Lambakan telefon palsu dari China semakin ketara semenjak era Nokia N95. Tapi ramai juga pembeli berbangga dengan harga yg dibeli jauh lebih murah dari harga asal. Meskipun begitu keseronokan pembeli tidak kekal lama apabila peranti tersebut bermasalah dan ketika itulah macam2 masalah lain akan timbul. Selanjutnya akan dijelaskan mengapa peranti ciplak & palsu mempunyai banyak kelemahan berbanding kebaikan.
Firmware yg lembab & tiada sokongan selepas jualan
Antara masalah utama ialah ketidakseimbangan prestasi OS (operating system) atau firmware yg digunakan agak perlahan dan kurang responsive. Sokongan perisian pula tiada, sekiranya perlu membuat installasi semula OS atau reflashing , semasa inilah pengguna terkial2 mencari firmware update bagi tujuan menstabilkan sistem yg buggy dan lembab. Baharulah pembeli sedar rupanya tiada langsung cara membuat proses update kerana ketiadaan pihak pengeluar yg mahu bertanggungjawab.
Kualiti binaan yg agak hampeh
Masalah kedua ialah dari segi kualiti binaan pada keypad & papan kekunci berbunyi macam pintu ketat. Ada pula keadaan housing (perumah) yg longgar yg bila dipicit menghasilkan bunyi kreek atau creaking seolah2 sambungan pada sendi tidak berapa masuk atau padat. Skrin sentuh yg agak sensitif tidak tepat (misalignment) atau mempunyai kejelasan visual yg malap.
Ada pula jenama yg tidak segan silu menciplak seakan2 jenama pada model asal. Tanpa segan silu logo jenama berubah kepada NOKLA, SUNY MOBILE, XDERIA & SUNSANG .... \o/
erm .. "Nokla" ...
ni ialah Somy Xderia
.. Ini pula "Sunsamg"
fuiyo.. 0_0
Mutasi atau revolusi ?
Di China dasar terbuka & inovasi pengeluaran tanpa batasan telah menyebabkan terlalu banyak gajet dikeluarkan menggunakan acuan plastik (plastic moulding) yg lebih kurang sama fizikalnya, walaubagaimanapun kualiti binaan sistem dalaman agak dipertikaikan seperti kualiti rendah papan litar bersepadu (IC), bahan soldering yg selekeh dan wayar yg berselirat
....sebagai gambaran
Sesetengah pengeluar menjual dalam bentuk kombinasi yg agak luar biasa dan adakalanya menarik. Produk dibawah datang dengan bentuk pengecas (charger) yg menarik.
Sciphone G2 datang dengan pengecas buntut"Android"
Rekabentuk PSP Go , keluaran asal Sony tiada pula fungsi telefon
Pengarang mengingatkan objektif utama membeli telefon pintar / tablet Android bukan kerana casing (sarung) yg lawa atau bentuk pengecas (charger) yg luar biasa. Kerana, aksesori tidak memerlukan belanja besar & boleh dibeli kemudian. Apakah berbaloi dengan prestasi telefon walaupun rekabentuk yg canggih tetapi kualiti binaan yg agak longgar dan tidak padat ?
Antara yang jujur dan penipu
Agak mudah mengesan yg jenama yg diubah seakan sama nama tetapi dengan nama yg lain. Pembeli haruslah selidik dahulu jenama & logo sebelum merancang pembelian supaya mengetahui kandungan dan aksesori yg dapat semasa pembelian.
Bagi produk buatan China seperti Ainol, Onda, Teclast, Ramos sudah lama bertapak dalam industri gajet MP3/ MP5. Di China jenama ini yg boleh dipercayai dan mempunyai produk inovatif sendiri. Kualiti binaan juga lebih baik dari produk tanpa jenama atau yg palsu. Jenama ini berdiri dengan rekabentuk dan jenama sendiri sehingga diiktiraf oleh Google sebagai produk murah yg berkualiti.
Tetapi ada pengeluar yg tidak bertanggungjawab meniru bulat2 jenama sehingga pemborong mengambil kesempatan menjual telefon palsu sebagai original. Ini amat sukar dikesan walaupun pembeli mengetahui kewujudan jenama yg dibeli. Pembeli hanya menyedari selepas beberapa hari menggunakan telefon selepas merasakan prestasi yg agak lembab atau kehilangan fungsi penting seperti wifi & GPS. Dengan antaramuka & ikon yg sama pengguna yg tidak pernah menggunakan telefon akhirnya tertipu.
Original di sebelah kiri , palsu di sebelah kanan,
Berikut antara spesifikasi yg meragukan dan mesti diberi perhatian sebelum & semasa membeli telefon.
Penggunaan terma "Replika" , "Clone" , "look alike" dan "1:1 copy"
Mesti ada yg terperasan jualan di internet seperti di lelong & mudah.my ada meletakkan terma ini didalam deskripsi item yg dijual. Terma ini menunjukkan jika item "berjenama" dijual , ia adalah bukan asli;
Contoh
"Nokia N8 look alike "
"Sony Ericsson replica"
"Samsung Galaxy Note 1:1 clone"
perhatikan terma ini semasa berurusan dalam talian.
Kebolehan Dual Simcard
Kebolehan menggunakan dua kad Sim serentak. Tidak banyak pengeluar berjenama mengeluarkan fungsi Dual Sim, walaupun ada jumlahnya agak kecil dan model yg tertentu sahaja. Ruang simpanan kad Sim bole hdilihat pada ruang batteri Fungsi ini juga akan menggunakan lebih banyak kuasa bateri bagi membolehkan kedua2 kad Sim dalam keadaan standby .
Mempunyai panel kecil skrin sentuh
Terdapat susunan ikon aneh pada bahagian bawah skrin, lebih hebat lagi dibekalkan pen stylus yg boleh disimpan di bahagian tepi telefon. Walaubagaimanapun fungsi ini semakin jarang digunakan sekarang kerana kos pengeluaran panel skrin semakin murah.
panel sentuh dengan ikon yg pelik
Fungsi TV & Antenna
Satu lagi kehebatan telefon dari China ialah fungsi TV yg menggunakan Antenna yg boleh ditarik dari tepi. Ini membolehkan penerimaan gelombang UHF & VHF sama seperti menonton Televisyen analog. Secara jujur pengarang melihat ini adalah satu kelebihan pengeluar China yg mengambil kira akses hiburan bergerak dimana sahaja, dan wajar dicontohi oleh pengeluar jenama popular semasa.
holiao..
Kuasa CPU & chipset
Kebanyakan produk murah menggunakan chipset yg berkos rendah, ini memberi kesan pada prestasi dan kelancaran Android. Banyak pengeluar dari China lebih menggunakan Mediatek (MTK), MIPS, Amlogic & Allwinner kerana kosnya lebih murah. Pembeli perlu mengenalpasti chipset & model CPU digunakan supaya lebih tinggi keserasiannya (compatibile) dengan aplikasi di Google Playstore. Dulu pernah timbul masalah pengguna tablet MIPS tidak dapat menggunakan program Google. (sekarang dah boleh). Mediatek dahulunya terkenal dengan pembangunan chip GPS, tetap masih "terlalu muda" bagi sistem Android.
Tiada manual pengguna lengkap
Kebanyakan model yg dijual dari China tidak mempunyai manual dalam Bahasa Inggeris. Adapun yg menggunakan slanga Engrish yg berterabur susah difahami dan tidak mempunyai arahan yg lengkap kegunaan bahagian & butang pada peranti yg dibeli. Sila berhati-hati jika manual terlalu banyak kesalahan ejaan
teruk benar ..
Warna model yg tidak wujud
Model asli Galaxy S3 datang dengan 2 jenis pilihan warna. Jika ia mempunyai warna selain dari model asal ia berkemungkinan palsu
iphone edisi tahun baru cina ...
Berikut adalah corak penipuan yg agak sukar dikesan bagi pengguna, dan memerlukan kajian lanjut serta pengalaman
IMEI yg meragukan
Setiap telefon didaftar dengan no pengenalan diri yg disebut IMEI -International Mobile Equipment Identity, ini boleh diumpamakan sebagai no "kad pengenalan" yg berbeza pada setiap unit pengeluaran. IMEI boleh dilihat menerusi tetapan sistem Android, pada bahagian belakang bateri (perlu dibuka) dan yg paling mudah ialah menekan dialer *#06# .
Pastikan no IMEI ini cukup 15 digit dan sama pada kotak yg dijual. . Terdapat pengeluar telefon palsu sengaja menggunakan IMEI yg sama pada beberapa model atau dikeluarkan ratus atau ribu lagi dengan IMEI sama. Penipuan no IMEI boleh menyebabkan peranti tidak berfungsi dan boleh didakwa di mahkamah.
Bacaan lanjut
Percanggahan OS dari model asal
Terdapat model yg dijual menggunakan sistem operasi yg berlainan dari model asal. Sebagai contoh; "Nokia Lumia with Android ", jelas ini ialah satu penipuan kerana jenama asal Nokia tidak mengeluarkan model Android. Jangan pula berasa bangga kerana keunikan spesifikasi tersebut kerana ia tidak membantu apa jika berlaku masalah sistem kelak.
Lumia + Android = wow
Launcher yg berlainan
Fungsi tambahan Launcher pada peranti palsu juga berbeza dari peranti asal. Contohnya, model palsu Galaxy S tiada TouchWiz (launcher khas dari Samsung), ia cuma kosmetik yg dibuat2 kononnya berfungsi sepenuhnya seperti model asal. Begitu juga model ciplak HTC yg tiada HTC Sense, jikalau ada pun ia mungkin perhiasan widget yg boleh dimuat turun dari Google Playstore. Pada model asal HTC, Sense ialah launcher yg sangat kompleks dengan dengan animasi yg menarik. Kelancaran Launcher dan complexity inilah yg membeza samada peranti berikut palsu atau asli.
Samsung TouchWiz pada model Galaxy S II
Kekeliruan antara muka & sistem operasi.
Ada pula peranti yg dijual seakan2 sama seperti antaramuka diubah sistem dalamannya kepada versi yg lain. Sebagai contoh "Galeksiu Noted Android 2.3 ICS theme" menurut iklan; Galaxy Note edisi ciplak dengan Android 2.3 tetapi menggunakan tema (theme) Ice Cream Sandwhich. Pada pendangan pembeli mereka menjangka "Galeksiu Noted" menggunakan OS ICS terkini walhal ia cuma diubahsuai dengan ikon & tema sahaja.
Kecelaruan Font Type, Ikon & masalah tatabahasa.
Disebabkan banyak replika palsu berasal dari China, pengeluar biasa menggunakan Font Type jenis Big5, Font ini boleh memaparkan font rumi tetapi ia kurang menarik kerana mempunyai kerawang (Sans) yg agak kelihatan klasik dan tidak sesuai. Mereka menggunakan Google Translation tanpa suntingan dan susunan bahasa yg betul dan terdapat kesalahan ejaan
Perhatikan font type & saiz yg tidak seragam
Sebelum membeli arahkan jurujual memaparkan sistem operasi (OS) dan versi dan membuat demonstrasi kemampuan OS & model tersebut terlebih dahulu. Untuk menguji kesahihan Android 4.0 ICS, minta jurujual membuat demo menggunakan Google Chrome, kerana Chrome hanya berfungsi dengan sistem ICS. Jika tuntutan tidak dilayan, jangan beli pada jurujual yg kurang memeberi kerjasam atau sombong dengan pelanggan, kalau dibeli juga pengguna akan bermasalah mendapatkan kerjasama khidmat selepas jualan.
Artikel ini akan dikemaskini dari masa kesemasa
Artikel yang di tulis dengan jelas dan kemas.
BalasPadamBagus sebagai panduan bg mereka yang masih baru dalam dunia gadjet!
~Bel
terima kasih Bel,
Padam-aka Droid
bagos... sronok mmbaca
BalasPadam-khyrul iman-
terima kasih khyrul, ada masa jenguk artikel lain sekali :)
Padamtq bro....info padat..
BalasPadamSama2 jgn lupa bookmark sekali
Padamsalam nk tanya s2 pun ada yg clone gak ke
BalasPadamAda
PadamAsalam, saya nak beli Samsung Note 2 2nd hand, AP lagik... bimbang terbeli clone. Mcmana nak tahu set tuh betul2 ori dari About Phone item? Harap buleh dapat pertolongan.
BalasPadamSuruh penjual ni tunjuk/ atau post screenshot hardware information dengan "quadrant standard" (rujuk bahagian aplikasi), tujuan aplikasi ni periksa kelajuan & model ID CPU & GPU,
Padampadat dan mudah faham.... tp yg mudah tertipu gni org kampung cam saye.... yg bukan saye lagi laaa ramai....
BalasPadambaik beli yg betul2 bukan tipu2 lagi puas hati
yg terpenting baca specs model yg dijual, kalau lain macam nama CPU pemproses, RAM & saiz memori, tangguh beli buat ulang kaji kat sini dulu :-)
Padamsalam,nak tanye..
BalasPadamsaye mmg nak beli samsung galaxy note yg clone punye,tapi still android ke yg clone 2??
Android ialah sistem operasi / software tak kira ori dan klon. Yg membezakannya ialah dari segi kualiti& stabiliti
Padammaksudnye?ade ke x?
Padamada perbezaan dari segi software tambahan, samsung apps yg di guna dalam model ori lebih lancar (smooth), kalau model tiruan software ciplak belum tentu berfungsi seperti yg ori, mungkin agak lembab & tak puas hati. Kemudian dari segi support games 3D yg mungkin tak boleh dimainkan dengan baik, mungkin slow atau tak boleh buka langsung
PadamBoleh tak nk check ori atau palsu dr 'about phone' pada setting tu?
BalasPadamDibahagian about kenalpasti model yg nakdipilih dari gsmarena.jika Gnote2 model menunjukkan GT-N7000 kalau S3 GT-I9300, tapi sekali
PadamDalam about> status; ada serial number,pastikan ia sama dgn kotak
model apa GT-A7100
BalasPadamHmm, carian saya dalam Google jumpe model ni tiruan
Padamkalau IMEI number saya check melalu www.imei.info tu keluar jenis telefon yang lain dari yang saya guna. bermakna telefon saya tak ori? (-selalu ditipu-)
BalasPadamguna model apa ? hasil semakan keluar model apa pula ?
PadamKnpa sy cek kt imei tu kuar model laen eh. Xori k
BalasPadamjika semakan imei keluar model lain mungkin tak ori, atau menggunakan no imei yg dicuri
Padam1 imei untuk 1 peranti
yela droid saya check imei pn kluar model lain.
BalasPadamtp alhamdulillah dh pki 4 thn masih ok.nokia e72
on the way nk angkat sgn 2.sy tgh study lg kt blog droid ni.tq info u sgt berguna.
tapi nak tanya,ade 1 kedai yg selalu iklan kt mudah tu, satu gadget.com..ok ke kedai tu?harga dia mcm murah lg dr kedai lain wlaupun ori sme
saya baca dari forum cari , kedai tu boleh dipercayai
PadamAssalam..sypn nk tnye psl kedai satugadget.com ni.sy ade trbc soalan dr cstmr die tntng ori ke import? kedai tu jwb IMPORT. Tp dlm description item sume brg die tulis ORIGINAL. so ape beza ori & import kt sini? bole tlg explain, kompius jap =)
Padamwsalam, saya ada bincangkan kekeliruan ni dalam artikel Analisis - Perbezaan set Original, AP, Klon dan Recond ,
Padamgood thing..!! tabik..!! tq sbb bg thu...
BalasPadamsama2 =)
Padammemang bagusla admin,reply setiap soalan n siap buat research
BalasPadam...cuma tempoh balas lambat sikit sebab kerja/ cuti =)
PadamMaklumat yg sangat berguna bro ! Keep it up...
BalasPadamMembazir duit je beli handphone clone
BalasPadam