Baru-baru ini Samsung telah pun memperkenalkan unit terbaru Samsung Galaksi S4 selepas menempa kejayaan jualan Galaksi S3. Pengarang sempat menyentuh unit dan mengalami sendiri peranti yg dipinjamkan sebentar oleh teman sepejabat En Shidi. Samsung Galaxy S4 telahpun berada dipasaran dan dijual di Malaysia.
Artikel ini akan merumuskan dari beberapa laman web gajet terkemuka untuk bersama kita mengenali secara lebih lanjut model terbaru ini. Sebelum itu atas kesempatan teman sepejabat yg baru membeli Galaxy S4, pengarang sempat mencuba dan mengambil gambar bagi tujuan blog.
Galaxy S4 mempunyai elemen rekabentuk Galaxy Note 2
skrin menggunakan teknologi AMOLED resolusi 1920x1080p
3DMark ialah ujian CPU & grafik
Purata markah 9228
Melepasi ujian Epic Citadel High Performance 58fps
Permukaan belakang dihiasi tekstur yg cantik
Kedudukan mendatar kamera dan lampu LED
ruang bukaan penutup bateri
pandangan dari kanan terdapat butang on/off
butang kawalan suara di sebelah kiri
hiasan aluminium pada sisi, plastik
polyarbonate pada badan utama
II - Spesifikasi
Seterusnya, berikut spesikifasi terpenting yg dipetik dari lawan web GSMarena.com Sesetengah terma dikekalkan dalam bahasa inggeris sebagai rujukan bagi memudahkan pemahaman.
Untuk makluman pembaca Galaxy S4 datang dalam dua variasi CPU. Unit yg dijual diMalaysia ialah versi Octacore Exynos 5, manakala pasaran Amerika menggunakan versi Qualcomm
Skrin sentuh 5 inci Super AMOLED HD,
Resolusi skrin 1080*1920
Skrin Gorrila Glass 3,
(model 1) CPU model Exynos 5 5410
4-teras berkembar (kombinasi ini menjadi Exynos 5 sebagai Octacore)
--Quad Core Cortex Arm 15 -1.6Ghz
--Quad Core Cortex Arm 7 -1.2Ghz
Pemecut grafik
--Tri Core - Power VR SGX 544MP3
(model 2)
(model 2)
CPU model Qualcomm Snapdragon 600
4-teras
4-teras
--Cortex Arm 7 Krait 300 - 1.9Ghz
Pemecut grafik
--Quad Core - Adreno 320
Kapasiti --Memori dalaman 16/32/64--Memori RAM 2GB
Sokongan kad memori Micro SDBateri 2600mah
Kamera 13 Megapiksel
Perbezaan antara S3 dan S4
Perbandingan secara visual
Rujukan lanjut
Skrin definisi tinggi 1080p (HD)
Resolusi piksel pada skrin Galaxy S4 menyamai resolusi HTC Butterfly & HTC One. Sebagai gambaran mudah, bayangkan "TV 40' LED skrin rata diruang tamu anda dipadatkan kepada saiz skrin 5'.
Untuk lebih lanjut (dan teknikal) rujuk artikel berikut
III - Bateri, kad memori dan kad SIM
Bahagian ini agak penting jika pembeli mahu mengenal pasti ketulenan model. Samsung Galaxy S4 mengguna bateri berkapasiti 2600mah. Kedudukan slot kad memori-mikro sd berada di atas sebelah kiri secara melintang. Manakala slot kad SIM berada disebelah kanan dimasukkan secara keatas. Ruang speaker pula berada dibahagian bawah-kiri slot bateri.
Sekiranya anda mencari unit AP berjenama pastikan kedudukan kad sim , kad sim ini sama seperti dalam gambar dengan kapasiti bateri yg tepat. Pengarang masih mengumpul data bagi mengenal pasti perbezaan antara model S4 tulen palsu dan dibentangkan pada artikel akan datang.
IV - Antaramuka perisian dalam
Tidak banyak perbezaan perkembangan Samsung launcher yg dikenali sebagai ToucWiz.Semuanya leih kurang sama dengan keluarga Galaxy.
Penampilan perisian atau features
Galaxy S Voice
Galaxy S Voice ialah fungsi pencarian maklumat atau arahan melalui suara pengguna. Bagaimanapun arahan ini cuma boleh dibuat dalam pilihan bahasa yg agak terhad seperti bahasa inggeris. Pengguna boleh membuat arahan arahan memainkan lagu atau menghantar memo kepada teman. Aplikasi ini mirip kepada Apple IOS -Siri
Air Jump
Air Browse
Seperti Air Jump fungsi Air Browse pula menerima arahan tanpa sentuhan seperti fungsi seterusnya (next) & kembali (prev). Pengguna perlu mengipas2 pada skrin dari kanan ke kiri/ kiri ke kanan.
Air Call-Accept
Smart Scroll
Smart Pause
V - Ujian Benchmark
sumber asal
Exynos 5 (541)0 Octacore
Rumusan
Pada awal pelancaran Samsung Galaxy S4, tidak ramai yg tahu perbezaan lanjut kelebihan S4 berbanding model terdahulu (S3 dan Note2). Selepas melihat dan menyentuh sendiri unit ternyata memang ada perbezaan dari segi bentuk fizikal dan kelancaran prestasi.
Bacaan Lanjut
Analisis - Mengenalpasti Samsung Galaxy S4 Palsu
rujukan
Kapasiti --Memori dalaman 16/32/64--Memori RAM 2GB
Sokongan kad memori Micro SDBateri 2600mah
Kamera 13 Megapiksel
Perbezaan antara S3 dan S4
Spesifikasi
|
Samsung Galaxy S4 (model ID I9500)
|
Samsung Galaxy S3 (model ID I9300)
|
Sistem
operasi
(dari
kilang)
|
Android
4.2.2
|
Android 4.1
|
Resolusi
|
1,920x1,080
pixels, 441ppi, FHD1080p
|
1,280x720
pixels, 306ppi, HD720p
|
Saiz skrin
|
5-inch
full HD Super AMOLED
|
4.8-inch
HD Super AMOLED;
|
Rangkaian
Data
|
GSM,
HSDPA, LTE
|
GSM,
HSDPA
|
Kamera
utama (belakang)
|
13-megapixel,
1080p HD video
|
8-megapixel,
1080p HD video
|
Kamera
hadapan
|
2-megapixel
|
1.9-megapixel
|
CPU
|
Model 1 –
1.6GHz Octa-core Exynos 5 Octa
Model 2 –
1.9GHz Quad-core Snapdragon 600 (Versi Amerika Syarikat)
|
Model 1 -
1.4GHz Quad-core Exynos
Model 2 -
1.5GHz Dual-core Snapdragon S4 Pro (Versi Amerika Syarikat)
|
GPU
|
Model 1 –
PowerVR 544MP3
Model 2 –
Qualcomm Adreno 320
|
Mali
400MP
|
Kapasiti bateri
|
2,600mAh
|
2,100mAh
|
Nota : Model 1 untuk pasaran antarabangsa termasuk di Malaysia, model 2 hanya dijual bersama telco tertentu khususnya di Amerika Syarikat atau di Eropah
Perbandingan secara visual
Kiri = Galaxy S3
Kanan = Galaxy S4
Galaxy S4 mempunyai tekstur pada badan manakala S3 agak licin. Keluasan skrin pada hadapan S4 peranti lebih penuh dan padat daripada S3. Kedudukan lampu flash berada mendatar diantara lensa dan logo, perubahan ini sangat penting kerana led yg berada pada S3 mudah terlindung dengan pegangan dan jari yg mungkin menghalang pancaran flash.
Rujukan lanjut
- http://www.gsmarena.com/samsung_i9500_galaxy_s4-5125.php
- http://www.gsmarena.com/samsung_i9300_galaxy_s_iii-4238.php
Skrin definisi tinggi 1080p (HD)
Resolusi piksel pada skrin Galaxy S4 menyamai resolusi HTC Butterfly & HTC One. Sebagai gambaran mudah, bayangkan "TV 40' LED skrin rata diruang tamu anda dipadatkan kepada saiz skrin 5'.
klik untuk besarkan gambar
Untuk lebih lanjut (dan teknikal) rujuk artikel berikut
III - Bateri, kad memori dan kad SIM
Bahagian ini agak penting jika pembeli mahu mengenal pasti ketulenan model. Samsung Galaxy S4 mengguna bateri berkapasiti 2600mah. Kedudukan slot kad memori-mikro sd berada di atas sebelah kiri secara melintang. Manakala slot kad SIM berada disebelah kanan dimasukkan secara keatas. Ruang speaker pula berada dibahagian bawah-kiri slot bateri.
Galaxy S4 hanya menggunakan satu SIM sahaja
Sekiranya anda mencari unit AP berjenama pastikan kedudukan kad sim , kad sim ini sama seperti dalam gambar dengan kapasiti bateri yg tepat. Pengarang masih mengumpul data bagi mengenal pasti perbezaan antara model S4 tulen palsu dan dibentangkan pada artikel akan datang.
IV - Antaramuka perisian dalam
Tidak banyak perbezaan perkembangan Samsung launcher yg dikenali sebagai ToucWiz.Semuanya leih kurang sama dengan keluarga Galaxy.
Samsung Galaxy S4 TouchWiz
Sejak kehadiran Galaxy Note, multi window telah diperkenalkan bagi membolehkan dua aplikasi dibentangkan atau dilihat dalam satu skrin. Contohnya pengguna boleh melungsuri internet dengan Browser dan membuka dan mencata nota tanpa perlu menutup penuh. Dengan kelebihan multitasking pada Android, dua aplikasi boleh digunakan serentak seperti menggunakan sistem Linux / Windows.
Multiwindow membolehkan dia aplikasi digunakan serentak pada skrin
Sekalipun fungsi ini masih terhad dan hanya boleh digunakan pada aplikasi terpilih, sokongan perisian ini akan dipertingkatkan. Ia bukan lagi gimik, ia memang satu fungsi yg sangat berguna. Kabar angin juga mengatakan Samsung akan memberikan kemaskini perisian terbaru yg didatangi fungsi yg sama kepada pengguna Galaxy S2 & S3 kelak.
Penampilan perisian atau features
Galaxy S Voice
Galaxy S Voice ialah fungsi pencarian maklumat atau arahan melalui suara pengguna. Bagaimanapun arahan ini cuma boleh dibuat dalam pilihan bahasa yg agak terhad seperti bahasa inggeris. Pengguna boleh membuat arahan arahan memainkan lagu atau menghantar memo kepada teman. Aplikasi ini mirip kepada Apple IOS -Siri
pengecaman suara S Voice
Air Jump
Fungsi Air jump membolehkan proses scroll down/ up dilaman web atau mesej panjang emel dengan melambaikan tangan pada atas sensor Galaxy S4. Dari segi penggunaan , tidak ramai pengguna yg melambaikan ke skrin melainkan pengguna sedang melayari internet dan sambil menikmati chip kentang , mungkin juga tidak mahu mengotorkan skrin. Untuk menggunakan fungsi ini gerakkan tangan keatas atau kebawah skrin.
Air Browse
Seperti Air Jump fungsi Air Browse pula menerima arahan tanpa sentuhan seperti fungsi seterusnya (next) & kembali (prev). Pengguna perlu mengipas2 pada skrin dari kanan ke kiri/ kiri ke kanan.
kipas sampai sejuk
Air Call-Accept
Penerimaan panggilan tanpa sentuhan sangat sesuai bagi pengguna yg menggunakan pemegang telefon didalam kereta atau sedang memandu. Apa yg menarik terdapat pilihan menggunakan loudspeaker selepas menerima panggilan masuk, maka pemandu tidak perlu memegang telefon untuk menumpukan perhatian memandu.
ini sememangnya canggih dan praktikal
Smart Scroll
Fungsi ini pula berguna semasa membaca teks panjang pada laman web. Sensor utama S4 akan mengesan posisi mata atau kepala pembaca. Sensor ini mengawal scroll down & scroll up mengikut paksi kepala dan mata untuk menuruni kandungan teks keatas atau kebawah. Walaubagaimanapu pengarang tidak sempat mencuba fungsi ini secara lanjut
Kuasa pada mata ala Jedi
Smart Pause
Menonton video tidak lagi terganggu dengan video yg akan terhenti apabila berpaling. Smart Pause menggunakan sensor pengesanan muka pengguna. Sekiranya pengguna berpaling muka dari skrin (semasa menonton video) video akan terhenti dalam mod Pause. Apabila muka memandang semula pada skrin video akau disambung semula (Resume).
sekejap pandang sekejap tengok
Tetapi tidak semua sensor agak praktikal untuk kegunaan harian. Sensor ini berfungsi pada zon yg terang dan tidak berfungsi sekiranya jarak kepada yg agak jauh, atau semasa peranti diletakkan diatas meja. Menggunakan sensor ini juga pasti memberi impak pada penggunan hayat bateri.
Kepintaran sensor pada Galaxy S4 ialah suatu inovasi yg menarik dan kreatif . Satu fungsi yg agak menarik ialah seperti Air call-accept yg betul2 praktikal kepada pemandu.
V - Ujian Benchmark
Ujian Benchmark ialah bertujuan sebagai penanda aras prestasi dan kebolehan peranti. Berikut rumusan yg dipetik dari gsmarena.com & engadget.com. Pada jadual berikut juga akan menunjukkan perbezaan prestasi 2 versi Samsung Galaxy S4 dari model Exynos Octacore dan Snapdragon Quadcore
sumber asal
Exynos 5 (541)0 Octacore
Terdapat sedikit perbezaan prestasi dimana versi Octacore mempunyai prestasi yg lebih baik dari versi Qualcomm. Walaubagaimanapun terdapat komen dari XDAdevelopers menyatakan versi Qualcomm adalah lebih mesra bateri. Tetapi ulasan ini masih belum disahkan.
Walaupun Exynos 5 dilihat sebagai sebagai Octacore atau 8 teras CPU, ia sebenarnya mempunyai Dwi-empat teras (Dual-quad core). Semasa CPU berada dalam stress load yg rendah CPU Arm7 1.2Ghz digunakan sebagai penjimatan kuasa bateri, apabila stress meningkat 100%, tugasan ini dialihkan ke CPU Arm15 1.6Ghz untuk mempercepatkan tugasan CPU. Ini bermakna maksimum hanya 4 CPU beroperasi pada satu masa.
Rumusan
Pada awal pelancaran Samsung Galaxy S4, tidak ramai yg tahu perbezaan lanjut kelebihan S4 berbanding model terdahulu (S3 dan Note2). Selepas melihat dan menyentuh sendiri unit ternyata memang ada perbezaan dari segi bentuk fizikal dan kelancaran prestasi.
Bacaan Lanjut
Analisis - Mengenalpasti Samsung Galaxy S4 Palsu
rujukan
- samsung.com
- Gsmarena review - Samsung Galaxy S4 review: Supernova
- engadget review - Samsung Galaxy S 4 with Exynos Octa-core: what's different?
Salamk para pembaca
BalasPadamsaya harap tuan2 bertanyakan soalan yg berkaitan dengan post, gunakan subforum utk soalan & kemusykilan lain,
salam, first time charge bateri berape lama seelok2nye tq
Padamselepas bateri penuh tambah extra 1 jam, 5-6 dah memadai
Padamassalam...esok genap 3 minggu sy guna samsung gs4. setakat ni apa yg saya kurang berpuas hati dgn gs4 ialah storage dia. semua application yg sy install dia akn simpan dlm fon storage dan bknnya sd card. setakat 3 minggu ni, system storage used 6.05GB of 8.92GB manakala sd card used 2.76GB of 29.71GB. mknanya fon storage sy dh hmpir penuh,tukar setting pn x banyak membantu. selain dari tu sy sgt berpuas hati.
BalasPadamwsalam, terima kasih berkongsi pengalaman, semak juga tetapan kamera supaya lokasi gambar disimpan ke kad memori utk mengelakkan memori dalaman pemuh =)
PadamTetapan kamera dh tukar ke memori kad...bla sy cek blk byk application di simpan dlm memori telefon dan setting utk pindah ke memori kad xda.. install app2sd pn x boleh..
Padammemang aplikasi atau games yg dimuat turun akan dimasukkan terus ke memori dalaman, yg ini tidak boleh dielakkan, jika nak menggunakan sd card sebagai 'expansion' atau sambungan, ia perlu di root atau/ dan menggunakan custom firmware
PadamUntuk buat pemindahan secara paksa, gunakan DroidSail (perlu root)
Syg nk root...br guna x smpai sebulan. Lg pn wat ms ni hp ni xde buat hal lg,lambab ke ape ke. Cuma kdg2 tu nk bkk camera dia off@restart sndri.
BalasPadambab kamera restart saya tu memang ada baca ramai yg kena masalah yg sama, belum ada penyelesaian buat masa ni, jadi kena tunggu firmware terbaru dari Samsung
Padambuat masa cuba masuk ke tetapan kamera, tutup fungsi (disable) location enable, fungsi ni simpan kordinat gps pada gambar, tutupkan nya
Dlm my files ada setting set home directory...setting ni utk apa? Kalau setting untuk simpan gmbr ke dlm memori kad atau telefon,knp dlm camera setting pn ada pilihan untuk simpan dlm telefon atau memori kad? Sy kurang fhm ttg ni...mntk jelaskan secara terperinci.
BalasPadammy files sebagai pengurusan fail macam My Computer, set home akan tentukan pandangan pertama (macam homepage/ bookmark) apabila "My Files" dibuka,
Padamtetapan kamera akan tentukan lokasi simpanan yg diambil, untuk lebih selamat simpan gambar di kad memori, jadi bila terformat memori dalaman gambar tu masih ada di kad memori
Owh...katakan kalau memori telefon dh penuh nnt dia akn mntk kita pdm applikasi atau automatik akn simpan ke memori kad?
Padambila memori dalaman dah penuh google play tak boleh download apa2, pemindahan ke memori kad hanya boleh dibuat secara manual, satu persatu
PadamS4 high quality from china ori atau xye?
BalasPadamsemua model yg tulen berkualiti tinggi, tapi iklan tu masih tak jelas
Padamsalam...saya ada masaalah ni baru je beli s4...memori dalaman 8gb/ram2gb lepas tu pakai 5-10 minit dah panas cam nak letup je...bateri pulak tak sampai setengah jam dah kena cas... harga rm2ooo waranty 1tahun...s4 saya ni origanal ke tiruan macam mana nak tahu?
BalasPadambuat semakan imei atau telefon samsung malaysia, panas ni sejak hari dibeli atau lepas isntall sesuatu ?
Padammasa pegi beli tu dia cakap memori dalaman 16gb sampai kat rumah tengok 8gb je memori...rasa tak puas hati plak ngan harga 2ribu...patut ke pegi tukar yang lain?
Padamtengok resit belian ade tulis berapa 8Gb, bawa balik semula ke kedai utk penjelasan,
Padamsejak dibeli lagi...
BalasPadamnak semak imei tu macam mana caranya?
lihat artikel saya berkenaan imei
PadamSaya nak tanya, adakah features yg ada pada gs4 ada pada gnote/gnote2?
BalasPadamMksd sy features yg diatas(sensor,..)
Padamtidak semua, tapi saya berpendapat ianya "software limitation" pada Android GN2,
Padamdari segi spesifikasi ianya lebih kurang sama, kecuali piksel skrin
Memori gs4 atau gs4 LTE lebih baik....
BalasPadamtiada perbezaan kelajuan dan saiz memori
Padamroot swap telefon insyallah semua apps yg awk install ada dalam sd card
BalasPadambila root macam yg boleh buat,
Padamtapi tidak semua tahu dan berani mengambil risiko root kerana ini akan abaikan perjanjian warranti
salam,,nk tnya mcam mane sya nk thu sy nye smsung s4 ni ori ke x??sy beli dri agen,,harga rm1900,,die ckp ory..anta kdai tpon dyowg ley check kn ke??
BalasPadamtanya boleh tuntut jaminan di Samsung Malaysia service, kalau boleh sah ori
Padamok tq
Padamnk tnya skit,,baru beli samsung s4,,check imei sume ad,,tp batery die tlis made in korea,,x ory ke??tp jminan ley wt kt mana2 kdai samsung
BalasPadamjawapan sama seperti post 18 julai
PadamSlm sya nak tanya.S4 sya mengalami kegagalan utk on pada skrin.apa bila di on, sistem berjalan seperti biasa tetapi skrin tidak berfungsi, menyebabkan hp sya panas secara tiba2.utk pengetahuan hp ini x pernah jatuh.
BalasPadamkepanasan pada peranti berkait dengan aplikasi yg mungkin berfungsi secara latar belakang dan tidak serasi dgn sistem, cuba ingat aplikasi yg dimuat turun sebelum masalah ni berlaku,
PadamSalam tuan. Saya ada soalan. S4 64g da masuk market malaysia ke? sy bercadang nk agkat S4 next week(klu leh nk yg spec tinggi coz sy ni kaki gaming).Ada apa2 petua x tuan?
BalasPadamselepas beli terus buat semakan firmware dengan Kies, update jika ada dan FORMAT penuh, ramai pengguna S4 yg update ada masalah lembab selepas update, lihat artikel Format
Padamsaya nak tnya..s4 nie boleh dengar radio tak?
BalasPadamtiada fungsi radio FM, tapi masih boleh dengar siaran radio seluruh dunia termasuk di malaysia dengan aplikasi Tune In radio
Padammacam mana nk bezakan samsung s4 3g ngan samsung s4 lte?
BalasPadambaca artikel mengenalpasti S4 palsu, dalam tu ada dinyatakan model variant
PadamAdakah bgus klo bli clone s4 dari korea? Sy blum bli.. survey..hihi
BalasPadambaca yg artikel ori vs klon
PadamSalam..antara s4 dan note2 mana pilihan terbaik.saya nak beli
BalasPadamsalam bos. s4 ni skrin dia beresolusi 1080p. kalo tengok movie 720p secara full screen gambar jadi pecah ke? takkan kena donlot movie beresolusi 1080p jugak baru cantik?
BalasPadamtak semestinya perlu video 1080p, memadai 720p untuk tontonan skrin 4 inci ke atas,
PadamSalam nk tnye. Sye brminat dgn fone sgs4. Kwn sye ade jual fone tu, tpi yg taiwan punye . Okey tak klu saye bli ? Harganye lebih kurg rm400 je.
BalasPadamharga sgs4 terpakai tak semurah tu, kemungkinan bukan ori/ tiruan/palsu
Padamkalau ade jual rm900 but kata direct dari supplier.. tu kire ori ke tak eh?
Padamsaya nk beli hp, but tak tahu which one yang the best.
BalasPadamboleh tak bg cadangan pak cik ku?
Eh Nadia, nak beli untuk hantaran ek ? buat masa ni Galaxy S3 dah boleh dapat semurah RM1100, kalau antara S4 dengan Galaxy Note 2, baik pilih GN2, syor lain ialah HTC One
PadamBagaimana dengan LG G2, mana lebih ok dengan S4 ni?
BalasPadamLG G2 mempunyai CPU Qualcomm S4 800 yg lebih laju dari SGS4, tapi dari segi sokongan updates LG agak ketinggalan la
Padamsalam, S4 berapa model yg ada?
BalasPadamJawapannya ada di atas ,
PadamSalam sy nk tanya kenapa s4 sy xbole nk detect sim? Hrap bntu
BalasPadamcuba bersihkan kad sim dengan pencuci alkohol, masukkan semula dan restart
Padamhp s4 sy x bleh on....
BalasPadamset ori ke ap ? kalau ori ikut method 2
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSalam.
BalasPadamSy nk tny np sy masukkn sd card tp sy xdpt nk play lagu melalui sd card? Hrp tuan beri penjelasan..
cuba gunakan n7 music player, beri respon jika masih tak boleh
PadamKalau tolak s4 kt kedai. . Agak2 buleh dpat brape?
BalasPadamSalam sy nk tanye mcm mane nk close kn activity @ apps yg kite x gunakan..sb bateri s4 sy cpt sgt abis..klu on9 pn x lama..kire sehari kena charge 2 kali la..
BalasPadammenggunakan internet bergerak (mobile data) akan menggunakan kuasa bateri yg lebih, hanya buka bila perlu, lihat artikel lama berkenaan 'optimumkan peranti',
PadamNk tnya..pa beza made by samsung korea ngn made by samsung tu...
BalasPadamSa gna samsung made by korea..sa cek imei,kamera,sensor smua bfungsi ngn baik..
Salam..nak tanya...knapa lepas install apps dalam s4..dia xnaik ke home ya? Mcm mana nak guna apps klau xda..huhu...s4 ni baru beli
BalasPadamapakah naik he homescreen tu bermaksud tiada shortcut di homescreen ? setting out add shortchut ni ada dalam setting Playstore
PadamSaya pakai s2 . Sekarang dah diupgrade ke s4 . So phone saya dah tak betul . Asik meletup jee . Ape pendapat ? Patut ke baling kt dinding ? Aduhaii . Peningggggg ahhh .
BalasPadambagi saya ajelah, ;-)
Padamkenapa pangilan masuk dan keluar s4 tak dapat kite dengar dengar jelas....
BalasPadamcuba trick ni
Padamsemasa call gunakan butang bunyi (volume), minimumkan (-) kemudian naikkan semula aras suara,
Kenape org tidak dapat dengar suare sy bila memanggil ttp sy jelas dengar suare org. tq
BalasPadamcuba restart semula
Padam