Rabu, 9 November 2011

Info - Android (2.3) Homescreen


Ruang utama skrin ia dikenali sebagai Homescreen. Homescreen akan dipaparkan semasa menekan butang kekunci Home. Jika anda sedang menggunakan program lain, dengan menekan kekunci Home, program semasa yang akan ditutup (minimize) serta-merta dan dipaparkan ruang Homescreen. 





Homescreen bertujuan sebagai pelantar atau ruang ikon shortcut dan widget. Contoh diatas, saya telah meletakkan widget jam sebagai penunjuk masa . Di ruang bawah terdapat beberapa ikon tersusun bertindak sebagai pintasan program tanpa perlu membuka senarai program yang disimpan. Penggunaan shortcut sesuai untuk program yang selalu digunakan.

Jangan risau jika Homescreen sudah penuh, Tap & Slide kekanan atau kekiri pada mana-mana ruang Homescreen untuk ruang Homescreen yang baru. Jadi, anda boleh menambah widget dan shortcut program yang lain.

-- artikel ini akan dikemaskini lagi --

0 ulasan:

Catat Ulasan