Rabu, 26 Disember 2012

Analisis - Perbezaan set Original, AP, Klon dan Recond (Bahagian 3)


Perbezaan set Original, AP, Klon dan Recond (Bahagian 2)


Topik ini menerangkan contoh situasi pembeli yg berdepan dengan masalah yg pernah dialami semasa membuat pembelian peranti pilihan. Anggaplah situasi ini sebagai contoh pengajaran bagi pembaca yg mahu merancang dan menjadi pembeli bijak.



Khamis, 20 Disember 2012

Analisis - Perbezaan set Original, AP, Klon dan Recond (Bahagian 2)

Perbezaan set Original, AP, Klon dan Recond (Bahagian 2)


Mengapa perlu memilih original ?
Jika pembeli tiada pengalaman memilih dan mempunyai wang yg lebih, pilihan original lebih selamat & meyakinkan. Aksessori yg diberikan semuanya adalah yg tulen dan berkualiti dari gred tiruan dalama pasaran. Aksesori terpenting ialah unit pengecas (charger unit) yg original dan mestilah dalam keadaan terbaik supaya aktiviti mengecas dilakukan dengan selamat. Pengecas tulen juga mempunyai tahap keselamatan seperti berhenti charging secara automatik apabila penuh & kurang bahang panas semasa mengecas.

Rabu, 19 Disember 2012

Semasa - Samsung Galaxy Grand, Galaxy S3 Mini

Samsung Galaxy Grand - Klon Galaxy Note II Mini ? (17-12-2012)
Samsung memperkenalkan Galaxy Grand dengan rekabentuk seakan2 Galaxy Note 2 tetapi bersaiz 5' berbanding Galaxy Note II yg bersaiz 5.5'. Ia mungkin disasarkan dengan harga yg lebih rendah dengan pengurangan resolusi skrin 800x480 (WVGA) berbanding 1280x720 (HD 720p) pada Galaxy Note 2.

...sejibik  macam Galaxy Note II

Selasa, 18 Disember 2012

Analisis - Perbezaan set Original, AP, Klon dan Recond (Bahagian 1)

Perbezaan set Original, AP, Klon dan Recond (Bahagian 1)
Pengguna yg mahu membeli pakej telefon pintar biasanya mempunyai dua jenis pakej atau set jualan. Mengenali pakej sangat penting bagi menentukan samada pakej itu mempunyai aksessori lengkap atau benar2 tulen. Keadaan bertambah rumit lagi jika penjual yg peranti palsu menjualkan set yg dijual adalah original tetapi sebenarnya palsu atau tiruan.


Rabu, 12 Disember 2012

Aplikasi Percuma - Quadrant Standard (penting)





Quadrand Standard ialah aplikasi untuk melakukan Benchmark atau mengukur kelajuan peranti Android dan dibandingkan dengan model yg lain. Beberapa ujian dijalankan untuk menilai prestasi kelajuan CPU dan pemecut grafik GPU.

Nota Penting ; Melalui aplikasi ini juga pengguna boleh mengenalpasti peranti yg diguna samada tulen atau palsu


Aplikasi permainan percuma - Global Outbreak

Global Outbreak merupakan satu permainan dalam talian yg percuma tetapi memerlukan sokongan Internet dan akses GPS.


Dunia dalam ancaman virus baru, anda ialah seorang tentera upahan yg ditugaskan untuk menghalang penyebaran wabak virus zombi seluruh dunia. Sebagai pemimpin Blackhorne Industries anda mempunyai reputasi yg baik dan ditugaskan untuk menangkis dan memusnahkan punca wabak ini

Isnin, 10 Disember 2012

Artikel - Teknologi skrin IPS LCD, OLED & AMOLED

"Skrin" merujuk kepada ruang paparan bagi menunjukkan antaramuka bergambar dan teks. Jika televisyen dirumah dahulu kalanya menggunaka tiub CRT (Cathod Ray Tube) pada masa sekarang kebanyakan pengeluaran skrin televisyen telah menggunakan panel LCD (Liquid Crystal Display). Manfaat kepada pengguna  pembangunan skrin LCD memberikan paparan warna & kontra yg lebih terang dan cantik disamping menjimatkan penggunaaan elektrik



Tidak semua telefon pintar & tablet yg dijual dipasaran mempunyai teknologi skrin yg sama. Teknologi skrin sentiasa ditambah nilai untuk mencapai kualiti paparan dan sasaran kearah penjimatan elektrik dan bateri. Teknologi LCD telah dibangunkan sejak jam tangan digital pada tahun 1970. 2 tahun kemudian barulah panel skrin dicipta dengan kemampuan memaparkan imej dan teks yg lebih jelas dari jam tangan digital.

Isnin, 3 Disember 2012

Info - Perbezaan resolusi tinggi tablet dan telefon

Ramai pengguna Android tidak menyedari Android semakin lama menyamai kebolehan laptop atau desktop pc yg menggunakan platform Windows. Keupayaan ini telah ditingkatkan sejak kehadiran Android versi Honeycomb (3.x) dengan persembahan antaramuka tablet yg mirip resolusi Netbook. Resolusi yg sesuai untuk antaramuka tablet biasanya pada 1024x600 ke atas. Terdapat juga tablet yg dengan resolusi rendah pada 800x480, tablet pada resolusi ini mempunyai ikon & font yg besar.


Perkembangan semasa menyaksikan kehadiran telefon yg ditingkatkan kualiti skrin kepada 954x540 seperti HTC Sensation dan 1280x720 untuk HTC One X & Samsung Galaxy SIII. Walaubagaimanapun, meskipun mempunyai resolusi tinggi, ini belum tentu boleh menggunakan aplikasi untuk Tablet selagi ia tertakluk dengan official rom/ firmware. Dengan menggunakan open-source rom/ firmware seperti Cyanogen & AOKP, antaramuka phablets boleh digunakan