Khamis, 31 Januari 2013

Aplikasi Percuma - SketchBook Express

Revolusi pada skrin sentuh membolehkan rinteraksi pengguna melukis pada skrin sentuh seperti di atas kertas lukisan. Tidak banyak program lakaran yg boleh ditemui pada Google Playstore, kebanyakan fungsinya masih agak terhad , kurang menarik & membosankan. Aplikasi melukis sangat berguna dan menjana minda khususnya peringkat kanak2 dan remaja, (untuk yg dah tua bangka pun boleh)



Tutorial - Recovery Mode - Melakukan format secara paksa

Apakah itu Recovery Mode ?
Recovery Mode merupakan sistem 'pemulihan' yg berasingan dari struktur & sistem Android. Ia berada di bahagian ruang (partition) yg berlainan yg digunakan utk membuat proses kemaskini sistem (update ) firmware atau memadam maklumat pengguna secara format penuh  (factory reset).



Bila Android Recovery perlu digunakan ?
Sekiranya sistem firmware Android mempunyai masalah, recovery boleh digunakan untuk melakukan proses update secara 'paksa' sekiranya update melalui pc tidak boleh dilaksanakan. Proses ini perlu dibuat dengan teliti dan menggunakan fail sistem yg betul mengikut model & jenama 

Selasa, 22 Januari 2013

Info - Bolehkah mesej SMS yg hilang dikembalikan ?

Pernahkan anda memadam atau terpadam mesej (SMS) di telefon bimbit ? selepas mesej dipadam barulah teringat terdapat mesej penting dan gelisah mencari jalan untuk mendapatkan semula mesej yg dipadam.
Info ; Khidmat sistem pesanan ringkas atau SMS (Short Message Service) ialah sejenis medium penghantaran mesej secara bergerak melalui rangkaian telefon bimbit. Anda juga boleh menghantar mesej bersama gambar yg dikenali sebagai MMS (Multimedia Message Service). 
Setiap SMS yg dihantar dan diterima disimpan di dalam satu pengkalan data (database). Bayangkan mesej disimpan didalam bentuk format Microsoft Excel.

Isnin, 21 Januari 2013

Aplikasi + Tutorial - Mendapatkan semula fail yg hilang / terpadam dengan Undelete (Bahagian 2)

Topik ini ialah susulan kepada artikel terdahulu, pengguna dinasihatkan supaya membaca & memahami dahulu sebelum meneruskan tutorial dibawah. Tidak semua fail yg hilang boleh diselamatkan ini telah dijelaskan pada post saya terdahulu;
Objektif tutorial ; Membuat imbasan dan mendapatkan fail yg hilang pada kad memori
Keperluan ; Aplikasi Undelete dengan kebenaran Root access

Aplikasi Undelete ialah percuma dan terdapat versi berbayar.  Keperluan minima ialah Android 2.1 ke atas, dengan kebenaran Root Access. Aplikasi ini masih dalam pembangunan yg mungkin mempunyai masalah bagi peranti yg terkini dengan Android 4.1 Jelly Bean.

* Kemaskini Januari 2016, lihat artikel reviu saya yang lain seperti GT Photo recovery & Undelete Image siper Easy, fungsinya lebih kurang sama

Undelete for Root Users

Jumaat, 11 Januari 2013

Info - Memahami konsep penyimpanan fail & peluang mendapatkan semula fail yg hilang (Bahagian 1)

Perhatian ; Topik selanjutnya memerlukan imaginasi, dan dikhususkan untuk golongan yg mempunyai sedikit pendedahan teknologi maklumat, topik ini juga sesuai untuk pembaca yg terdesak mencari jalan mendapatkan fail yg hilang dipadam. Methodologi ini juga diguna pakai dalam teknologi maklumat (IT)

Objektif ; Bahagian 1 - Konsep simpanan fail & memahami peluang mencari fail yg hilang

Memahami struktur penyimpanan fail di memori (secara teori)
Sebelum itu kita perlu memahami bagaimana fail disimpan atau ditempatkan di ruangan memori (memory partition). Memahaminya ialah kunci pertama bagi mengetahui peluang dan risiko fail yg hilang atau terpadam. 

Ini adalah gambaran susunan fail yg disimpan pada ruang memori tidak kira memori dalaman atau memori luaran / kad memori. Setiap fail mempunyai blok yg sendiri (Rajah 1)

Rajah 1 - sebagai gambaran 

Berpandukan imaginasi rajah1, bayangkan surat1.doc dan gambar bunga.jpg dipadam dengan menggunakan aplikasi pengurusan fail seperti ES File Explorer. Maka fail tersebut pun  dipadam, tiada  lagi dalam ruangan memori.

Isnin, 7 Januari 2013

Tutorial - Membetulkan APN untuk capaian Internet

Pernahkah anda tiba2 mengalami masalah sambungan Internet tanpa apa ikon 3G, E atau H walaupun kad sim telah dimasukkan berulang kali. Dan pada masa tersebut ikon signal ada dan penuh (full bar), tetapi tiada ikon tambahan '3G' atau 'H'. Tahukah ikon ini menunjukan Akses Data atau  Mobile Data sedang digunakan. Ketiadaan ikon kecil berkemungkinan kesilapan konfigurasi network yg dikenali sebagai APN


Signal penuh tetapi Paket Data tidak aktif, APN ditutup atau tiada konfigurasi


Ikon H sebelah ikon signal menunjukkan Paket Data sedang aktif & 
berhubung dengan pelayan (server) telco melalui APN


Apakah itu APN & fungsinya ?
Titik Capaian dikenali sebagai Access Point Name (APN) berperanan sebagai konfigurasi perantara yg menghubungkan peranti dengan pelayan (server) telco untuk capaian jalur lebar Internet & akses pelayan MMS. Sesetengah peranti yg mempunyai firmware terkini menyimpan database tetapan Telco seluruh dunia. APN ini berubah secara automatik mengikut telco kad sim yg dimasukkan. 

Rabu, 2 Januari 2013

Aplikasi permainan percuma - Heroes Call

Heroes Call ialah permainan bercorak pengembaraan Aksi RPG (Action RPG) yg menggunakan konsep yg sama seperti permainan popular Diablo dan Final Fantasy.

Heroes Call = Panggilan Wira