Isnin, 15 Oktober 2012

Aplikasi Percuma - Membaca PDF dengan Adobe (Acrobat) Reader

Pengguna yg sering membaca ebook secara luar talian (offline) semestinya mengenali format PDF. Kelebihannya menyimpan imej vector menjadikan pilihan utama sebagai buku manual yg menggunakan gambarajah bersepadu oleh pengeluar elekktronik. Sekarang semakin ramai pengeluar mengeluarkan format PDF termasuk majalah, laporan dan dokumen ilmiah lain.





Adobe Acrobat merupakan program pembaca popular format PDF telah mengeluarkan aplikasi seumpamanya pada pengguna Android yg dikenali sebagai Adobe Reader. Aplikasi ini bertujuan untuk mengakses format PDF utk bacaan pengguna telefon & tablet Android.

Contoh bukaan PDF pada tablet Android


Mempunyai kebolehan yg sama seperti di PC, Adobe Reader membenarkan navigasi dibuat mengikut helaian muka penuh atau secara berterusan. Tetapi dengan kelebihan yg ada pada skrin sentuh Android, teknologi pinch to zoom menjadikan pembacaan PDF semakin mudah dikendalikan & supaya membaca lebih bersemangat.

Fungsi mencari teks seperti pada desktop pc

Fungsi lain ia seperti menambah nota dan membuat penandaan pada bahagian penting yg ditentukan oleh pembaca. Ini sangat memudahkan penyelidikan maklumat mendapatkan maklumat dengan segera tanpa perlu membaca semula keseluruhan dokumen


Adobe Reader  dikeluarkan oleh Adobe System.. Aplikasi ini adalah percuma dan boleh dimuat turun menerusi Google Play


Adobe Reader


0 ulasan:

Catat Ulasan