Isnin, 2 Disember 2013

Artikel - Kenali Samsung Galaxy Note 3 tulen dan palsu

Salam Sejahtera dan Salam Nusantara buat pembaca semua,
Rasanya lebih sebulan pengarang tidak membuat sebarang post kerana kesuntukan masa dan mood yg tak menentu, Pengarang pun masih menggunakan model Android lama disamping mengidam nak beli gajet yg terbaru yg mahal semuanya.. Hari ini ingin dikongsikan bagaimana rupanya Samsung Galaxy Note 3 dan cara mengenalpasti unit palsu. Tolong baca penuh sebelum bertanya ya.


Bahagian 1
A1 - Pengenalan
Terkini Samsung telah memperkenalkan unit terbaru Samsung Galaxy Note 3 (SGN3) selepas kejayaan Galaxy Note 2. Pengarang masih belum sempat menyentuh unit dan mengalami sendiri peranti, untuk itu pengarang hanya boleh memberi pandangan berdasarkan reviu profesional. Samsung Galaxy S4 (SGS4) telahpun berada dipasaran dan dijual di Malaysia dalam lingkungan RM2100 (*harga pada November 2013)

Jom tengok bagaimanakan rupa SGN3 yg menjadi buah mulut dikalangan penggemar gajet telefon pintar

Hitam menawan
Putih bergaya

kredit gambar - Samsung Mobile