Selasa, 25 Februari 2014

Aplikasi penting Google - Pengurus Peranti Android

Pengurus Peranti Android (Android Device Manager)
Android Device Manager atau pengurus peranti android merupakan satu sistem servis laporan lokasi bagi semua peranti Android yg dilengkapi dengan GPS. Fungsi utama ialah mengesan peranti secara remote tracking dengan hanya membuat semakan akaun google yg dipadankan dengan peranti. 

Bagaimana ia berfungsi ?

klik gambar untuk dibesarkan

Khamis, 30 Januari 2014

Tutorial - Kemaskini melalui Sony Mobile Companion

Pada minggu lepas saya sempat membuat kemaskini bagi peranti android berjenama Sony Xperia. Jika pengguna Samsung melakukan kemaskini melalui Samsung Kies, bagi pengguna Sony Ericsson & Sony Xperia boleh menggunakan Sony Mobile Companion sebagai perantara pengurus fail dan  membuat kemaskini firmware terkini untuk peranti Sony.

Inilah dia Sony Mobile Companion

Isnin, 2 Disember 2013

Artikel - Kenali Samsung Galaxy Note 3 tulen dan palsu

Salam Sejahtera dan Salam Nusantara buat pembaca semua,
Rasanya lebih sebulan pengarang tidak membuat sebarang post kerana kesuntukan masa dan mood yg tak menentu, Pengarang pun masih menggunakan model Android lama disamping mengidam nak beli gajet yg terbaru yg mahal semuanya.. Hari ini ingin dikongsikan bagaimana rupanya Samsung Galaxy Note 3 dan cara mengenalpasti unit palsu. Tolong baca penuh sebelum bertanya ya.


Bahagian 1
A1 - Pengenalan
Terkini Samsung telah memperkenalkan unit terbaru Samsung Galaxy Note 3 (SGN3) selepas kejayaan Galaxy Note 2. Pengarang masih belum sempat menyentuh unit dan mengalami sendiri peranti, untuk itu pengarang hanya boleh memberi pandangan berdasarkan reviu profesional. Samsung Galaxy S4 (SGS4) telahpun berada dipasaran dan dijual di Malaysia dalam lingkungan RM2100 (*harga pada November 2013)

Jom tengok bagaimanakan rupa SGN3 yg menjadi buah mulut dikalangan penggemar gajet telefon pintar

Hitam menawan
Putih bergaya

kredit gambar - Samsung Mobile

Rabu, 4 September 2013

Artikel - Kenali Galaxy Note 8

Pengenalan 
Untuk memeriahkan keluarga Note,  Samsung mengeluarkan tablet Galaxy Note 8 (GN8) dengan saiz 8inci yg lebih kecil dari tablet terdahulu ; Galaxy Note 10.1 (GN10) yg bersaiz 10 inci. Pengarang sempat menjeling & meminjam sebentar dari teman sepejabat. Terima kasih kepada blogger Mamaglam yg sudi meminjamkan unit GN8 bagi penilaian ringkas.  Artikel ini juga ditulis berdasarkan rumusan reviu professional lain yg telah diolah semula untuk pembaca dalam bahasa melayu.



I - Spesifikasi 
Samsung Galaxy Note 8
berikut spesikifasi terpenting yg dipetik dari lawan web GSMarena.com Sesetengah terma dikekalkan dalam bahasa inggeris sebagai rujukan bagi memudahkan pemahaman.

Khamis, 1 Ogos 2013

Info - Gmail ; Yang remeh tapi sebenarnya sangat penting

Gmail ; Yang remeh tapi sebenarnya sangat penting
Masih ramai pengguna telefon pintar tidak sedar kepentingan akaun Gmail yg diserasikan secara sync dengan pelayan Google. Masing2 sibuk membuka akaun facebook tapi langsung tak ambil tahu keperluan & kepentingan akaun Gmail pada sistem Android.

Untuk maklumat anda akaun gmail adalah lebih penting dari akaun Facebook.  Mengapa ?


Jumaat, 12 Julai 2013

Tutorial - Fungsi Google Autobackup dan cara mematikan fungsinya

Google Autobackup 
Pernahkan berlaku dimana galeri gambar yg tidak boleh dipadam pada Galeri gambar ? Apabila dicari dengan pengurus fail seperti My Files atau ES Explorer , gambar ini tidak juga tidak ditemui pada direktori kad memori. Hal ini berlaku kerana fungsi Autobackup sedang beroperasi dan mengeskport gambar2 terakhir yg diambil oleh kamera ke ruangan simpanan awangan atau Cloud Storage.

contoh galeri album yg menunjukkan sekali
kandungan galeri di awangan Cloud

Isnin, 8 Julai 2013

Tips - Penjelasan "Force Close" dan langkah penyelesaianya

Force Close merupakan masalah yg paling kerap melanda pada peranti Android. Tidak kira apa jenama atau model Android, masalah ini tetap boleh berlaku ini kerap berlaku selepas kemaskini aplikasi atau sistem operasi (firmware) yg menggunakan kod baru yg mungkin tidak serasi (incompatible)   dengan aplikasi yg digunakan. 

Amaran Force Close

Amaran Force Close dalam bahasa melayu


Bagaimana ia berlaku ?
Kepelbagaian chipset dan peranti Android menjadikan para pembangun aplikasi Android perlu membangunkan aplikasi yg serasi dengan peranti di pasaran. Chipset CPU seperti ARM mempunyai kestabilan yg tinggi dalam melaksanakan kerja aplikasi yg diarahkan. CPU ini juga bekerja dengan cara sedikit berbeza.