Isnin, 26 November 2012

Aplikasi Percuma - RSS Demon

RSS Demon ialah aplikasi pembaca Feeds/ RSS dan menyokong bacaan secara luar talian (offline). Kelancaran aplikasi ini membolehkan ia mengemaskini kandungan yg dilanggan (subscribe) bergambar seperti pembaca RSS lain. Jika anda belum memahami RSS dan kepentingannya sila baca artikel ini terlebih dahulu.



Gambar 500px boleh dibuka dan disimpan melalui RSS Demon



Tidak seperti Pulse Reader yg hanya boleh memaparkan teks apabila luar talian,  RSS Demon akan memuat turun dan menyimpan teks dan gambar yg boleh dibaca kemudian. Kualiti gambar yg dimuat turun mengikut kualiti asal. Bacaan kandungan RSS Demon berdasarkan pagebreak atau read more yg ditentukan pengarang artikel. Ia mempunyai enjin carian untuk mencari permintaan (search query) pengguna mengikut perkataan yg relevan. 

Sebagai contoh , pengarang telah menambah blog yg mempunyai data RSS dan dihubungkan terus melalui RSS Demon. Ini memudahkan pengguna membaca ringkasan bacaan tajuk berita dan kandungan yg diringkaskan tanpa perlu membuka Browser Internet. Untuk membaca artikel secara penuh, artikel ini akan dihubungkan ke laman web berkenaan.

Jangan lupa tambah blog Android-dan-saya menerusi aplikasi RSS Demon!


Ciri-ciri RSS Demon

  • Carian automatik RSS/ Feed/ Atom dengan enjin pencari bina dalam 
  • *.XML, *.OPML
  • Integrasi dengan Google Reader 
  • Pengemaskini berkalau / automatik
  • Import/ Eksport backup, menyimpan tetapan RSS 


RSS yg disimpan boleh dikumpulkan mengikut kumpulan (group)


RSS Demon memberi keutamaan dengan artikel yg belum dibaca pengguna. Kadungan berita dan post terbaru (dan yg belum dibaca) akan dipaparkan bahagian paling atas, yg telah dibaca akan diletakkan dibawah. 

Pandangan RSS Android-dan -aya melalui RSS Demon

Berita yg telah dibaca boleh disembuyikan (hide read),  ini sangat berguna untuk menyembunyikan artikel yg banyak dan supaya artikel lama/telah dibaca tidak bercampur dengan artikel terbaru.

Pandangan artikel pada RSS menyimpan gambar yg boleh dibaca secara luar talian. 
Gambar boleh dibesarkan untuk kualiti asal

RSS Demon memudahkan pengguna membaca kandungan Internet yg diringkaskan untuk dibaca kemudian.  Masa yg paling sesuai membaca RSS ialah semasa menunggu bas, menaiki teksi dan tren. Pengguna yg banyak meluangkan masa didalam pengangkutan awam dan gemar berhibur mendengar muzik, bolehlah manfaatkan telefon pintar yg dibeli dan digunakan kearah membudayakan tabiat membaca. 



RSS Demon / RSS Demon Lite adalah percuma dan berfungsi sepenuhnya (freeware). Keperluan minima ialah Android 2.2 ke atas, disyorkan bagi peranti Android pada resolusi 800x480 untuk penggunaan yg optimum.



0 ulasan:

Catat Ulasan