Isnin, 8 Oktober 2012

Aplikasi permainan percuma - Hank Hazard: The Stunt Hamster


Hank ialah seekor watak "Ham-stunt" yg pemalu & comel. Konsep permainan ini perlu mencapai sasaran dengan memecahkan bongkah yg menghalang laluan sasaran.


Setiap aras permainan mempunyai pelbagai jenis experimen dengan peralatan yg boleh digunakan untuk melepasi rintangan. 



Pemain perlu mengutip mata permainan dalam bentuk bintang. Sekurang-kurangnya 2 mata bintang diperlukan untuk meneruskan pusingan yg seterusnya.


Permainan ini mempunyai tahap penyelesaian yg berlainan, walaubagaimanapun tahap kesusahan (difficulty) permainan tidak konsisten. Adakalanya penyelesaian pada tahap sebelum lebih susah, dan ada tahap yg kemudian mempunyai penyelesaian yg mudah.


Konsep fizik permainan ialah menggunakan lojik graviti dan amat menarik bagi tujuan pembelajaran untuk anak2. Persembahan grafik juga tajam dan lebih menarik jika dimainkan pada tablet Android.




Hank Hazard: The Stunt Hamster  dikeluarkan oleh Red Rocket Games, Inc.. Aplikasi ini adalah percuma dan boleh dimuat turun menerusi Google Play



Hank Hazard: The Stunt Hamster

0 ulasan:

Catat Ulasan