GPS ialah singkatan bagi Global Positioning System. Integrasi ini menghubungkan kesemua 24 rangkaian satelit pada orbit bumi bagi pemetaan posisi jalan darat, udara dan laut. Satelit ini asalnya bertujuan bagi kegunaan tentera yg dibangunkan oleh Jabatan Pertahanan Amerika, ia dikenali NAVSTAR GPS.
Satelit GPS pada orbit tetap berfungsi dalam apa jua cuaca, 24jam tanpa henti, sepanjang tahun. Ia boleh digunakan oleh orang awam tidak kira dari bandar hingga ke kawasan pedalaman, pada mana2 negara sekali pun. Kemudahan ini boleh diakses oleh mana2 peranti yg mempunyai chipset & aplikasi GPS tanpa sebarang bayaran.
Bagaimana ia berfungsi ?
Satelit GPS berpusing 2 kali sehari pada paksi dan orbit dan menyimpan masa & kedudukan Latitud dan Longitud. Maklumat ini dihantar (transmit) secara berterusan secara langsung (real time) kepada alat penerima (receiver) bagi menetapkan kordinat didaratan. Penerima akan menafsirkan maklumat koordinat yg diterima kepada program (aplikasi GPS). Aplikasi ini pula akan menterjemahkan kedudukan dalam bentuk peta lokasi sebagai panduan pengguna.
Penetapan kordinat & lokasi
Sebelum menggunakan GPS sepenuhnya, peranti perlu di hubungkan satelit atau dipanggil 'lock up', ini menandakan kedudukan peranti tepat pada lokasi dan selari dengan koordinat satelit. Pengguna dinasihatkan berada diluar pada kawasan terbuka seperti diluar rumah atau bangunan. Hubungan satelit GPS dengan penerima gagal jika terdapat halangan objek besar khasnya rumah yg mempunyai tingkat atas atau berbumbung atau berkonkrit tebal.
sumber gambar dari Garmin.com
Ketepatan GPS
Ketepatan GPS juga bergantung dengan kemampuan chipset dan aplikasi yg digunakan. Terdapat chipset GPS yg mempunyai fungsi multi channel iaitu kemampuan menerima isyarat dari pelbagai arah satelit yg banyak serentak. Sebagai contoh, lokasi peranti yg terhadang oleh bangunan tinggi boleh menerima bacaan dari arah satelit lain.
Bagi pengguna yg mempunyai kombinasi GPS dengan Internet (mobile data). AGPS pula ialah proses penandaan lock up melalui Internet. Aplikasi AGPS akan memuat turun maklumat satelit dari telco / pemancar terdekat yg menyimpan koordinat lokasi dan menghantar maklumat lokasi ke penerima.
Perbezaan GPS dan AGPS
AGPS
|
GPS
|
|
Singkatan bagi
|
Assisted Global Positioning System
|
Global Positioning System
|
Sumber kordinat & lokasi
|
Isyarat dari tiang radio pemancar Telco terdekat
|
Isyarat terus dari satelit GPS pada orbit
|
Masa Lock up
|
Dengan bantuan Internet penetapan lokasi telco terdekat agak
pantas
|
Perlukan masa, sekurangnya 4 satelit perlu dikesan/
dihubungkan
|
Ketepatan
|
Penetapan lokasi ialah pada tiang radio pemancar terdekat, kurang
tepat,
|
Ketepatan dalam lingkungan 1 meter, agak tepat
|
Keperluan kos
|
Menggunakan akses data internet, sesuai bagi pengguna yg berinternet
|
Tidak perlu data internet, hubungan antara satelit GPS ialah percuma
|
Kesesuaian pengguna
|
Telefon & Tablet berinternet
|
GPS biasa
|
Adakah ia percuma atau berbayar ?
Mendapatkan akses GPS atau koordinat adalah percuma. Manakala aplikasi dan perisian GPS ada yg berbayar dan ada yg percuma. Contoh mudah ialah aplikasi Google Maps atau Google Earth yang percuma sepenuhnya. Walaubagaimanapun aplikasi Google Maps & Earth memerlukan sambungan Internet secara berterusan. Di sepanjang penggunaan, aplikasi ini sentiasa memuat turun dan memaparkan data peta pada skrin penerima.
Navigasi Google Map
Walaupun ia percuma terdapat kelemahan. Apabila aplikasi memerlukan internet (online) sebagai medium utama mendapatkan maklumat peta dan jalan, akses Internet mungkin tiada akses internet kelajuan tinggi ataupun tiada liputan pada kawasan pedalaman. Jika berada secara luarn talian (offline) Peta hanya boleh diakses jika data peta (cache) yg dimuat turun masih tersimpan pada peranti. Sekiranya pengguna telah membuat pembersihan cache & data , ini menyebabkan data peta terpadam, jika aplikasi dilaksana ia cuma menunjukkan kandungan kosong menunggu akses internet bagi memuat turun semula data peta.
Google Map
|
Bagi mengelakkan masalah keperluan Internet beterusan dalam mendapatkan maklumat peta, pembangun navigasi popular seperti Garmin & Papago telah membangunkan aplikasi GPS dengan menempatkan bersama fail lokasi /peta. Dengan ini ia tidak lagi memerlukan akses Internet berterusan dan menggunakan maklumat peta yg sedia ada ; peta ini mugkin disediakan atau boleh dimuat turun untuk digunakan secara luar talian (offline) bila2 masa.
Aplikasi ini adalah berbayar bagi menampung kos pembangunan perisian. Dengan sekali bayar pengguna boleh menggunakan akses satelit GPS secara langsung & percuma
Perbezaan Aplikasi yg percuma dan berbayar
Aplikasi
|
Kos Aplikasi
|
Keperluan Internet
|
Sumber Peta / lokasi
|
Google Map, Google Earth,
|
Percuma
|
Perlu akses Internet (mobile data)
|
Tiada fail peta yg spefisik utk dimuat turun, maka perlu akses Internet berterusan,
|
Garmin, Papago, Mapking, Sygic, Tom Tom
|
Berbayar
|
Tidak perlu
|
Fail peta yg boleh dimuat turun disimpan kekal dalam peranti
|
Antaramuka Papago X5
Cara menggunakan aplikasi Papago, pengguna perlu ;
- Muat turun dari Google Play
- Muat turun fail peta dari laman /forum malfreemaps, percuma tapi perlu daftar
- Memindahkan fail peta ke dalam folder yg betul , perlukan komputer/ laptop
Terdapat alternatif navigasi lain seperti Sygic Aura (trialware) yg boleh dicuba dengan tempoh 7 hari. Antaramuka aplikasi ini sangat menarik dengan sokongan penuh grafik 3D. Selepas memuat turun Sygic Aura, aplikasi akan memberi pilihan muat turun fail peta dalam aplikasi yg sama , ini memudahkan pengguna dan tidak perlu membuka forum atau laman web bagi mendapatkan peta secara manual seperti Papago.
Antaramuka Sygic Aura
Cara menggunakan aplikasi Sygic Aura, pengguna perlu ;
- Muat turun dari Google Play
- Semasa melaksanakan program Sygic Aura pertama kali, akan keluar menu pilihan bagi memuat turun fail peta, pilih kawasan Asia > Malaysia
- Laksanakan aplikasi dan sedia gunakan
Selamat mencuba
As Salam Tuan..boleh saya tahu journal ane tuan rujuk untuk penulisan di blog tuan ni?
BalasPadamwsalam,
Padamdari http://www.diffen.com/difference/A-GPS_vs_GPS
nak buat kertas kerja ke ?
Salam tuan..sy student poli dan ingin buat GPS utk FYP sy..bleh tuan share sikit maklumat cara untuk membuat GPS..TQ
BalasPadammaaf, saya tidak tahu cara membuat GPS, artikel berikut hanya menerangkan secara ringkas bagaimana GPS berfungsi
BalasPadamCari laluan laut ker
BalasPadam