Khamis, 1 November 2012

Tutorial - Cara mengemaskini /update firmware dengan Samsung Kies

Artikel asal di tulis dalam bahasa inggeris oleh blogger Jayce Ooi



Peranan Samsung Kies ialah sebagai perantara telefon Android dan komputer. Ini boleh diumpamakan sebagai program pengurus fail dan media peribadi. Melalui Kies pengguna boleh melihat apakah fail yg tersimpan dan bagi tujuan membuat simpanan backup dari galeri foto kamera.



Tutorial lanjut bergambar daripada Samsung (dalam bahasa inggeris)


Samsung Kies  boleh mengemaskini dengan sokongan update firmware bagi model terpilih. Tetapi tidak semua model mendapat update OS terkini (ini ditentukan oleh Samsung), terdapat model yg lama hanya mendapat incremental update sekadar patching ke versi yg baru tetapi dengan OS yg sama. Contoh incremental update ialah Android 2.3.1 kepada 2.3.2.

Bagi pengguna yg menggunakan Galaxy SII/ S2 update firmware sepenuhnya akan mengubah versi Android 2.3.5 (Gingerbread) kepada 4.0.1 (Ice Cream Sandwhich).

A - Senarai semak

  1. Peranti Android jenama Samsung yg mahu dikemaskini
  2. Sebuah Komputer/ Laptop dengan sambungan internet stabil
  3. Kabel micro usb & charger 
  4. Samsung Kies
  5. Keberanian & keyakinan 


B- Keperluan pertama

1. Pertama sekali dapatkan Samsung Kies yg terkini;  Muat turun/ Download Samsung Kies 2

2. Selepas muat turun install pada komputer yg mempunyai akses Internet jika bertujuan menyemak atau mengemaskini firmware terkini. Bagi yg pengguna tanpa Internet, Kies boleh digunakan sebagai medium pengurus fail seperti biasa khasnya pengguna Windows XP. Restart komputer selepas install.

3. Sebelum memulakan update, charge telefon sepenuhnya kerana Samsung Kies tidak akan mengemaskini  jika aras bateri telefon rendah.

4. Dinasihatkan menutup program lain terutama yg menggunakan banyak memori. Ini bagi memastikan kelancaran sistem semasa upgrade

5. Matikan sementara (disable) Antivirus dan firewall jika ada untuk mengelakkan masalah.



C- Langkah seterusnya

6. Buat sambungan dengan kabel USB antara telefon Android dan komputer. Kabel micro usb ni diberi percuma semasa membeli
inilah rupa kabel micro USB 



7. Tunggu sehingga Samsung Kies aktif dengan sendiri. Jika tidak, laksanakan (open program)  Kies secara manual, Semak pada Android, lihat USB Connected pastikan pilihan checkbox ialah MTP

tunggu dan lihat.




8. Selepas carian peranti selesai perhatikan pada Firmware information. Jika terdapat mesej new firmware is available bermakna ada update terbaru


pilih Firmware upgrade untuk memulakan kemaskini 


9. Selepas menekan butang Firmware uprade, keluar senarai semak bagi memastikan cukup syarat sebelum melaksanakan tugas upgrade. Kita mulakan dengan memilih Start upgrade

pilihan allow cuma sebagai statistik server


10. Pop up Samsung Kies keluar sebagai peringatan sekali lagi. Pilih Update

peringatan ulangan

C - Proses kemaskini (Flashing)

11. Samsung Kies akan memulakan proses upgrade sistem android.
Pada masa ini proses yg sedang berlaku ialah Samsung Kies memuat turun sepenuhnya firmware dari server rasmi Samsung. Pada masa ini jika kabel peranti Android dicabut atau tercabut tiada risiko kerosakan.

  • Saiz fail firmware sangat besar,  ini memerlukan talian internet yg stabil dan boleh digunakan bagi tempoh panjang.
  • Gunakan kelajuan internet sekurang2nya 1Mb atau yg lebih tinggi seperti unifi


firmware sedang dimuatturun dari server, 




12. Selepas selesai muat turun fail firmware, pop up berubah secara sendiri sebagai persediaan sebelum flashing 

persediaan sebelum bermula flashing



13.  Firmware upgrade menunjukkan proses kemaskini sistem sedang dilaksanakan. Ini adalah bahagian yg paling penting. Pastikan kedudukan peranti stabil dengan kabel yg rapat. Lebih baik jangan diusik atau dialihkan. Jika berlaku tercabut kabel atau terputus belakan elektrik kerosakan pada peranti boleh berlaku.


firmware sedang dihantar 


Seterusnya tunggu dan lihat.

firmware sedang di kemaskini (flashing)


15. Firmware Upgrade Complete menunjukkan proses upgrade telahpun berjaya. Android secara sendirinya restart. Tunggu dan lihat sehingga peranti masuk semula ke antaramuka Android

proses kemaskini selesai!


16. Selepas proses kemaskini selesai, pilih ok untuk kembali ke halaman utama Samsung Kies. Pengguna perlu menunggu sehingga pengemaskinian selesai.


-artikel ini akan dikemaskini apabila perlu-


Jika terdapat sebarang kemusykilan, silalah bertanya dibawah

45 ulasan:

  1. bagaimana dengan telefon masalah autorestat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Autorestart berkemungkinan os yg dikemaskini menggunakan cache file os lama, contohnya ICS menggunakan temporary data Gingerbread,

      Format penuh atau factory buat reset

      Padam
  2. salam..hp saya hilang usb storagenya.sekarang hp xboleh akses ke memori peranti walaupun menggunakn kies? ade penyelesain x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. gunakan Es Explorer, cuba semak folder extUSB atau external sd card ada tak ? sejak bila macam ni ?

      Padam
    2. saya puya pown jd mcm uh..tolong

      Padam
    3. boleh aje gunakan Samsung Kies dan akses melalui PC

      Padam
  3. bang kalo untuk samsung champ 3303i gimana kan saya masukin usb ke pc tapi kagak terbaca nah pas di rumah kok tulisannya menyambung ke PC adahal pake carger biasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samsung champ 3303i tidak menggunakan sistem Android, langkah tutorial diatas tidak tertakluk kerana sistem operasi yg berbeza ,

      Padam
    2. 😂😂😂😂😂😂😂

      Padam
  4. hey selamat pagi.. bagaimana saya mahu update samsung geo GT-S5660 adakah cara ini boleh???

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tidak mempunyai model itu, kene cuba sendiri, jangan bimbang sambungan yg dibuat tidak memudaratkan komputer dan android tu sendiri,

      Padam
  5. update firmware ni boleh ke menukar android gingerbread kpd jelly bean. saya menggunakan s advance

    BalasPadam
    Balasan
    1. tidak semestinya kemaskini akan berikan lompatan ke versi baru, ini bergantung pada kemampuan model dan mengikut selera pengeluar (Samsung)

      Padam
  6. Betulke galaxy ace plus boleh di upgrade kepada 4.1 jelly bean

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak pasti, perlu buatsemakan dgn Samsung Kies

      Padam
  7. Sy nk upgrade jellybean ke kit kat ..boleh ke ?samsung grand duos

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba buat sambungan melalui Kies, utk pengetahuan Maria kemaskini firmware bergantung dengan pengeluar (Samsung), jika Samsung tidak sediakan kemaskini maka tiadalah utk model yg tertentu

      Padam
  8. Salam note 2 sy sudah flasing .tp masih keluarkan model dan perkataan samsung sahaja berulang 2 berulang2 kenapa ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. lihat artikel berkenaan dengan format cara yg betul

      Padam
  9. salam..saya nak tukai andorid 2.3.5 ke 4.2.2

    BalasPadam
    Balasan
    1. kemaskini versi android bergantung dengan pengeluar, jikalau pengeluar tak sediakan kemaskini maka tiadalah kemaskini baru

      model yg digunakan?

      Padam
  10. saya mau update samsung galaxy young gt5360 apakah bisa gan
    mohon informasinya

    BalasPadam
    Balasan
    1. muat turun dan buat sambungan untuk semakan kemaskini pada telefon tersebut, walaubagaimanapun tidak semua model punyai kemaskini terkini

      Padam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. salam.mcm mne nk repair android mksd sy file download manager sudah terhapus dlm android .. fon sy samsung galaxy s3 19300

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika telefon tidak root download manager boleh dipulihkan melalui hard reset, tapi tak perlulah buat demikian memandangkan ada aplikasi seumpama yg boleh dimuat turun melalui Playstore

      Padam
  13. saya mahu upgrade android galaxy s2 ginger bread ke jelly bean macam mana caranya tolong lah saya

    BalasPadam
  14. assalam. maaf mencelah.
    mcm mana ye kalau bila sy hard reset saya punya hp note 2, dia kluar tulisan2 merah tu. mcm xley nk hard reset je. xtaw da cmne nak buat. hp saya bermasalah. dia stuck kt tulisan SAMSUNG NOTE II GT-N7100 jee.

    BalasPadam
  15. bang... galaxy note 8.0 saya ada masalah android... just kluar samsung x boleh pegi homeskrin..macm mana

    BalasPadam
  16. Macam mana kalau tlefon salah rom..saya mau install rom asal..guna samsung kies..boleh ka tu?..
    Tlefon saya samsung s2 Gt I1900

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika boleh masuk download mode, reflash semula dengan ODIN , pastikan memilih firmware yg betul

      Padam
  17. terima kasih atas bantuan anda terhadap saya . saya tidak tahu nak balas budi baik anda . kerana pengetahuan anda , android saya ice cream sandwich ke jelly bean . kalau saya tak jumpa blog ni , pasti saya akan menggunakan android buruk itu selama forever . hahaha . terima kasih lagi diucapkan . sekian jutaan terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahniah kerana membaca sepenuhnya, nanti boleh la belanje minum

      Padam
  18. salam..
    bagaimna hendak update android zombie 2.3.5? Telefon sy Lenovo A238t..

    BalasPadam
  19. salam...
    jika hpon sering keluar arahan untuk meminta mengesahkan kata laluan untuk kemaskini akaun samsung, apa masalahnya?...

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum bos..Samsung mega bole upgrade x.. sekarang pakai jelly Bean.. klu upgrade melalui Samsung Kies original Android ker

    BalasPadam
  21. Samsung galaxy mega 6.3 sya apabila dsmbngkn ke pc...storage x detect dlm pc

    BalasPadam
  22. kenapa Samsung note 2 sambung cable tak boleh detect kat screen kies ? dekat my computer boleh baca fail Samsung note 2.

    BalasPadam
  23. kenapa Samsung note 2 sambung cable tak boleh detect kat screen kies ? dekat my computer boleh baca fail Samsung note 2.

    BalasPadam
  24. macam mana nak update kalau pakai laptop sahaja..dapat tak?

    BalasPadam