Bagi pengguna asas android anda dinasihatkan membaca dahulu topik asas terdahulu. Topik ini di rumuskan bagi langkah menambah nilai keupayaan Android supaya lebih lancar dan bertambah jangka hayat baterinya.
1. Analisa dan kenal pasti program yang banyak menggunakan bateri. Berpandukan laporan yang diberi, ikuti langkah seterusnya dalam meningkatkan hayat batteri.
Settings > About Phone > Battery use
2. Menetapkan sendiri kecerahan skrin @ screen screen brightness. Antara pengguna tenaga, dan pembaziran terbesar ialah dari penggunaan skrin yang terlalu terang. Jika menggunakan pilihan automatik, dinasihat menggunakan di tempat yang tidak terlalu terang, jika berada diluar bangunan , pilihan secara manual digalakkan. Kadar yang ditetapkan secara manual akan menambah stabiliti pada graf hayat bateri.
Settings > Display
3. Menutup sambungan Wifi & Bluetooth jika tidak digunakan. Mungkin tak ramai yang menggunakan wifi tetapi ramai yang terlupa menutup Wifi & Bluetooh selepas tidak menggunakan (Kecuali bagi pengguna fon telinga bluetooth.). Wifi ada pengguna tenaga terbesar selepas skrin.
Settings > Wireless & Network
4. Menutup fungsi Auto-sync pada tetapan akaun . Autosync berfungsi penyemak akaun setiap setengah jam atau setiap 15 minit, bergantung pada program Android. Tujuannya ialah membuat semakan ke dalam server program yang diguna seperti gmail, google+, facebook, twitter & email. Autosync ini tetap akan berfungsi walaupun Android tiada capaian internet. Oleh itu adalah dinasihatkan menutup autosync jika tidak menggunakan internet.
Settings > Account & Sync
5. Menutup signal GPS jika tidak digunakan. Program seperti Google Maps, Latitude, Papago & Aura akan mengeluarkan mesej supaya membenarkan pengaktifan signal GPS untuk penggunaan navigasi. Tetapi ia tidak pula menutupkan semula signal GPS ini. Selain dari program navigasi ada program lain yang menggunakan akses GPS lokasi seperti program Cuaca & Kompas, program ini tidak berfungsi sepenuhnya jika anda menutup GPS. Hanya buka GPS bila mahu digunakan.
Settings > Location & Security
6. Menggunakan latar belakang statik. Salah satu kebolehan Android ialah menggunakan Live Wallpaper atau latar belakang yang bergerak /beranimasi. Batteri lebih cepat habis jika menggunakan live wallpaper kerana CPU sentiasa berfungsi walaupun program lain sedang digunakan. Menggunakan Live Wallpaper juga menggunakan lebih banyak RAM.
Tap & Hold pada ruang homescreen atau
butang Menu > Change wallpaper
7. Membuang program yang tidak /jarang digunakan. Jangan disimpan lama program yang tidak digunakan, Soalnya bukan storan kad memori masih besar, tapi sesetengah program sentiasa aktif dan berfungsi secara tersembunyi (background operation) walaupun tidak dibuka! Semak program semasa yang berfungsi, buang jika jarang digunakan.
Settings > Applications > Manage Application
8. Memindahkan program ke storan kad memori (Android 2.2 ke atas). Tidak semua Android mempunyai Memori dalaman (internal memori) yang besar. Bagi mengelakkan stress memori dalaman penuh, pindahkan program atau permainan ke storan kad memori. Tidak berbaloi jika permainan yang bersaiz besar disimpan diruang memori dalaman, ini boleh mengurang kelajuan akses memori.
Settings > Applications > Manage Application
9. Mengutamakan rangkaian GSM 2G daripada 3G/4G. Jika Android jarang mengunakan data internet atau tidak mempunyai kamera depan (bagi panggilan video) adalah lebih baik memilih rangkaian 2G secara manual. Pilihan auto menyebabkan signal yang kerap berubah antara 2G > 3G bergantung pada menara pemancar 3G, perubahan signal ini menggunakan lebih batteri, jadi adalah dinasihatkan
Settings > Wireless & Network > Mobile Network > Use only 2G Network
Settings > Wireless & Network > Mobile Network > Network Mode -> GSM only
10. Menggunakan Widget dengan betul. Terdapat widget yang berfungsi sebagai pintasan arahan atau shortcut command. Power widget yang terdapat dalam android umpama suis membuka dan menutup fungsi terpenting. Dengan meletakkan widget pada homescreen, maka tidak perlu lagi bersusah payah masuk ke tetapan secara lanjut. Memudahkan & menjimatkan masa kan ?
Jika Android anda tiada widget sedemikian, cuba dapatkan di Android Market, pasti ada yang percuma.