPadamperubahan ikon hijau kepada putih memang sebahagian dari kemaskini android, ia dari ikon sistem yg tidak boleh diubah
Padaminstall antutu dan test utk tau specnya, apa yang telah saya test hp klon menggunakan prosessor mk, ram 1g
BalasPadamBetul, model samsung galaxy note 2 tidak menggunakan cpu Mediatek / MTK
PadamTumpang tanya..ap Beza super amoled ngan ips lcd
BalasPadamujian objek warna hitam, bahagian hitam pada skrin AMOLED tidak menyala, berbanding warna hitam pada skrin biasa,
PadamOwh mcm tue yer..bole beri pandangan x.antara sony z1 dan note 3..mana yg encik rasa lebih baek..bkn dari harga tp dr spec phone itu sendiri
Padamsaya akan memilih Galaxy Note 3, kualiti kamera tak banyak beza, SGN3 adalah telefon premium dengan skrin wacom yg bolehkan guna stylus mata halus & detail, skrin yg lain cuma boleh stylus mata tebal, stylus sangat berguna ketika kelam kabut menyalin nota berbanding menaip di keyboard skrin
PadamTapi kalau SM-N9005 macam mana pula?
BalasPadamkod itu juga diiktiraf, tapi set ni dibeli dari mana ?
PadamLg 1, if imei no ******-06-*****/01 yang ini dalam rank low, med, atau good?
Padamsalam . sye nk mtk pendapat n pandangan encik . sye baru 1st time nk guna android smartphone . segan nk btanya , tp sye mmg xtahu sgt benda2 alah mcm gini . itu yg sye goole2 , tbaca artikel dlm blog encik , sgt membantu . tgk hp lawa2 , sume bkenan . tp sye bhajat nk beli samsung galaxy note 3 neo . ok ke ekh ?
BalasPadamSGN3 Neo ok jugak, spesifikasi antara SGN2 dgn SGN3, oh ya dua hari lepas Samsung Malaysia offer SGN3 Neo dlm RM850, tapi dah habis la =(
PadamBagaimana kalau tgk kat about device kuar n9006zcubmi3. Model sm-n9006
BalasPadammodel tu iala SGN3 versi negara China, ID no tu sah maka ia unit ori
PadamSy punya SM-N7505... sy rsa x puas hti la plak..mcm x yakin dgn function dlm ni..serba x kena je..
BalasPadamdari kod tu ialah variasi Galaxy Note 3 Neo,
PadamApe beza note 3 n note 3 neo?klo variasi sm-7505 tu ori ke x?
Padamkod tu betul, GNote 3 Neo cuma skin HD biasa (720p)
PadamBoss.. klu kod n900 je cmne
Padammacam kod Nokia lama , cuba jalankan semakan dengan Antutu Benchmark dan selidik maklumat hardware dalaman, bandingkan dengan reviu yg ada diinternet
Padamimei code boleh bertukar ke ek? haritu hantar hp g service mainboard rosak ada kene mngena dgn imei code ? kata samsung center set da di tukar kpd ap set...
BalasPadamkod Imei boleh diubah tanpa mainboard, jika dihantar ke pusat servis tauliah, kemungkinan set yg rosak tidak boleh dipulihkan (rosak teruk) maka mereka berikan unit lain
PadamBagaimana kalau tgk kat about device kuar n9005xxugnh1. Model sm-n9005
Padamn9005 ialah kod variasi dengan sokongan LTE,
Padambleh tolong tak hp samsung sy selepas di update..notification untuk bateri dan line internet bertukar warna putih..warna asalnya hijau...
BalasPadamMemang macam tu, ia tak boleh ditukar kepada ikon asal
Padamsalam... ape beza note 3 neo n7500 vs n7505? camne nk knal?
BalasPadamSGN3 versi 7505 mempunyai keupayaan gelombang LTE
PadamKenapa kawan sy dgn sy punya note berbeza saiz? Dalam semua sama.kuasa semua sama.model semua sama.tapi saiz berbeza...SGN3
BalasPadamSaiz SGN3 adalah satu standard yg mesti sama diseluruh dunia,
Padambarangkali mungkin model/variasi lain (Neo) atau klon
Sy nk tnya dn mnta pndpt....antra s4, note 3 neo dn mega 2 yg mna lg ok? Sy dh knfius nk bli yg mna 1. Nk bli note 3 mhl sngt dkt 3k 😆😆
BalasPadamnote 3 dkt 3k ke?sy tgk kat senheng rm2099 je
Padamsy baru beli note 3 neo, selepas buat semakan imei di web http://www.imei.info/?imei=352964062046140 menunjukan maklumat imei sy tak sepadan dengan jenama smartphone.knp?adakah web tersebut tidak bkn web yg betul utk pengesahan imei.tq
BalasPadamdatabase imei info mungkin tak cukup atau tak meliputi phablet seperti galaxy note
Padamsalam nk tnye nie kalau zenfone 4.5 ngn sm-n900 mane lagi elok dari segi spec
BalasPadamwsalam, SM -n900 ni SGNote 3 kan ? dari segi premium, kualiti & spesifikasi SGN3 jauh lebih baik, (CPU Qualcomm S800)
Padamsaya ada isu mengenai aplikasi yg menggunakan kompas. Note 3 tidak dapat kesan( compass not detected). harap dapat bantu saya.
BalasPadammaafla, saya baru perasan post ni
Padampastikan GPS telah diaktif untuk fungsi kompas (enable service setting location)
salam.. sy nk tnya galaxy note 8 made in vietnam ori ke
PadamSalam..sy br beli hp note 3 AP set..masalahnyr line celcom hp sy bile kt semenyih xde langsung..dlu mase pkai note 2 ade la jgk line dlm 2 @ 3 bar..ade x alat utk tarik line utk hp note 3.
BalasPadamsaya semak sikit model SGN3 memang ade kelemahan signal, saya syork ubah pilihan rangkaian kepada 2G melalui tetapan data & rangkaian (use 2G only), bila nak guna internet letakkan semula sebagai auto
PadamSys ada masalah dgn note 3 sy. Terbaru sy update hp, batri sy jd cpt abis walaupun pneggunaan hp yg kurang....bateri hp sy xdpt bertahan lbh dr 4 jam...blh tlg advice x
BalasPadamsamsung syorkan membuat format penuh pada setiap kali update, sebab temporary file yg lama tak seragam dengan sistem baru,
Padamlihat artikel cara format dengan betul
kalau nak tahu ori dari no 7-8 06/01 dan 05/01 yg mane ori note 3 puyer
BalasPadammaaf saya kurang arif berkenaan no aneh ni
PadamApa maksud /01 atau /02 selepas nombor IMEI
BalasPadamCth 123456789012345 /01
TQ
saye punyer note3 ni SM-N900....dn kat lakang tmpt ltak batry ade tulis Made in Korea by samsung!! ape mksudyer!!?? mohon pnjelasan..please
BalasPadammungkin sel baterinya dibuat dikorea
PadamXde maknanyee
PadamSalam, Note 3 saya main board rosak. Dimana saya nak beli board nie ? SSC quote mahal sangat.
BalasPadamwsalam, tak berbaloi di baik pulih jika kos mahal, setiap telefon yg dibuka dan diceraikan akan kurang solid , melainkan dihantar ke pakar Samsung, kalau dibaiki dikedai biasa bahagian rosak yg diambil dari bahagian telefon yg kurang meyakinkan,
PadamTerima kasih Mie, semalam saya tengok di Alibaba, ada motherboard for sale, 6 bulan warranty. Harga pun tak mahal sangat, cuba jelah. Klu tak boleh juga, terpaksa amik S6 atau Note 4.
Padamkalaupun mainboard tu dibeli menjadi masalah nak cari mekanik yg betul2 ada kepakaran seperti di pusat servis Samsung ,
Padamnote 3 clone korea v10 boleh update version pi version lolipop?
BalasPadamklon ni kelemahannya tiada sokongan software update,
Padams pen note 3 saya tak boleh guna.. cabut pen, xde apa2 berlaku ( air command tak kluar).. tp kalau guna jari semua function ok.. cuma s pen je mcm tak bley nk touch screen.. sy dah cuba s pen yg lain.. di note 3 saya je x boleh guna.. kenapa ye ? saya dah pun buat factory reset manually...
BalasPadamcuba semak tetapan /setting lanjut untuk menunjukkan titik dot air command, masukkan aplikasi benchmark seperti antutu utk perbandingan spesifikasi dalaman,
PadamSalam. Hp samsung note 3 saya bermasalah di bhagian speaker penerima panggilan. Bila pakai casing, bunyi bergema akan ada. Selalu sgt kawan2 saya complain. Kenapa boleh jadi mcmni yer. Dan bagaimana cara utk mengatasinya?
BalasPadamrasanya ini masalah halangan bunyi yg ditutup case luaran, tebuk / buat saluran lubang utk mengatasinya
PadamApe maksud sokongan LTE. Minta penjelasan
BalasPadamia sejenis teknologi gelombang jalur lebar berkelajuan tinggi
Padamsalam en.mie. saya hendak bertanya..sejak kebelakangan ini, skrin hphone note 3 saya kerap panas. mcm overheat. kenapa agaknya ya? adakah ia disebabkan bateri?. saya mula menggunakan hphone ini dari tahun 2013 dan bateri belum pernah ditukar
BalasPadampanas berlaku jika ada beban kerja aplikasi atau yang paling kera sekali kamera dan games. Cuba ingat aplikasi yg terakhir dimuat turun atau dikemaskini. Ada kemungkinan aplikasi yang tidak serasi atau melembabkan prestasi cpu.
Padamsalam..nk tnye screen lcd hp smasung note 3 ade yg ori @ local? kalau ade cmne nk thu prbezaan dy? range harga plak brpe ye? trima kasih...
BalasPadammaaf, saya tiada harga yg spesifik, Galaxy Note menggunakan teknologi berbeza dari skrin model lain,
Padamkosnya lebih mahal berbanding kerana kebolehan menerima stylus grafik
slm en mie..sy mhon bntuan sy br bli note3 ap set tp bl msuk sim kad jd no service..apa yg prlu dibuat?buntu...
BalasPadamcuba kad sim yg lain atau pada slot sim yg lain jika ada,,segeralah bawa semula ke tempat yg dibeli, biarkan penjual pasang didepan pembeli,
Padamdkt sy pny Apn tu ksong..adakah ada kaitan dgn no service tu?mcm sy hp import perlu fi isi apn luar negara@cmne?sy krg arif psl apn
Padamsebab APN kosong punca tiada sambungan server telco, lihat artikel berkenaan membetulkan capaian internet
Padammaaf saya arnold justin saya ingin bertanya tentang masalah hp saya samsungGALAXYNote3. mengapakah hp saya mengeluarkan perkataan malangnya, telah berhenti dan perkataan itu susah untuk di keluarkan apabila saya menekan ok ianya akan keluar juga. dan saya tidak boleh menekan kecuali ok pada malangnya telah berhenti sahaja.
BalasPadamsaya ada terangkan masalah ini pada artikel berkenaan Force Close, lihat artikel utk jawapannya
PadamSalam tuan saya nak tanya sikit saya guna SGN3 yang SM-N 9005 saya baca kat web mengatkan yg model ini Ram 3gb Dan Rom 32 gb. Tapi kenapa phone yang saya guna Ram hanya 2.7gb dan rom hanya 27 gb. Ory ke phone saya ni tuan.
BalasPadamia memang begitu, RAM (3gb) & Rom (27gb) telah digunakan pada sistem Android dan aplikasi Samsung,
PadamSalam Berbaloi ker sy beli sn3 smn9005 rm900 one set siap kotak free 3 case getah dan screen glass beli melalui mudah second hand dr oner
BalasPadamkalau ia original tiada masalah, sebab SGN3 antara peranti premium dari model lain
PadamBro klu SGN3 NEO SM-N750 official rom apa arh.. mlysia punya.. XME / XXE / atau apa. Bla download xme punya flash di hp cek jadi xxe pla..
BalasPadamsila gunakan Samsung Kies untuk membuat kemaskini dengan selamat , penting mengelakkan kesilapan firmware
Padamnak Tanya berapa harga market note 3 sekarang..
BalasPadamnak amik note3 lte atau note 3 neo?
dulu pakai note 2...hp hilang tu nak merasa note 3 pulak...nak bli note 4@5 tak mampu
dari segi spesifikasi note 3 cukup laju cuma kemaskini Android mungkin setakat Android 5 Lollipop, kalau tak pakai sangat stylus saya syor Nexus 5 ada sokongan Android 6 Marshmallow, harga boleh rujuk mudah.my =)
PadamTumpang tanya..apa maksud refurbish.. sy ada beli handphone samsung note 3 yg refurbish..tp handphone tu ade problem utk buat video call..sy telah ditipu oleh peniaga ke..sb takut diberi handphone fake..macam mana sy nk kenalpasti ye?
BalasPadamSalam sy punye note 3 kod SM-9005..MADE IN KOREA.s pen jenis tajam bukan bulat..adakah ia ori atau palsu
BalasPadamstylus tajam bermakna dikeluarkan oleh Samsung, ia adalah set AP yg asli diimport
BalasPadamsy nk tnye...
BalasPadamhp note 3 sy ni sy beli second n sy x pndai mana nk tgk dye ori ke x..
xde sticker samsung..
tp belakang dye ad tulis made by samsung n imei 05..
mohon penjelasan plss..
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSaya nak tanya admin,
BalasPadamKalau imei 04 note 3 itu original
atau tidak.