Rabu, 4 September 2013

Artikel - Kenali Galaxy Note 8

Pengenalan 
Untuk memeriahkan keluarga Note,  Samsung mengeluarkan tablet Galaxy Note 8 (GN8) dengan saiz 8inci yg lebih kecil dari tablet terdahulu ; Galaxy Note 10.1 (GN10) yg bersaiz 10 inci. Pengarang sempat menjeling & meminjam sebentar dari teman sepejabat. Terima kasih kepada blogger Mamaglam yg sudi meminjamkan unit GN8 bagi penilaian ringkas.  Artikel ini juga ditulis berdasarkan rumusan reviu professional lain yg telah diolah semula untuk pembaca dalam bahasa melayu.



I - Spesifikasi 
Samsung Galaxy Note 8
berikut spesikifasi terpenting yg dipetik dari lawan web GSMarena.com Sesetengah terma dikekalkan dalam bahasa inggeris sebagai rujukan bagi memudahkan pemahaman.



Unit ID
GT-N5100

Android 4.1.2 dengan antaramuka TouchWiz

Skrin sentuh 8 inci TFT

Resolusi skrin 800*1280
Layar Wacom untuk sensor tekanan S-Pen


Model CPU 
Exynos  4412 - Quad Core/ 4 teras

Model GPU / Pemecut grafik 
Mali 400MP OC 

Kamera
5 MegaPiksel

Bateri
Li-Ion 4600mAh

Slot sim
Micro-Sim

Slot kad memori
Sokongan MicroSD


II -Galeri
Galaxy Note 8 mempunyai keluasan bezel yg agak besar yg memudahkan pegangan tablet yg lebih stabil & juga agak ringan.


kanan = Galaxy Note 8 
kiri = Galaxy S3


sebagai perbandingan ketebalan Note 8 
agak nipis seperti Galaxy S3

(Pandangan dari atas kiri)
Note 8 bagaikan Note2  "yg dibesarkan",

Sususan Butang 
Menu - Home  - Kembali

Padangan pada sisi kiri

dari kiri
pemancar infrared - kawalan suara - butang kuasa


slot simpanan S-Pen pada bucu bawah sebelah kiri

Pandangan bawah
speaker stereo dan soket micro USB


(Pandangan dari atas kanan)
Slot simkad dan slot kad memori

(Pandangan dari atas)
soket fon telinga /earphone

(pandangan dari belakang)
panduan ilustrasi slot kad memori dan kad sim
kedudukan kamera 5MP, 
TIADA lampu LED sebagai flash

Kelihatan seperti Galaxy Note 2 yg dibesarkan

Model number Galaxy Note 8 ialah GT-N5100


III-Perisian dan penampilan 
Ciri yg ada tidak ubah seperti model Galaxy Note 2, ia mempunyai S-Pen sebagai pen stylus yang membenarkan pegambilan nota secara pantas. Galaxy Note membuat dan menerima panggilan seperti peranti Android biasa.


Hand Motion - Sensor Pergerakan Tangan
Seperti GN2 penampilan GN8 mempunyai fungsi Palm Swipe dimana sensor mengesan gerakan tapak tangan tanpa perlu menyentuh skrin. Jadi pengguna boleh melihat kandungan Galeri foto tanpa perlu menyentuh skrin, mungkin ia berguna semasa makan biskut sambil mengibas2 skrin.

Hand motion sebagai sensor tangan bagi 
tanyangan foto secara slaid

Blocking mode - Sekatan tanpa gangguan
Mod ini juga dikenali sebagai Do Not Disturb, Quiet Hours yg sedia ada terdapat sejak Android versi 4. Fungsi ini agak tersembunyi maka Samsung mengambil inisiatif meletakkan pada menu utama Tetapan Android agar mudah diakses. Pengarang juga menggunakan fungsi ini pada sebelah malam dimana sebarang SMS & notifikasi lain disenyapkan, manakala bunyi panggilan hanya dibenarkan dikalangan no yg disimpan sahaja (saved Contacts/ People)

Blocking Mode boleh dijadual pada bila2 masa

S-Pen
S-Pen berfungsi sebagai pena penulis tetapi dengan fungsi tambahan. Seperti mana GN2, aplikasi SPen akan terlaksana semasa pen dikeluarkan. Aplikasi khas ini hanya terdapat pada keluarga Galaxy Note sahaja. Teknologi lapisan WACOM pada skrin sentuh membolehkan ia menerima sesitiviti tekanan (pressure sensitive) terhadap efek ketebalan garisan. 
Info : Wacom ialah pengeluar utama tablet grafik yg digunakan oleh pelukis dan pereka grafik bagi kegunaan suntingan foto. Setakat ini hanya Samsung Galaxy Note sahaja yg mempunyai lapisan WACOM pada skrin sentuh bagi peranti Android
sebab itulah harga Galaxy Note agak mahal -_- ...






Aplikasi khas ini hanya ada Galaxy Note.




Pengarang sempat menulis dan melukis menggunakan S-Pen pada Galaxy Note 8. Pengalaman menulis pada skrin yg lebih besar memberi impak dan kelancaran memudahkan catatan dimana ruang yg luas.

Mencatan nota secara 
terapung atas aplikasi lain

Antara kelebihan lapisan WACOM ialah mengatasi 
konflik telapak tangan yg bentindih semasa menulis

Airview-Berperanan seperti penanda seperti tetikus.


Butang pintas pada SPen bertujuan membuat 
pilihan subjek untuk disalin ke aplikasi Note

Menulis jawi pon boleh =)



Masa untuk mengasah bakat 


Pengujian /penanda aras 3DMark
Dengan kesempatan yg ada saya sempat melaksanakan pengujian secara Benchmark. Prestasi dan kelancaran GN8 lebih kurang saja dengan GN2. Aplikasi ini juga membolehkan maklumat spesifikasi CPU dan GPU yg sangat lengkap. Melaluinya pengguna boleh meneliti sejauh mana ketulenan peranti yg digunakan. 

Pastikan GN8 anda sama seperti dalam gambar


Markah diberi bedasarkan prestasi.

Kualiti Kamera
Pengarang tidak berkesempatan menggunakan fungsi kamera. Walaubagaimapun pembaca boleh melihat contoh gambar di bawah dari laman gsmarena.com & engadget.com


Bateri 
Menurut empunya GN8; mamaglam, berdasarkan penggunaan harian dengan kecerahan skrin (brightness) yg sederhana/ minimum, ia boleh digunakan sehingga pada petang atau malam, bergantung dengan tugas dan permainan yg dimainkan. Ini termasuk aplikasi rutin Facebook, pelayaran internet, bermain Games dan menjadikan GN8 sebagai Hotspot atau perkongsian wifi dirumah.  Pengarang secara rasional ia cukup digunakan untuk sehari. Tetapi adalah mungkin boleh mencapai sehari-setengah jika kurang melaksanakan aplikasi yg intensif (kuat makan bateri) seperti Games dan Hotspot.

Ulasan dari Engaget.com pula telah membuat kesimpulan penggunaan kuasa bateri Galaxy Note 8 sedikit mengecewakan kerana keupayaan Wifi hanya mencapai 7jam. Sekiranya penggunaan 3G Data diaktifkan, keupayaan standby dan tempoh hayat bateri akan menurun. Kerana, kuasa bateri lebih banyak digunakan semasa fungsi 3G Data diaktifkan.


Ukuran dibuat berdasarkan penggunaan Wifi, 

* Pandangan bateri ini dipetik dari laman engadget.com. 


Rumusan 
Pengarang membuat kesimpulan Galaxy Note 8 mempunyai saiz yg ideal. Walaupun ia menggunakan binaan plastik, bahan yg digunakan berkualiti dan agak padat dari GN10 (atau lebih solid). Mungkin GN10 menjanjikan saiz yg besar tetapi satu kelebihan GN8 ialah diperkasakan dengan CPU Exynos 4412 Empat teras. Meskipun GN8 tidak menggunakan skrin AMOLED, hasil visual dan persembahan skrin sangat memuaskan dengan sudut pandangan yg luas dan jelas tidak kira dari sudut potrait dan landscape

Kombinasi fungsi telefon pada tablet menjadikan GN8 sebagai Phablet (phone+tablet) yg terbaik setakat ini. Saiz yg setanding dengan iPad Mini memberi kelebihan pandangan dari saiz purata tablet 7 inci. Bagi pengguna yg mahu menggunakan fungsi telefon, disyorkan menggunakan unit bebas tangan seperti Bluetooth headset supaya kelihatan senonoh semasa berbual =P.

3 ulasan:

  1. salam bro. soalan aku ni mungkin off topix. dah pakai s3 ori setahun. dari mula beli skrin tampal dgn protector. dari dulu rasa taknak pakai skrin protector tapi takut skrin calar. soalan aku memang boleh calar ke skrin s3/s4 ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa2 skrin kaca masih boleh bercalar kecuali menggunakan permata atau sapphire, gorilla glass mungkin bermaksud kalis retak, ia tak bererti kalis calar, pelapik calar boleh diganti tiap bulan, tapi kalao skrin calar ?

      Padam
  2. salam bro.apa pendapat kau tentang tablet 7 inch ni.

    http://hyundaimobileinternet.co.nr/

    BalasPadam