Rabu, 2 Januari 2013

Aplikasi permainan percuma - Heroes Call

Heroes Call ialah permainan bercorak pengembaraan Aksi RPG (Action RPG) yg menggunakan konsep yg sama seperti permainan popular Diablo dan Final Fantasy.

Heroes Call = Panggilan Wira


Dengan persembahan grafik penuh 3D, tekstur dan kualiti gambar yg menarik, anda seolah bermain pada PC dengan menggunakan skrin sentuh. Latar belakang permainan ini ialah pada zaman mitos dengan watak pahlawan seperti permainan Warcraft atau filem Lord Of The Ring.

Kembara di era mitos pramordial 


Prestasi permainan tidak mengecewakan pengguna tablet berkelajuan sederhana kerana ia boleh dimainkan dengan tablet dan telefon resolusi tinggi. Pengarang telah menguji pada peranti Motorola Xoom yg menggunakan pemproses grafik Tegra 2. Kelancaran grafik agak mengejutkan pengarang bagi peranti Xoom yg menggunakan resolusi 1280x800. Ini kebiasaanya resolusi ini agak berat utk bermain permainan 3D. 

Pengurusan diri &  simpanan barang 

Musuh yg terdiri dari pelbagai jenis makhluk, rasaksa dan goblin

Dengan kelebihan yg ada pada peranti Tegra (2/3), grafik dan efek cahaya dinaiktaraf bagi menggunakan sepenuhnya keupayaan sebenar. Antaranya peningkatan efek tambahan seperti jatuhan ragdoll dengan fizik graviti. Dynamic player lightning pula menambah pencahayaan pada objek supaya lebih menonjol dan sokongan pandangan kamera yg boleh berubah. 

Persekitaran permainan ini kaya dengan hiasan objek2 yg jelas dan cantik 

Permainan ini percuma ia mempunyai sistem belian kredit dalam permainan atau App In Purchase. Walaubagaimanapun ia tidak menghalang pengguna untuk meneruskan permainan.

Heroes Call / Heroes Call THD adalah percuma untuk dimuat turun tetapi mempunyai belian kredit dalam permainan App In Puchase. Keperluan minima yg dijangka ialah Android 3.0 ke atas, disyorkan bagi peranti Android dengan chipset Tegra2 untuk kepuasan yg optimum.


Heroes Call

2 ulasan:

  1. salam admin..sya pengguna sim luar negara..sy guna sim vodafone eg..paparan ikon 3g ada,tp line slow..nk tgok u tube pn kna tggu lama sbb loading..mntk admin beri tunjuk ajar

    BalasPadam
    Balasan
    1. peranti luar malaysia guna gelombang berlainan, adakah kad sim diguna bersama peranti dari Malaysia?

      Padam