Force Close merupakan masalah yg paling kerap melanda pada peranti Android. Tidak kira apa jenama atau model Android, masalah ini tetap boleh berlaku ini kerap berlaku selepas kemaskini aplikasi atau sistem operasi (firmware) yg menggunakan kod baru yg mungkin tidak serasi (incompatible) dengan aplikasi yg digunakan.
Amaran Force Close
Amaran Force Close dalam bahasa melayu
Bagaimana ia berlaku ?
Kepelbagaian chipset dan peranti Android menjadikan para pembangun aplikasi Android perlu membangunkan aplikasi yg serasi dengan peranti di pasaran. Chipset CPU seperti ARM mempunyai kestabilan yg tinggi dalam melaksanakan kerja aplikasi yg diarahkan. CPU ini juga bekerja dengan cara sedikit berbeza.





