Ahad, 14 September 2014

Penting - Apakah risiko membeli unit AP yang diimport ?

Semakin banyak jenama dari China yang agak berkualiti dijual secara belian import. Ini menjadikan tiada sokongan warranti dalam negeri/ tempatan dan perlu melalui penjual dan pemborong sekiranya pembeli mahu membuat tuntutan jaminan kerosakan.

Masalah sokongan selepas jualan
Antara risiko yang perlu diambil ialah tempoh tuntutan jaminan yang mungkin panjang dan hanya boleh dibuat menerusi penjual kedai sahaja. Proses bertambah panjang sekiranya penjual ini menunggu pemborong yang biasanya mempunyai jadual pergi dan balik bagi tujuan urusan perniagaan di China. 

Pembeli juga boleh dikenakan bayaran caj penghantaran yg mungkin mahal sekiranya pemborong tidak menuntut item yg dihantar. Contohnya ejen yang mahu pulang ke Malaysia tentu sekali tidak menunggu lama dan menyebabkan item perlu dihantar secara pos antarabangsa. 

Bagi set tulen, tiada sebarang caj yang perlu dibayar kerana anda telahpun membayar pada harganya yang mungkin agak mahal kerana ia merangkumi kos pusat servis jualan di Malaysia. Antara caj lain yang boleh dikenakan ialah caj operasi atau labour fee yang mungkin diambil kesempatan oleh pemborong. 
Dahla rosak, kena tanggung caj penghantaran. 


Pengarang pernah membeli tablet murah China Android dari salah seorang penjual dari forum lowyat. Apa yang dikesalkan ialah mempunyai caj pemulihan yang perlu dibayar. Penjual memberi alasan hanya komponen sahaja yang ditanggung dalam tempoh waranti tetapi kos operasi /buruh perlu dibayar. 

Bagi pengguna yang mahu membeli tablet murah China pastikan anda bertanya apakah jenis waranti dan bayaran jika dikenakan. Jika barangan yang rosak walaupun dalam tempoh waranti perlu caj tambahan, adalah lebih baik jauhilah penjual atau jenama berikut

Masalah mencari dan berhubung dengan PR pengeluar.
Sekiranya kedai dan penjual menghilangkan diri, ditutup atau berpindah, pembeli sendiri perlu menguruskan penghantaran pos. Kosnya mungkin lebih mahal dan perlu merujuk pihak kastam dan Sirim supaya tidak dikenakan caj sirim AP dikemudian hari. 

Barang yang mahu dihantar perlukan alamat yang betul, maka pembeli perlu menghubungi bahagian sokongan jualan atau support / sales service dengan merujuk laman jenama pengeluar.. itu pun kalau ada. Masalah lain seperti kualiti bahasa inggeris yang amat sadis sekali untuk melayan pertanyaan pelanggan.




Item boleh di hantar selepas mendapat respon dan kepastian alamat pengeluar. Untuk mengelak kesulitan seperti ini hanya beli unit AP dari pemborong atau penjual yang berpengalaman.

Campuran unit klon dalam pasaran AP
Cabaran utama pengguna semasa membeli ialah risiko memilih unit AP yang tidak dapat dipastikan asal-usulnya. Terlalu banyak unit klon bercampur dengan barangan import yang tulen. Dahulu jenama Samsung sangat popular menjadi sasaran kilang haram yang menggunakan logo dan acuan yang lebih kurang sama. Selain Samsung jenama One Plus One, OPPO & Xiaomi (yang sedia murah) turut menjadi sasaran.

Pengguna yang tidak tahu semestinya tidak boleh membuat perbezaan fizikal & dalam kerana malas membaca & tidak mahu memgambil inisiatif membaca reviu & tergesa-gesa membuat keputusan. Tidak merancang pembelian dengan betul & mudah percayakan apa yang penjual katakan juga faktor utama pembeli terpengaruh dengan pujukan penjual.

Ingat,selagi tidak membuat kajian maka jangan beli.



6 ulasan:

  1. Nice sharing Mie.. Sebelumnya, Nurul mendapat tahu yang AP set adalah.keluaran kilang yg menjadi subcon pada pengeluar asal.. Original set bila dikilangkan dan dikeluarkan oleh sesuatu brand itu sendiri.. Silapkah info yg Nurul dpt?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sudi membaca, AP ni sebenarnya jenis premit import je, peniaga guna terma untuk bezakan unit import sendiri dengan set rasmi, nurul boleh semak artikel terdahulu saya bertajuk perbezaan unit original dan AP

      Padam
  2. tetapi sya pernah beli pon sony dulu yg ori tapi masa tu masih dlm tempoh waranty tetapi tetap saya d kenakan bayaran kos skrin sesetengah tempat x leh tekan padahal saya beli harga ori dahulu knp ya? klu pertama kali rosak dia x kenakan bayaran x apa .. ini tetp juga dorg p kenakan bayaran... sebnyak 3 ratus...

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika rosak skrin akibat pixel mati, bintik warna tidak hilang penggantian dibuat secara percuma, itupun tengok polisi dari jenama

      bagi akibat kecuaian seperti retak dan kejatuhan, waranti terbatal sendiri, dan dimaklumkan bayaran semasa serahan tuntutan.

      pusat servis tidak boleh menukar bahagian yg perlu dibayar tanpa pengetahuan pengguna, jika ia berlaku bawa slip / surat transaksi ke TTPM untuk aduan bersama

      Padam
  3. As salam..nak tahu sony z1 ori ke ap mcmne??artikel yg mn bleh sy rujuk

    BalasPadam
    Balasan
    1. klik bahagian artikel yg bermula dari tajuk Analisis

      Padam