Khamis, 1 Ogos 2013

Info - Gmail ; Yang remeh tapi sebenarnya sangat penting

Gmail ; Yang remeh tapi sebenarnya sangat penting
Masih ramai pengguna telefon pintar tidak sedar kepentingan akaun Gmail yg diserasikan secara sync dengan pelayan Google. Masing2 sibuk membuka akaun facebook tapi langsung tak ambil tahu keperluan & kepentingan akaun Gmail pada sistem Android.

Untuk maklumat anda akaun gmail adalah lebih penting dari akaun Facebook.  Mengapa ?



Apakah kepentingan gmail pada Android ?

1-Integrasi akaun pada Android
Setiap Android yg mempunyai akses Google Play mestilah menggunakan gmail. Akaun ini dipadankan bersama peranti Android sebagai pengurusan perhubungan (contact) dan kalendar aktiviti. Sebab itu setiap kali memulakan setup pada peranti baru (atau selepas melakukan hardreset), pengguna dipohon memasukkan emel dan password untuk integrasi langsung pada pelayan (server) Google.



2-Simpanan perhubungan secara awangan
Gmail akan menyimpan maklumat perhubungan (contact) secara awangan (cloud). Ini berlaku semasa sambungan dalam talian (online), maklumat perhubungan yg ada pada peranti Android akan dimuatnaik ke pelayan Google secara automatik. Nama dan no telefon perhubungan yg anda masuk juga boleh diakses melalui akaun gmail. Ia bertujuan sebagai simpanan (backup) yg boleh dimuat turun semula sekiranya telefon hilang atau kehilangan kad sim. Dengan akaun yg sama, maklumat perhubungan di padankan semula pada peranti baru. 



3-Akses kepada aplikasi & permainan melalui Google Play
Pengaruh Android bermula dengan jumlah aplikasi & permainan percuma Market (sekarang Google Play Store) yg sangat banyak. Tapi untuk menikmati aplikasi dan permainan  menarik ni, akaun gmail diperlukan sebagai penanda rekod atau pengesahan. Disebabkan aplikasi ini disimpan berada pada pelayan Google maka keperluan akaun gmail ialah mandatori bagi memuat turun dari pelayan Google.



4-Rekod belian di Google Play
Android perlu membuat kebenaran akaun gmail untuk memuat turun aplikasi dan permainan menerusi Google Play. Maklumat dan sejarah muat turun (history) juga dirakamkan terutama kepada pengguna pasca bayar yg telah atau pernah membuat transaksi belian kredit. Contohnya, jika pengguna telah membeli aplikasi ini, ia boleh dimuat turun semula secara percuma, kerana rekod ini disimpan pada akaun gmail yg digunakan.


5-Integrasi aplikasi "semua dalam satu" Google 
Tahukah dengan satu akaun gmail yg sama, pengguna boleh mengaktifkan fungsi lain pada laman Google Plus, Google Hangout, Google Maps, Google Drive, Youtube & Blogger. Dengan akaun yg sama juga boleh digunakan bersama aplikasi2 Google di Playstore. Cuma perlu masuk (sign in) dengan gmail yg sama, kemudahan lain sedia gunakan serta-merta!


Rumusan
Selain dari fungsi integrasi akaun Android, sudah tentu gmail boleh digunakan sebagai medium surat-menyurat yg lebih efisien. Ruang saiz kepilannya juga agak besar sehingga 25Mb berbanding 5Mb pada emel biasa. Jika lampiran terlalu besar sambungan boleh dikepilkan dari Google Drive (5Gb). Jika lampiran gambar terlalu banyak sambungan galeri bolleh dibuat di Google Picasa.  Dengan reputasi yg baik, tempoh server uptime yg lebih dan downtime yg minima pengarang berani menyimpulkan Google Gmail adalah raja emel sejak saingan AOL, Hotmail  & Yahoo yg kini merudum. 

Sudahkan serasikan akaun gmail pada Android anda ?


9 ulasan:

  1. Nice share:) gmail mmg wajib ada untuk android user:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hmmm, saya tak pasti nak kata wajib atau harus, wajib berdosa tak buat, hehe

      Padam
  2. skrg ni hset kita menyimpan pelbagai maklumat dan password yg telah di 'save'. diharap tuan blog dapat buat entry cara atau langkah2 yg perlu diambil sblm kita jual semula hset ke kedai atau org lain. agar maklumat/akaun kita selamat dan tidak disalahguna org lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih dengan cadangan tuan, memang betul Google mempunyai simpanan password dengan integrasi Chrome, nanti saya bincangkan

      Padam
  3. salam bro.apa pendapat kau tentang tablet 7 inch ni.

    http://hyundaimobileinternet.co.nr/

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya cadangkan baca dulu artikel berkenaan tablet chine

      Padam
  4. Kalau kita guna gmail yg sama dgn tablet anak2 mcm mana pulak ye?sudah semestinya history kita akan bcampur dengan yg anak2 punya kan...?
    Emm ada cara tak utk kita nak sembunyikan history kita tu dari bercampur dgn yg anak2 punya..?
    Tq admin..

    BalasPadam
  5. Kalau kita guna gmail yg sama dgn tablet anak2 mcm mana pulak ye?sudah semestinya history kita akan bcampur dengan yg anak2 punya kan...?
    Emm ada cara tak utk kita nak sembunyikan history kita tu dari bercampur dgn yg anak2 punya..?
    Tq admin..

    BalasPadam